Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Januari 29, 2012

Bersatu untuk dedahkan skandal “kondo dan lembu”



KUALA LUMPUR, 27 JAN: Semua rakyat Malaysia tidak kira pegangan agama, politik mahu pun kaum yang cintakan negara perlu bersatu untuk mendesak kerajaan pusat menubuhkan segera Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai penyelewengan melampau “lembu dan kondo” NFC.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menggariskan empat sebab kenapa rakyat perlu bersatu padu menentang penyalahgunaan wang rakyat untuk kepentingan peribadi pemimpin UMNO-Barisan Nasional dan keluarga mereka.

Pertama: Pinjaman oleh NFCorp berjumlah RM250 juta dengan kadar faedah 2 peratus dari kerajaan persekutuan untuk memperomosikan penternakan lembu.

Menurut Kit Siang, ada khabar bahawa terdapat pembelian kondominium di Kuala Lumpur dan Singapura, pembelian sebidang tanah di Precint 10 Putrajaya, pelancongan ke luar negara, dan gaji tinggi yang tidak masuk akal untuk keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Kedua: Beberapa personaliti politik tertinggi tanah air juga dikaitkan dengan skandal ini atau mungkin terlibat secara langsung.

“Personaliti itu perlu ke hadapan, jelaskan kepada rakyat, dan mereka yang terlibat itu bukan sahaja Shahrizat, malah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Projek-projek Bernilai Tinggi yang meluluskan projek NFC pada 2006.

“(Selain Najib,) Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menjadi Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika itu dan menteri sekarang Datuk Seri Noh Omar.

“Malah, bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi juga perlu ke hadapan kerana beliaulah yang mempengerusikan kabinet sebelum pilihan raya umum 2008,” kata Kit Siang dalam satu kenyataan hari ini.

Ketiga: Kelewatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang mengambil masa lebih lima bulan selepas Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan penyelewengan NFC.

Keempat: Usaha terbaharu personaliti-personaliti politik untuk “menutup” dan lari dari tanggungjawab skandal itu.

Sehubungan itu, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, konspirasi-konspirasi skandal NFC/NFCorp boleh dijadikan tanda aras atau simbol kegagalan Najib dan ‘pengikutnya’ yang kononnya mahu melawan rasuah dan pelbagai lagi korupsi.

“Walau pun tanpa skandal “kondo berisi lembu” itu, Malaysia telah pun menjunam teruk ke tangga 60… Paling rendah sejak 17 tahun lalu menurut Laporan Indeks Persepsi Rasuah Transparency International 2011,” katanya.

Tambah beliau, Malaysia akan terus menjunam lebih teruk dan buruk lagi tahun ini sekiranya skandal NFC ini tidak disiasat secara telus. –Roketkini.com

KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive