Jumaat, Januari 13, 2012
WARGA ASING MERABA DALAM TREN
TIDAK PEDULI...penumpang lelaki seringkali memberi alasan tidak nampak tanda koc untuk wanita.
KUALA LUMPUR: Ramai wanita yang menggunakan perkhidmatan komuter rimas apabila ada warga asing yang bukan hanya menggunakan koc yang dikhaskan untuk mereka, tetapi juga mengambil kesempatan melakukan perbuatan tidak senonoh.
Pemantauan Metroplus selama dua minggu terhadap perkhidmatan komuter Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) mendapati lebih separuh pengguna perkhidmatan itu rakyat asing manakala warga tempatan ramai menggunakannya pada waktu puncak iaitu ketika orang ramai pergi dan pulang daripada bekerja.
Perkara itu diakui Pegawai Operasi Utara Wilayah Tengah KTMB, Mohammad Fudzi Othman, yang berkata hampir 30 peratus pengguna tetap komuter ialah warga asing.
“Kami tiada masalah untuk memberikan perkhidmatan ini kepada sesiapa saja termasuk warga asing, namun kerap kali aduan diterima mengenai perilaku tidak sopan warga siang.
“Seperti sekarang kemudahan koc wanita disalah guna lelaki yang kebanyakannya warga asing dan alasan mereka, tidak sedar atau terlepas pandang notis arahan yang ditampal,” katanya.
Pengangkutan awam terutama bas dan komuter menjadi pilihan utama warga asing dari Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam dan Afrika disebabkan ia murah dan mudah untuk sampai ke destinasi.
Pengguna, Nurul Izzah Wahidul Azam, 23, berkata dominasi warga asing dalam penggunaan pengangkutan awam mungkin memberi keuntungan kepada penyedia pengangkutan, tetapi masalah yang ditimbulkan mereka perlu diberi perhatian.
“Bagi wanita, berhimpit dengan mereka ketika menggunakan komuter kadangkala merimaskan dan boleh membuat saya hilang sabar apabila ada di antara mereka yang suka melakukan perkara tidak senonoh seperti mencabul dan meraba,” katanya.
Mohd Rabiq Abdullah, 24, pula berkata ramai warga asing yang memilih menggunakan perkhidmatan awam kerana tambang murah.
“Saya terkilan kemudahan yang sepatutnya disediakan untuk kami menjadi pilihan warga asing, malah mereka lebih ramai yang menggunakan perkhidmatan ini sehingga kami berasa terpinggir.
“Saya berharap akan ada kelainan caj tambang terhadap warga tempatan dan warga asing supaya kemudahan ini dapat terus digunakan orang yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, berkata perlunya pengasingan kemudahan pengangkutan bagi warga tempatan dan warga asing dalam usaha menggalakkan kemudahan itu terus digunakan rakyat Malaysia.
“Tidak dinafikan ramai warga asing menyalahgunakan kemudahan yang diberikan kerana mereka mengambil kesempatan terhadap wanita setiap kali keadaan di dalam koc atau bas sesak dengan cubaan mencabul dan meraba.
“Selain pengasingan koc untuk wanita, koc bagi warga tempatan juga ada baiknya diasingkan bagi memberi keselesaan terhadap mereka yang dibimbangi boleh menimbulkan masalah dengan sikap biadab segelintir warga asing,” katanya ketika dihubungi.
Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (Spad), Azhar Ahmad, ketika dihubungi berkata masalah pengangkutan awam yang banyak digunakan warga asing di luar bidang kuasa pihaknya untuk menghalang.
“Kami sedar masalah ini banyak mengganggu pengguna warga tempatan yang tidak selesa kehadiran mereka, namun ini kemudahan paling cepat dan senang untuk mereka naiki kerana masing-masing tidak memiliki kenderaan.
“Perkara ini akan dibawa ke dalam kajian yang kami lakukan dengan satu cara akan mengusulkan kepada pengusaha pengangkutan awam untuk mengenakan tambang berlainan di antara warga asing dan tempatan dengan pengwujudan pas bulanan yang turut boleh mengesan data status seseorang.
“Selain itu, kajian mengenai kadar tambang yang digunakan sekarang juga dijalankan berikutan peredaran zaman kini dengan semua kadar barangan dan kemudahan semakin meningkat,” katanya.
HM
KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2012
(1452)
-
▼
Januari
(124)
- INILAH DIA KUASA KETIGA KAH! KAH! KAH!
- Wanita Cun ROGOL 10 Lelaki, Apa yang Mengerikan & ...
- ANGPOW PUTIH KATAK MERAH
- Anwar Perdana Menteri seterusnya, ada sesiapa yang...
- Wanita Panik Bawa Kenderaan Rempuh Masuk Kedai Sup...
- Trick lama UMNO... Orang kampung semua dah tau
- Harga gula dunia menurun, tapi subsidi gula di mal...
- Sudah Ada 3 Isteri, Lelaki Tergamak Rogol Isteri R...
- RUPANYA BUNYI MESIN KELAPA SAWIT?
- Live dari Shah Alam: Ceramah Ustaz Azhar Idrus
- FITNAH VIDEO SEKS TERBARU!!! Tanda UMNO hampir tum...
- Bersatu untuk dedahkan skandal “kondo dan lembu”
- Lelaki hampir putus kepala dilanggar tren LRT
- LAWAK AHAD: CUCU NENEK
- [PANAS] Debat: Anwar SINDIR Najib Tahap Maksimum d...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 28/1/2012
- Kejadian Ribut Geomagnetik Petanda Kiamat Makin Ha...
- Syed Husin saman Utusan, Zul Noordin RM10 juta
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER DAN LIGA SUPER 27/1/2012
- PAYUDARA DISEPIT DENGAN PENYEPIT DARI API NERAKA
- BN HANYA AKAN MENANG DI 5 BUAH NEGERI PADA PRU 13
- Saya Tak Pernah Pindahkan Jin Dengan Bas – Dr. Har...
- PR vs BN : BUKTI DEPAN MATA
- Kelab Taat Suami Lancar Kempen “Rasulullah Tokoh S...
- UMNO KATA PAS DIPERKUDA DAP,MCA KATA DAP DIPERKUDA...
- Sha'ani tegur polis berhubung kenyataan 'bodoh'
- Kolumnis pertahan dakwaan Rosmah belanja RM325,000
- Lembu dengan Tanduk Berapi RODOK dan PIJAK Lelaki ...
- Gambar dan video samseng gemuk yang serang ceramah
- GEMPAQ!!! LEMBU TUNGGU BAS DI PORT DICKSON
- Pengkhianat Ibrahim Ali bakal terkubur
- Pengguna Facebook Dinasihatkan Berhati-Hati Dengan...
- Kahwin dengan mayat
- LAWAK AHAD: GULA
- Selamat Tahun Baru Cina: Selamatkan negara dari ba...
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 21/1/2012
- Akhbar Australia lapor Rosmah 'berbelanja besar'
- Peguam Negara pikiaq juboq Saiful lebih penting da...
- Panas!!! Gambar Samseng Umno Belasah Penyokong Pas...
- Menyamar Sebagai Lelaki Untuk Meraba Gadis
- AMALAN UNTUK SELAMAT DARI SEKSA KUBUR
- Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM Tingkat 1 Dan ...
- Aset: Kenapa Nazri takut kalau menteri 'bersih'?
- NFC: Pejabat AG tak puas hati siasatan polis
- KITA HANYA PERLU ISYTIHAR HARTA PADA KETUA PENYAMUN
- IBU POTONG KEMALUAN BAYI LELAKI
- BR1M: 1Malaysia Kena Kelentong Hidup-Hidup
- Apa maksud Najib ni?
- Sejadah corak babi
- WARDINA DIFITNAH BERLAKON KENA ROMPAK?
- PANAS!!! BEKAS MENTERI DAKWA BN BELI UNDI DI PILIH...
- Jangan Terpengaruh Dakyah dan Fitnah Jahat Media UMNO
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 17/1/2012
- Jawapan Kepada Fitnah Blogger UMNO
- VIDEO: ORANG UMNO PUN DAH MENYESAL PANGKAH BN
- NAJIB DALAM BAHAYA?
- LEMBU PAKAI KAD KREDIT PULAK? KAH! KAH! KAH!
- Si gebu goda ‘bawah perut’ diskaun urut
- Rakyat mahu ‘Malaysia tanpa Umno’
- Projek lembu: TPM, Noh juga perlu disiasat, kata DAP
- Ugut letup helikopter PM: Pelajar USM ditangkap
- LEMBU TENGOK PUN TERBERAK
- LAWAK AHAD: I LOVE U
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 14/1/2012
- LAWAK LA NAJIB NAK TOLONG RAKYAT SELANGOR,RAKYAT N...
- UMNO DAH SAPU LICIN
- Nenek 69 Tahun Dirogol Ketika Kutip Durian
- MALAYSIA PENGELUAR KONDOM UTAMA DUNIA
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER DAN LIGA SUPER 13/1/2012
- WARGA ASING MERABA DALAM TREN
- Jika pentadbiran Najib rayu keputusan mahkamah…
- INDAHNYA TOLONG MENOLONG
- Wang Zakat Diguna Menentang Perlaksanaan Hukum Allah
- Lelaki Gila Seks Tersangkut ‘Anu’ Di Lubang Bangku!
- UTUSEKS KAKI BOM
- DOKTOR TAK MENGAKU CABUL PESAKIT HAMIL
- Blogger Pro Umno Hina Mahkamah dan Anwar
- AMK cabar Perkasa nafi insiden letupan
- JUAL ANAK DI FACEBOOK UNTUK ELAK MISKIN
- LETUPAN KANTOI PASAI BAJET CIPUT?
- Marah keputusan mahkamah, banner jadi mangsa
- ADAM ADLI TAK AKAN MERAYU, KOYAK SURAT PENGGANTUNGAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 10/1/12
- TV3SUKU RAKAM TAPI TAK SIAR
- TV3SUKU TERSASUL LAGI ???
- LAIN KALI JANGAN DOK GATAI PUNGKOQ
- IKLAN YANG DIHARAMKAN DI TV MALAYSIA
- KEPUTUSAN LIGA PREMIER 9/1/12
- Video Nyonya Minta Najib Cepat Mati Depan Polis
- TOLONG JANGAN KETAWA
- ANWAR BEBAS,RAKYAT MENANG
- GAMBAR HIMPUNAN 901
- Pesanan Dato’ Seri Anwar Ibrahim
- 'Amanat' Anwar: Ribuan banjiri ibu negara
- Pembaca Buletin Fitnah Utama Mengaku Sebut Anwar I...
- LAWAK AHAD: Otak Budak-Budak
- Terkini!!! Pengawal peribadi Presiden PKR disuntik...
- ANWAR PM MALAYSIA - TV3SUKU
- DEPA HINA ISLAM LAGI!!! : Nombor ekor pada ayat Quran
- SU Politik MB Kedah dedah punca UMNO melatah pasal...
-
▼
Januari
(124)