Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Mei 04, 2012

RUGI RM 1.8 JUTA AKIBAT PERTAHANKAN DATARAN MERDEKA




KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang di sini Sabtu lalu.





Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.




 (Video dibawah adalah contoh anggota Polis bersabar dengan peserta himpunan)








"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.



Sabtu lalu, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh penghadang untuk memasuki Dataran Merdeka, sekali gus melanggar perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei.



Sehingga kini polis sudah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.



Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan bertugas sepanjang perhimpunan itu.



"Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut," katanya. - BERNAMA




Video dibawah ini pula adalah pengorbanan anggota polis (mengorbankan sepak terajang) 







KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive