Dr Abdul Shukor Hussin,
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Saya mulakan warkah ini dengan memetik kata-kata George Bernard Shaw: “ Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan.”Jujur
dan ikhlas, warkah ini bukanlah bermatlamat memperlekehkan Majlis Fatwa
Kebangsaan. Jauh sekali untuk menidakkan sumbangan dan peranan Majlis
Fatwa. Apatah lagi untuk menderhaka kepada keputusan Majlis Fatwa. Saya
amat yakin, Prof dan ahl-ahlii Majlis Fatwa terdiri daripada golongan
yang amat memahami persoalan agama dan keagamaan. Jujur-sejujurnya, saya
hormati Majlis Fatwa Kebangsaan dengan setinggi-tinggi penghormatan.
Dan, saya sanjung Majlis Fatwa dengan semurni-murni sanjungan.Tapi,penghormatan
dan sanjungan itu bukanlah penghalang untuk saya menegur Prof dan
Majlis Fatwa. Tentu Prof masih ingat untaian hikmah yang pernah
dilafazkan oleh Imam Malik. Tidak mengapa, biar saya ingatkan, kerana
saya ini manusia pengingat:"Siapapun dapat diterima atau ditolak pendapatnya kecuali yang ada di makam ini(sambil menunjuk ke makam Rasulullah SAW)".Lagipun
fatwa hanyalah ciptaan manusia, jadi ia tidak maksum dan ia mungkin
betul dan mungkin juga salah. Bak kata Dr Asri Zainul Abidin, andainya
fatwa tidak boleh dicabar, ia bukan sahaja "tidak demokratik", malah
"mematikan intelektualisme" kerana menyamakan fatwa seperti nas dalam
al-Quran dan Sunnah yang tidak boleh dipertikai.
Demontrasi memijak kepala lembu dengan matlamat mencetuskan rusuhan kaum.
Ditaja oleh NGO yang Pro UMNO dan turut melibatkan aktivis UMNO.
Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan ia sebagai haram.
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Jutaan
terima kasih saya ucapkan kerana ketegasan Prof, selaku Pengerusi
Majlis Fatwa Kebangsaan, kerana telah memutuskan Perhimpunan Bersih
sebagai haram,sebagai pencinta keamanan saya hargai fatwa tersebut. Saya
hormati prinsip dan pendirian Majlis Fatwa Kebangsaan dalam isu ini,
iaitu haram untuk umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang
bertujuan tidak baik,melanggar undang-undang serta mencetuskan huru hara
dan kekacauan dalam negara.
Namun ada beberapa persoalan yang benar-benar membelit akal, lantas
melemaskan saya dalam lautan teka-teki. Berdasarkan penelitian, saya
dapati Majlis Fatwa Kebangsaan tidak tegas dalam berprinsip dan tidak
teguh dalam berpendirian. Tidak tegas dan tidak teguh hingga menyebabkan
wibawa Majlis Fatwa Kebangsaan mula terkikis dan terhakis.
Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam proses
menghadiahkan seluar dan baju dalam wanita kepada Lim Guen Eng.
Jika benda yang sama dihadiahkan kepada Najib,
apa agaknya reaksi Majlis Fatwa
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Andainya
tidak membutakan mata dan tidak memekakkan telinga, pasti sahaja Prof
menyedari betapa hebatnya propaganda jahat dan provokasi keji dengan
matlamat ingin mewujudkan perbalahan kaum di Malaysia.Masihkah
Prof ingat, perarakan Maha Racis yang ditaja oleh Penganas Melayu yang
bersongkok tinggi. Pengganas-pengganas ini memakai songkok macam Prof
dan majoriti ahli Majlis Fatwa yang lain, cuma songkok mereka lebih
tinggi. Mereka membawa dan memijak kepala lembu kerana membantah
pemindahan sebuah kuil hindu di Shah Alam. Semua tahu dalangnya adalah
NGO yang Pro-UMNO dan beberapa orang aktivis UMNO Selangor.
Percayalah
Prof, demontrasi sebegini berupaya mengundang perbalahan antara
penganut islam dan hindu. Tidakkah Majlis Fatwa Kebangsaan sedar, betapa
sejarah telah merakamkan kroniknya masalah perpaduan di India kerana
perbalahan antara penganut Hindu dan Islam.
Tahukah
Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, betapa ribuan nyawa telah terkorban
sejak berlakunya perbalahan antara penganut Hindu dan Islam di India,
termasuklah insiden meruntuhkan Masjid Babri di Ayodhya.
Atau mungkinkah Prof beranggapan perbalahan kaum tidak akan sesekali berlaku di Malaysia. Mungkin juga Prof beranggapan rusuhan atau perang antara agama ini disebabkan oleh faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi dan gempa bumi.
Prof, percayalah, betapa bodohnya orang yang beranggapan sebegitu,sebab
rusuhan kaum dan ketegangan agama tidak pernah bersangkut paut dengan
faktor geografi.
Percayalah
Prof sesungguhnya perarakan dan demontrasi yang ingin mencetuskan
perbalahan kaum itu bisa menimbulkan huru hara dan kekacauan dalam
negara. Tapi sayang, Majlis Fatwa Kebangsaan hanya menjadi pemerhati
yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan perbuatan tersebut.
Mohamed Ghani Abdul Jiman dalam
proses menghadiahkan kek berbentuk tahi kepada Lim Guen Eng.
Jika kek yang sama dihadiahkan kepada Najib,
apa agaknya reaksi Majlis Fatwa
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Tertutupkah
mata Prof dan keseluruhan ahli Majlis Fatwa Kebangsaan ketika Ibrahim
Ali, pemimpin PERKASA mengistiharkan Perang Salib terhadap penganut
Krisitan. Dengan penuh kurang ajar, lelaki yang tolol lagi bahlul itu
telah membuat kenyataan terbuka dengan mencabar orang-orang Kristian
berperang. Mengapa Majlis Fatwa berdiam seribu bahasa dalam isu ini.
Tahukah Prof, betapa berbahayanya PERKASA sebagaimana berbahayanya Ku
Klux Klan. Saya cuba berprasangka baik, mugkin Majlis Fatwa tidak pernah
tahu episod-episod rusuhan berdarah yang melibatkan penganut Kristian
dan Islam.
Prof
masih ingatkah persitiwa berdarah yang melanda Bosnia Herzegovina.
Peristiwa peperangan antara orang-orang Serbia yang beraliran Ortodoks
Kristian dengan penduduk etnik Bosnia yang beragama islam. Untuk
pengetahun Prof dan Majlis Fatwa Kebangsaan, Suada Dilberovic, gadis
muslim yang berusia 24 tahun merupakan mangsa pertama kegansan Serbia
ketika tercetusnya perang Bosnia pada 6 April 1992. Tahukah Prof, betapa
200 ribu orang telah terkorban dalam peperangan tersebut dan dan 65 %
daripadanya adalah penganut islam Bosnia. Lupakah Prof terhadap
perbalahan antara umat islam dan Kristian di Ambon Indonesia. Atau mungkinkah
Prof masih lagi beranggapan, rusuhan kaum dan perang agama ini
disebabkan oleh faktor-faktor geografi sebagaimana letupan gunung berapi
dan gempa bumi, lantas ia tidak akan sekali-kali berlaku di Malaysia.
Jika
inilah pandangan Prof, maka Prof perlu mengimbas kembali Tragedi 13 Mei
pada tahun 1969. Terbukti dan tidak dapat dinafikan lagi, persitiwa
rusuhan tidak pernah dipengaruhi oleh faktor-faktor geografi.
Percayalah
Prof sesungguhnya PERKASA telah banyak menimbulkan huru hara dan
kekacauan dalam negara. Tapi mengapa Majlis Fatwa Kebangsaan hanya
menjadi pemerhati yang setia dan tidak mengeluarkan fatwa mengharamkan
umat islam dari menyertai pertubuhan tersebut.
Peserta demontrasi menyerang komtar,
Lim Guen Eng terpaksa menyelamatkan diri mengikut pintu belakang.
Mengapa Majlis Fatwa tidak memfatwakan demontrasi tersebut sebagai haram
Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya
dan ia turut menghuru harakan negara.
Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,Saya
tertarik sekali apabila Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan, haram ke
atas umat islam menyertai perhimpunan atau demontrasi yang bertujuan
tidak baik, melanggar undang-undang, serta mencetuskan huru hara dan
kekacauan dalam Negara. Tapi saya tak faham apa maksud undang-undang dan
maksud kekacauan.
Masihkah
Prof ingat wajah Ketua Penganas yang berkulit hitam manis, namanya
Mohamed Ghani Abdul Jiman. Tahukah Prof betapa tolol dan bahlulnya si
hitam manis ini. Bayangkanlah Prof, si hitam manis ini telah mengadakan
beberapa siri demontrasi di Pulau Pinang. Dalam demontrasi tersebut,
Mohamed Ghani Abdul Jiman telah menghadiahkan seluar dalam dan baju
dalam wanita kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Tidak
cukup dengan itu, Ketua Penganas ini menghadiahkan pula kek berbentuk
tahi kepada Lim Guan Eng, ketika hari ulang tahun Ketua Menteri Pulau
Pinang itu.
Seingat
saya hanya bekas Presiden ABIM, Dr Muhamad Razak Idris sahaja yang
mengutuk perbuatan tersebut. Mana pergi semua mufti yang menganggotai
Majlis Fatwa, hingga diam macam syaitan bisu. Atau,mungkinkah Majlis
Fatwa kebangsaan beranggapan perbuatan tersebut tidak salah di sisi
agama. Jika itu pandangan Majlis Fatwa, jangan terkejut, jika ada
individu tertentu yang menghadiahkan bikini kepada Prof dan Ahli Majlis
Fatwa yang lain.
Peserta demontrasi anti kerajaan Pulau Pinang memenuhi jalan raya
dan ia turut menghuru harakan negara.
Mengapa Majlis Fatwa tidak fatwakan ia sebagai haram
Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan yang saya hormati,
Jujur
dan ikhlas saya amat mengharapakan sebuah jawapan dari Majlis Fatwa
Kebangsaan untuk merungkai segala teka-teki yang mengasak benak saya
ini.Mengapa Demontrasi
dan perhimpunan untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap kerajaan
negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat tidak difatwakan sebagai
haram,walaupun penaja dan peserta demontrasi tersebut betindak ganas dan
meniup api perkauman, tetapi mengapa pula demontrasi dan perhimpunan
untuk menyatakan ketidakpuasan hati terhadap Kerajaan pimpinan Barisan
Nasional difatwakan sebagai haram dan mencetuskan huru hara.
Jujur, sikap dan pendekatan Majlis Fatwa Kebangsaan sebegini rupa telah mengingatkan saya akan kata-kata George Bernard Shaw: “ Jikalau manusia membunuh harimau ia dinamakan olahraga tetapi jika harimau membunuh manusia ia dinamakan keganasan.”
ehsan ; ulama perwaris
gajahmenta
KONGSI ARTIKEL INI MELALUI FACEBOOK
Suka-suka saja kot keluar fatwa.. nak persoal sikit, Ada ke majlis ijma ulama sebelum fatwa dikeluarkan?
BalasPadamkalau ianya adalah keputusan seorang ulama sahaja bolehkah ia dianggap sebagai fatwa?
BalasPadambaik layan awek ni. umur 70 tahun tapi masih dara.. baru sekarang bersedia untuk berpacaran. nak try nasib ke? tengok gambar dia kat sini > http://wasukalu.blogspot.com/2012/05/70-year-old-virgin-says-shes-finally.html
BalasPadamkalau haram apa pulak hukuman? peserta2 bukan islam macam mana?
BalasPadam"HARAM demontrasi hanya di "Padang Merdeka" sahaja sebab itu adalah tempat "suci" kerajaan..di tempat lain "HUKUM 1slaM HADHARI" acuan "Majlis Fatwa Kebangsaan" hanya "dibolehkan" kepada pencacai-pencacai kerajaan dan "DIHARUSKAN" kepada pencacai-pencacai kerajaan mengadakan demontrasi di P.Pinang".
BalasPadamoleh: Majlis Ulamak Kebongokan Melayu Malaysia (MUBOHSIA)