"PAS, you advised us not to pay and would provide legal assisstance. What are the chances of winning the case? And if we lose and if the court orders us to pay ,plus other costs, we will end up paying more than the RM300. Its very honourable for PAS to set up such a counter and we thank PAS for that, but we need to know what we are up against, an air-tight rules or rules with loop-holes to exploit?"Untuk makluman, kami syorkan supaya jangan bayar kompaun krn kompaun adalah tawaran. sebaliknya setiap yang terima saman AES hadir ke Mahkamah seperti yang telah dinyatakan dalam Saman & kami akan sediakan bantuan guaman percuma. Bantuan guaman terbahagi kepada dua.
Pertama jika hari pertama hadir ke Mahkamah, org yg disaman [OKS] hendak mengaku salah, dendanya tetap minimum RM300 tetapi kami boleh bantu dari segi membuat rayuan [mitigation] kpd Mahkamah supaya hukuman yang dikenakan adalah ringan & mungkin boleh lepaskan dengan bond jaminan berkelakuan baik. Jika Mahkamah tidak terima maka kemungkinan dendanya RM300 tetapi duit RM300 tersebut akan masuk ke akaun denda Mahkamah yang akan dimasukkan dalam akaun wang disatukan kerajaan. Jadi syarikat pengendali AES akan mengalami masalah untuk dapatkan komisyen RM16 mereka. Jika bayar kompaun kpd JPJ, senang JPJ nak berikan komisyen kpd syarikat pengendali.
Kedua : jika OKS tidak mengaku bersalah & minta dibicarakan, maka kami akan membantu untuk bicara di Mahkamah. Proses Mahkamah seperti biasa akan dijalankan di mana pihak JPJ perlu membuktikan segala tuduhan mereka. Adakah boleh menang? Tak siapa boleh janji menang tetapi peguam kami tahu apa yang mereka lakukan dan kami akan pastikan kita bersedia untuk lawan mereka mempertahankan hak OKS...
Bagaimana dengan bayaran denda & kos2 lain jika kalah kes.? Dalam kes kesalahan trafik, jika OKS diputuskan bersalah [kalah], OKS hanya perlu bayar denda sahaja & tiada kos2 lain.. kalau denda RM300, maka RM300 itu sahaja yg perlu dibayar.
Adakah perlu hadir ke mahkamah setiap kali bicara? Menyusahkan... Jika bicara, insyaallah peguam akan mohon supaya kehadiran OKS dikecualikan... Insyaallah... Kita berusaha... kami berusaha.. tanpa kerjasama anda ... apa kami boleh buat... kami sedia membantu tetapi kalau anda sendiri merasa susah untuk bantu diri anda.. apa lagi yg kami boleh buat....
Sekian, harap maklum...
shalehudin