Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 26, 2012

Letaklah jawatan...dah lama sangat dah!



Walaupun didoa agar menang oleh seluruh peminat namun malam tadi pasukan Harimau Malaya KO kepada pasukan Singapure! Satu keputusan KO yang sangat mengecewakan peminat bolasepak tanahair!

Menonton permainan pasukan Harimau Malaya si Rajagopal malam tadi tak ubah bagaikan menonton perlawanan bolasepak di padang belia sebuah perkampungan kecil di pedalaman negara yang entah di mana. Lembik, berat kaki, pucat muka, garba, lintang kalang, serba tak kena dan macam-macam aksi terencat ada di tengah padang! Macam tu nak mempertahankan juara?

Sebenarnya, rasanya para pemain bolasepak Malaysia tidak salah dalam setiap pertandingan jika mereka kalah. Yang salah bukan pemain tetapi aku tetap menyalahkan FAM dan jurulatih! FAM dan jurulatih bolasepak Malaysia tak ada erm dan kualiti dalam mengendalikan FAM dan latihan bola sepak pasukan negara!

Dulu zaman Tan Sri Hamzah Abu Samah menjadi Presiden FAM, pasukan bolasepak Malaysia benar-benar harimau kepada pasukan lain dalam dunia ini. Dibaham habis pasukan yang menentangnya. Jepun, Korea Selatan, Iran, Kuwait dan lain-lain kecut perut dengan Harimau Malaysia waktu itu. Dengar sahaja nama Syed Ahmad, Abdullah Ali, Wan Zawawi, Soh Chin Aun, Santokh Singh, Arumugam, Super Mokh dan lain-lain dua tiga kali pergi kecing pemain lawan sebelum masuk padang!

Pasukan  Harimau Malaya Rajagopal hari ini? Pasukan Bangla pun bermain sambil gelak-gelak!

Begitulah nasib pasukan bolasepak Malaysia, selepas Tan Sri Hamzah Abu Samah pergi dan diganti dengan orang lain. Kini Pasukan bolasepak Malaysia nama sahaja harimau tapi macam harimau tua yang dah tak ada gigi...ek eleh sapalah nak berdebor bila berentap dengan harimau yang macam tu?

FAM dan jurulatih bolasepak yang ada pada hari ini terkena penyakit kerajaan Umno/Bn dalam membuat dasar-dasar kerajaan yang tak habis-habis nak berekperimen. Kerajaan Umno/Bn banyak membuat dasar yang mengekperimenkan nasib dan masa depan rakyat, kalau eksperimen berjaya oklah , kalau gagal nasiblah rakyat, janji para kroni tak boleh dirugikan!

Apa yang berlaku kepada pasukan yang digelar Harimau Malaya malam tadi adalah padah daripada ekpesimen sang Raja yang tak habis-habis! Rasanya eksperimen sang Raja akan hanya selesai sebaik pasukan Malaysia tersadung dalam piala AF Suzuki ini. Aku tak yakin Rajagopal akan terus berjaya dengan eksperimennya nanti.

Untuk mengatasi masalah pasukan bolasepak negara yang ada pada hari ini, aku berpendapat Rajagopal perlu meletak jawatan segera untuk tugas beliau diambil alih oleh jurulatih lain  yang lebih kreatif dan bertenaga! Rajagopal sudah tidak kreatif lagi...rasanya sistem latihannya telah bercelaru! Dia mesti berani mengambil tanggungjawab dengan meletak jawatan.

Yang paling penting untuk diinsafi bukan sahaja Rajagopal tapi jugak pengurusan tertinggi FAM. Semenjak peninggalan Tan Sri Hamzah Abu Samah, produktiviti FAM tidak banyak boleh dibanggakan dalam membina pasukan bolasepak kebangsaan yang menjadi minat dan harapan pelbagai golongan dan majoriti rakyat. Pasukan pengurusan tertinggi FAM dalam keadaannya yang ada pada hari ini begitu sukar dan terlalu payah untuk dikritik dan ditegur oleh para pengkritik sukan bola sepak yang telus, jujur dan profesional. Salah-salah kritik bimbang dikatakan tiada adab dan menderhaka pulak.... jadi pakat-pakatlah buat tak kisah...lantaklah! Sampai bila kita mesti begitu?

Dengan sebab itu pengurusan tertinggi FAM wajib diubah seperti mana rakyat umum sedang berusaha mahu mengubah Umno/Bn yang telah tidak relevan lagi pada masa ini. Pengurusan tertinggi FAM yang lebih kreatif dan profesional perlu diserahkan kepada mereka yang  ahli dan pakar yang berpijak dibumi nyata bukan meletakkan pengurusan FAM dikasta yang terlalu tinggi hingga sukar untuk 'dibelasah' secara profesional dan telus demi peningkatan mutu bolasepak negara.

Mudah-mudahan tulisan ini tidak dianggap biadap dan derhaka kerana memang pengurusan tertinggi FAM yang ada pada hari ini sudah tidak mampu lagi mengangkat martabat dan maruah pasukan bolasepak kebangsaan ke tahap yang membanggakan kita semua! 

Sampai bila kita mesti terus memberi alasan yang karut setiap kali kita gagal? Dan setiap kali gagal para pemainlah yang menjadi mangsa untuk disingkir. Bagaimana pula dengan jurulatih dan sekali sekala salahkah kalau pengurusan tertinggi FAM mengambil tanggungjawab meletak jawatan? Buatlah sekali...dah lama sangat dah pun!

garamlada


2 ulasan:

  1. Sangat setuju. Pengurusan yg perlu DITUKAR.

    BalasPadam
  2. pemerhati bebas27/11/12 10:47 PG

    Mak aku da umo 83 thun... Dia slalu perli malaysia kalah sbb mkn blacan.... tak mcm zaman mokhtar dahari, so chin an, arumugam.....
    Kao bygkn le, walu pun da berumor tpi mak aku tetap ingat kehebatan bolasepak zaman depa ni...
    Aku tanya: nape ckp mkn blacan pulak ye.... Responnya simple: da lma sngt2 da bhn utamanya
    Hahaha hihihi huhuhu

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive