Isnin, Februari 18, 2013
Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima sambutan yang lebih meriah daripada penyokong Pakatan Rakyat berbanding perdana menteri yang turut hadir ke rumah terbuka anjuran Dong Zong hari ini.
Datuk Seri Najib Razak diraikan dengan tarian singa oleh tuan rumah namun ketibaan Anwar sejam kemudian disambut dengan tepukan dan sorakan bergemuruh serta laungan 'Reformasi' oleh penyokong Pakatan di majlis itu.
Beberapa orang daripada mereka juga dilihat mengibarkan slogan 'I Love New PM Anwar (Saya Sayang PM Baru Anwar)' di majlis yang dihadiri kira-kira 5,000 orang itu.
Slogan tersebut diolah daripada slogan 'I Love PM (Saya Sayang PM)' yang diedarkan di majlis tersebut untuk menyambut ketibaan Najib sebelum itu.
Penyokong tersebut menambah perkataan "new" dan "Anwar" pada slogan yang diedarkan untuk meraikan Najib itu dengan menggunakan pena dakwat hitam.
Salah seorang individu bertanggungjawab, Jimmy Wong Chee Wai, 34, berkata beliau berbuat demikian untuk menunjukkan sokongannya kepada Anwar, yang diyakininya sebagai bakal menjadi perdana menteri selepas pilihan raya umum akan datang.
Beliau berharap ketibaan tahun tahun baru Cina ini juga membawa maksud bahawa perdana menteri akan datang bukan lagi dari BN.
"Beliau (Anwar) sepatutnya jadi PM kita selepas ini," kata beliau yang hadir dengan memakai baju-T BERSIH.
Najib yang tiba lebih awal daripada Anwar tidak membuat sebarang ucapan atau memberikan kenyataan kepada media walaupun ini merupakan kunjungan bersejarah sebagai perdana menteri pertama yang hadir ke majlis Dong Zong.
Najib beredar selepas meluangkan masa selama kira-kira 45 minit untuk menikmati hidangan, menyaksikan persembahan, menyertai acara menggaul yee sang dan menulis kaligrafi.
Pengerusi Dong Zong, Dr Yap Sin Tian pula, yang tidak membuat ucapan sewaktu kehadiran Najib, mengambil peluang untuk berucap sewaktu Anwar berada di majlis itu.
Dalam ucapannya, beliau antara lainnya merayu agar "rakan" Dong Zong terus menyokong usaha yang dijalankan pertubuhan berkenaan.
"Kita dalam tahun baru ini semuanya akan berubah. Jadi di sini saya harap semua rakan-rakan sokong Dong Zong sampai mencapai kita punya matlamat," kata Yap.
Yap yang berucap dalam bahasa Melayu itu turut menyampaikan penghargaan kepada Najib kerana sudi hadir ke majlisnya.
Tindakan Yap yang menyebut nama Najib itu bagaimanapun disambut dengan laungan "boo" oleh para penyokong Pakatan.
Kumpulan sama turut melaungkan "Reformasi" sekali lagi sewaktu Anwar beredar daripada majlis tersebut.
Hadirin yang menikmati hidangan secara lambak sejak ketibaan Najib juga mula beransur-ansur meninggalkan majlis sebaik sahaja Anwar beredar.
Turut bersama Anwar pada majlis tadi adalah penasihat DAP, Lim Kit Siang, naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, dan ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai, serta presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah.
MK
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2013
(973)
-
▼
Februari
(81)
- MACAI-MACAI UMNO MAI TENGOK NI
- PERCAYAKAH ANDA?
- TANDA-TANDA BN AKAN KALAH TERUK DI SELANGOR
- MUHYIDDIN KEMARUK NAK JADI PM ?
- ARTIS LEMBU AMENO
- Wanita dicabul tuan rumah sewa
- PARLIMEN BUBAR 1.3.13 ?
- NAJIB PM PALING BIJAK KAH! KAH! KAH!
- BIAQ BETOI ??? NAK AMBIK BR1M KENA BERSUMPAH
- Miang Penjual Karipap
- 3 Maut Kemalangan Bas Ekspress Di Bukit Tagar
- MUHYIDDIN DIMALUKAN DI SABAH
- Mengapa Anwar Bersungguh Sangat Nak Ke Putrajaya?
- DEBAT NURUL IZZAH VS RAJA NONG CHIK
- LAWAK AHAD: WAT SEK
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 23/02/13
- AES: SELANGOR AKAN FAIL RAYUAN
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 22/02/13
- KHAS BUAT PENCACAI AMENO
- Berjuta ahli UMNO menyertai pembangkang dalam peti...
- Sunah Nabi Tunjuk Dengan Jari Telunjuk Atau Ibu Jari?
- MANA PI SCORPENE KAPAL SELAM CANGGIH TU?
- Wanita potong alat kelamin suami dengan pisau dapur
- KONFEM ESOK PARLIMEN BUBAR BHAI
- NYAWA BE END DI BOTOL KICAP
- Mazlan saman Presiden MBFM
- BR1M: KISAH SEDIH YANG MENYENTAP
- STADIUM DI TERENGGANU RUNTUH LAGI
- DUN SELANGOR AKAN DIBUBARKAN HARI INI?
- Punca Sakit Jantung Di Usia Muda
- KEPUTUSAN LIGA SUPER 19/02/13
- MAHASISWA AKAN BERTANDING LAWAN NAJIB DI PARLIMEN ...
- Gempar!!! Beruang, kuda mati diracun di Zoo Melaka
- PERHATIAN: TOLONG 'SHARE' DAN SEBARKAN
- NAJIB KANTOI BEB
- GAMBAR BANJIR KILAT DI IOI MALL PUCHONG
- BANJIR KILAT DEPAN IOI MALL PUCHONG
- Di Tangkap Ketika Cuba Rogol Lembu
- Anwar disambut lebih meriah di majlis Dong Zong
- Hassan Ali Gagal Hadir, Ezam Berdebat Sorang-soran...
- AWAS JIKA NAMPAK KERTAS DI KERETA
- LAWAK AHAD: GILA
- Himpunan PAKSA GURU MELUTUT SEMBAH UMNO
- Tahi Bintang Jatuh Di Rusia, Lebih 400 Orang Cedera
- BN hidu ‘ajal’ mereka: Kroni dapat projek lebih RM...
- AZAB NERAKA YANG PALING RINGAN
- GADIS MAUT DI BERJAYA TIMES SQUARE
- HARI KEKASIH:Budak 13 tahun ditangkap khalwat
- Tanda-tanda berakhirnya era BN
- Are U Ready For DSAI ??? KAH! KAH! KAH!
- MENANG SORAK KAMPUNG TERGADAI?
- SPRM TOLONG SIASAT SAPA SPONSOR NI,SAMPAI NAK BERA...
- VIDEO PANAS NAJIB DIMALUKAN
- Kubur lama di tengah Masjid Razaleigh
- BN Bakal Letak Calon Payung Terjun Di Wangsa Maju
- 70 samseng Umno guna treler untuk halang Anwar tem...
- LAWAK AHAD: DUA GADIS CANTIK
- Macai UMNO cabut dan buang bendera PAS ke dalam pa...
- VIDEO: TERBUKTI NAJIB SEORANG PELAKON KAH! KAH! KAH!
- Kubu BN di Felda mulai roboh
- KISAH NYATA PASANGAN KEKASIH YANG TERLANJUR
- KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenay...
- Juruwang Dirogol Bergilir-gilir 4 lelaki
- DEBAT TANPA TELOQ
- 9 Kerusi Parlimen Johor Bakal Jatuh Ke Tangan Paka...
- Al-Fatihah: Pakar ICT Azli Paat meninggal dunia
- LIVE: QATAR VS MALAYSIA
- Perogol bersiri 'Rambo Bentong' dijel 115 tahun
- Mengapa Samsung dapat IPP Prai 2.4 bilion?
- PR menang besar PRU13
- MAMAT NI PANAS PUNGKOQ KA?
- UMNO MALUKAN RAKYAT MELAKA : GANGGU CERAMAH ANWAR ...
- Kos bawa 'Gangnam' ke acara Najib dijangka lebih RM1j
- LAWAK AHAD: HARIMAU MALAYA PUN BERDOA
- VIDEO: PM Serbia Tergamam, Ditemuramah ‘Pengacara’...
- Panas!!! Perhimpunan Anak Muda BN Kedah..2 juta Ya...
- Tarik balik saman AES, pulangkan denda, bekas pegu...
- HEBAT BETOI DEBAT NI BRO
- Masyaallah,Keburukan Tidur Selepas Subuh
- KTMB Jadi Alat Propaganda BN, Tidak Layan PR Sewa ...
- SAMM bersama pimpinan bekas Polis dedah penyelewen...
-
▼
Februari
(81)