Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 08, 2013

Juruwang Dirogol Bergilir-gilir 4 lelaki

Gombak: Seorang juruwang menghadapi detik hitam hidupnya apabila dia bukan saja disamun, malah dirogol empat lelaki dalam kejadian berhampiran rumahnya di Desa Jaya, di sini, kelmarin.

Gambar hiasan

Dalam kejadian jam 10 malam itu, wanita berusia 26 tahun terbabit baru pulang dari tempat kerjanya dan sebaik keluar dari kenderaan miliknya Perodua Viva, sebuah van putih berhenti di sebelah kanan kenderaannya sebelum empat lelaki bersenjatakan kayu serta besi memecahkan cermin kereta mangsa.

Menurut sumber, empat lelaki terbabit merampas beg tangan, gelang tangan dan rantai milik mangsa sebelum menariknya masuk ke dalam van berkenaan.
“Mata mangsa diikat menggunakan kain hitam sebelum mangsa dibawa ke sebuah rumah yang tidak diketahui lokasinya.

“Lebih menyedihkan, mangsa dirogol bergilir-gilir oleh empat lelaki berusia lewat 20-an terbabit sebelum diheret semula ke dalam kenderaan mereka untuk dibawa ke mesin pengeluar wang automatik (ATM) dan memaksa mangsa mengeluarkan wang RM1,600,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dibawa ke satu kawasan kondominium di Subang Jaya sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan dengan dibantu pengawal keselamatan kondominium berkenaan, mangsa dibawa membuat laporan di balai polis berdekatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abd Rahim Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian dan berkata, siasatan lanjut dijalankan. - HMetro

guruinspirasiku

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/2/13 7:31 PG

    Kadar jenayah di Malaysia rendah dan Malaysia negara paling selamat

    BalasPadam
  2. Salam bro.. Hebat blog bro.. Mohon dapat kiranya dipautkan blog teman http://kamuntingcentral.blogspot.com ke blog bro.. Terima Kasehhh Bro..

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/2/13 11:01 PG

    Kadar jenayah di Malaysia rendah dan Malaysia negara paling selamat

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive