Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohd Yusoff berkata mangsa, Azamuddin Azizan, 26, cedera di beberapa bahagian badan termasuk bahu kanan, siku kanan dan kedua-dua belah lutut dalam kejadian itu.
Beliau berkata ketika kejadian, Azamuddin bersama seorang lagi anggota tentera sedang membuat rondaan selepas mendapat aduan terdapat lubang di pagar sempadan.
"Mangsa dan rakannya sedang membuat pemeriksaan selepas mendapat laporan, sebelum berlaku tembakan dari seberang pagar. Mangsa kemudiannya terkena tembakan dari arah Thailand dipercayai menggunakan senapang patah.
"Selepas melihat mangsa ditembak, rakannya membawa mangsa ke kawasan yang selamat sebelum bantuan tiba. Rakan setugas mangsa tidak mengalami kecederaan," katanya kepada pemberita di Bukit Kayu Hitam.
Ibrahim berkata mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis dan keadaannya dilapor stabil.
Beliau berkata suspek dipercayai melepaskan tembakan dari kawasan semak berhampiran sempadan, kira-kira 30 meter dari pintu pagar kawalan, namun bilangan suspek sukar dikenal pasti kerana keadaan yang gelap.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika melawat tempat kejadian petang tadi, berkata kes berkenaan dipandang serius kerana membabitkan tembakan dipercayai dari arah negara jiran.
Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya.
"Saya juga menyeru penduduk di sempadan supaya sentiasa memaklumkan pada pihak polis kalau tahu ada perkara-perkara yang melanggar undang-undang," katanya.
Khalid meluangkan masa kira-kira 20 minit melawat tempat kejadian diiringi Ketua Polis Kedah Datuk Ahmad Ibrahim dan Ketua Polis Perlis Datuk Zull Aznam Haron.
- Bernama
Gambar Hiasan
Sebenarnya keselamatan disepadan tak da jaminan. Penjenayah boleh keluar masuk dgn mudah. Sbbnya sistem keselamatan sgt lemah. Mungkin yg tembak tu pengedar dadah yg dah lama beroperasi. Hari tu terserempak.. tembaklah. Dah berapa byk dadah masuk negara. Skrg baru sedar. Sbb tu juga kes tembak byk berlaku. Senjata mudah dibawa masuk.
BalasPadam"Polis akan menghubungi pihak berkuasa Thailand bagi membantu siasatan, katanya." ??? Nak bincang apa lagi? Ni memalukan tentera, anggota keselamtan kita saja! Takkan nak kes jadi parah macam kes "Lahad Datu" tu.
BalasPadamwth!! Takkan kita takda 'mutual agreement' atau preemptive authority untuk serang balas tembakan/ tangkap penjenayah/ mobs? smugglers?
gila..lemah!