Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 21, 2013

TERKINI!!! 37 TERBUNUH BAS TERHUMBAN KE DALAM GAUNG DI GENTING HIGHLANDS





Sebuah bas persiaran yang membawa 49 penumpang terhumban ke dalam gaung di KM3 ketika menuruni Genting Highlands petang ini.
Anggota bomba dan penyelamat mengesahkan 37 orang mati manakala 16 lagi mengalami kecederaan apabila sebuah bas terhumban di Genting Highlands pada kira-kira jam 3 petang tadi.

Pegawai unit kawalan Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands Mohd Shukri Mohd Noor memberitahu Malaysiakini,pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 2.22 petang.Katanya, anggota balai bomba tersebut berggegas ke tempat kejadian untuk menyelamat mangsa yang terlibat.
Bagaimanapun, beliau berkata pihaknya belum mempunyai maklumat lanjut berhubung kemalangan tersebut.
Sementara itu, menurut Associated Press (AP), 30 penumpang berada di atas bas ketika kejadian itu berlaku petang ini.
AP juga memetik anggota Bomba dan Penyelamat sebagai berkata pekerja penyelamat cuba turun ke tempat bas tersebut yang menjunam 30 meter ke dalam gaung.
Gambar-gambar yang diedarkan secara meluas di Facebook menunjukkan bas kuning terletak di dalam gaung.

Malaysiakini
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive