DAP akan saman Utusan berhubung penipuan Father Augustus Chen
Satu saman bakal dikemukakan kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, kerana menyiarkan fitnah risalah “Laporan Ekuiti (Penipuan Pemilihan CEC)” oleh penulis rekaan Father Augustus Chen, menurut Lim Kit Siang (gambar).
Penasihat DAP itu telah pun mengarahkan peguamnya untuk meneruskan saman ke atas akhbar berkenaan atas satu artikel yang ditulis oleh wartawannya Kasthuri Jeevendran melalui edisi Ahad, Mingguan Malaysia, mengulangi penipuan dan fitnah oleh Father Augustus Chen.
Beliau menjelaskan Laporan Ekuiti bukan sahaja perlu berdepan dengan pelbagai saman fitnah tetapi turut perbicaraan jenayah kerana fitnah dan niat jahat risalah berkenaan.
Katanya, penulis risalah itu telah membuat pertuduhan tidak berasas bagi membolehkan Barisan Nasional (BN), Umno dan Pendaftar Pertubuhan (RoS) mengambil tindakan kepada DAP.
“Father Augustus Chen mendakwa seramai 753 pewakilan, yang kebanyakannya kaum India, tidak dimaklumkan Kongres DAP di Pulau Pinang dan terdapat kira-kira 547 pengundi hantu yang kebanyakannya dari Pulau Pinang merupakan satu fitnah dan berniat jahat ke atas pemimpin DAP.
“Tempoh tujuh hari yang diberikan kepada penulis risalah itu telah lama tamat namun beliau tidak juga menampilkan diri," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Awal minggu ini, Lim menggesa Father Augustus Chen supaya tampil membuktikan kewujudan dan segala dakwaannya.
Lim berkata, Father Augustus Chen sebenarnya adalah watak yang direka oleh kerajaan pemerintah semata-mata untuk membatalkan pendaftaran DAP.
Katanya, penulis itu diberikan tempoh seminggu untuk muncul dan membuktikan dia bukan watak yang direka. Jika gagal, RoS perlu mempertimbangkan semula keputusannya atas arahan mengadakan pilihan raya parti semula.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu menjelaskan isu pemilihan DAP dijadikan modal oleh Umno dan BN sebagai kempen perang saraf kerana tiga parti komponen utama BN bakal mengadakan pemilihan parti masing-masing tidak lama lagi. - 19 Ogos, 2013.
TMI
KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN
Puak2 umno n bn nih sebiji sama mcm agenda Yahudi.. apalaa nk jd dgn dunia puak2 nihh? Insaflah woii..
BalasPadam