Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 07, 2013

NAH!!! BN DAH MENANG PETISYEN

Mahkamah pilihan raya di Kota Kinabalu hari ini membenarkan petisyen Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), yang pertama setakat ini dan sekaligus memberi laluan kepada pilihan raya kecil di Sabah bagi kerusi DUN Klias.

Keputusan itu pastinya akan menyebabkan bantahan daripada Pakatan Rakyat (PR) yang setakat ini, semua petisyen difailkan pakatan itu dibuat dengan dikenakan kos tinggi.

Ini adalah petisyen pertama yang berjaya di antara 69 petisyen difailkan pembangkang PR dan Barisan Nasional (BN) selepas tamat PRU13 pada 5 Mei lalu.

Petisyen itu difailkan calon BN, Isnin Aliasnih yang memperolehi 6,182 undi berbanding Lajim, 6, 324 undi.

Hakim Yew Jen Kie bagaimanapun membuang petisyen difailkan Lajim yang mencabar keputusan kerusi Parlimen Beaufort.

Lajim tewas di kerusi itu apabila calon BN, Datuk Azizah Mohd Dun memenanginya.

Yew turut membuang petisyen Isnin yang difailkan terhadap pegawai pilihan raya (RO) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan memerintahkannya membayar kos RM10,000 setiap seorang.

Hakim berkata, Isnin dalam permohonannya tidak menjelaskan bagaimana tindakan RO dan SPR memberi kesan terhadap keputusan kerusi Klias.

Lajim boleh membuat rayuan kepada Mahkamah Persekutuan terhadap kedua-dua keputusan itu.

Dalam pilihan raya lalu, bagi negeri Sabah, BN memenangi 48 kerusi sementara pembangkang menang 12.

MNH


KILANG UTK DISEWA DI SERI MANJUNG PERAK CALL ILA 017-5655767
NAK TAU CARA CAJ HANDPHONE DI MANA SAJA ANDA BERADA?
RUANG IKLAN TEKS RM10 SEBULAN

1 ulasan:

  1. Mahkamah umno sial n celaka dulu kini n slamanya.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive