Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Oktober 08, 2013

INDRA PUTRA DIUGUT BUNUH


Kota Bharu: “Korang (anda) semua ada tak lubang-lubang kongsi gelap yang ada pembunuh upahan. Aku nak upah bunuh ref (pengadil) dengan Indra Putra (Mahayuddin, penyerang pasukan bola sepak Kelantan).

“Kalau dapat cacatkan dia pun ok. Harga aku bagi double (dua kali ganda).” Demikian coretan berunsur ugutan diposkan seorang lelaki dipercayai penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT) melalui laman sosial Facebook (FB).

Ugutan bunuh itu terpapar dalam laman FB milik lelaki terbabit selepas perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, Sabtu lalu yang menyaksikan pasukan The Red Warriors (TRW) membenam JDT 6-1.

Lelaki yang menggunakan nama Boy Nazrie itu membuat kenyataan kononnya mahu mengupah kongsi gelap yang mempunyai pembunuh upahan untuk membunuh pengadil perlawanan malam berkenaan serta Indra Putra.

Foto
STATUS Facebook berunsur ugutan dan kutukan terus kepada Indra dan pengadil perlawanan.


Difahamkan, lelaki itu tidak puas hati dengan tindakan Indra Putra yang didakwa mengasari penyerang JDT Norshahrul Idlan Talaha sehingga menyebabkan hidung pemain kebangsaan itu berdarah dan diberikan rawatan.

HM



P-A-N-A-S-S-S !! ... Rahsia 'BESAR' Suami Saya... 
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive