KUALA LUMPUR: Tiga lelaki yang sebelum ini bertindak mengepung dan merompak seorang mangsa wanita di Klang Selatan pagi tadi, tidak sempat untuk membelanjakan wang itu apabila mereka mati ditembak polis ketika cuba melarikan diri.
Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar ketika mengesahkan kejadian itu berkata ketiga-tiga lelaki yang berusia dalam lingkungan 20 hingga ke 30 tahun itu, merupakan sebahagian daripada anggota kumpulan yang merompak sejumlah RM2,000 daripada mangsa mereka itu.
Abdul Rahim berkata kumpulan tersebut dipercayai telah memerhati dan mengekori wanita yang memasuki sebuah bank untuk mengeluarkan duit sekitar pukul 10 pagi.
“Apabila wanita itu keluar dengan wang dan menaiki keretanya, perompak-perompak itu yang menaiki tiga buah kereta bertindak mengepung kereta wanita itu.
“Sejurus kemudian, seorang lagi lelaki yang bermotosikal menghampiri kereta wanita itu sebelum memecahkan cermin kereta dan merampas wang itu,” kata Abdul Rahim .
Beliau berkata pihak polis yang kebetulan berada di kawasan kejadiannya kemudiannya telah mengejar perompak perompak itu.
“Mereka meninggalkan salah sebuah kereta di tempat kejadian dan melarikan diri menggunakan dua kereta lain dan sebuah motosikal.
“Mereka kenudiannya berpecah arah. Polis berjaya mengejar salah sebuah kereta, iaitu Proton Wira berwarna hitam. Semasa berada di Lebuhraya Duke menghala ke Sentul, perompak-perompak itu melepaskan tembakan terhadap pihak polis dan polis bertindak melepaskan tembakan balasan,” katanya.
Abdul Rahim berkata ketiga-tiga lelaki yang belum disahkan kewarganegaraan itu, mati serta merta. Pihak forensik turut menemui sepucuk pistol di dalam kereta mereka - Astro Awani
tmj telah mencetuskan fenomena bola sepak johor jadi kpd yg cemburu kpd johor apa yg dibuat tmj demi bola sepak johor dan malaysia selamanya sokong harimau selatan dan hidup tmj
BalasPadamA a laa....aku pun terharu dengan kekalahan tentera rusia kepada tentera amerika dalam filem combet yg aku pernah tengok masa aku kecil2 duluuuuuu......
BalasPadamAku sokong Zahid layan penjenayah tembak dulu baru tanya macam di Amerika
BalasPadamsaya akan siasat perkara ni
BalasPadamoii aku tak hisap rokok le mak aku marah sebab harga rokok dah mahal sekarang ni
BalasPadammemang seringkali tindakan tegas dilakukan
BalasPadamketegasan perlu untuk membuat jera, komentar juga ya ke blog saya www.goocap.com
BalasPadam