Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Januari 06, 2014

DASAT!!! 4 EKOQ LEMBU NAIK WIRA


Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta
Pencuri sumbat 4 ekor lembu dalam kereta.
Dua lelaki terpaksa meninggalkan sebuah kereta Proton Wira yang membawa empat ekor lembu yang dipercayai dicuri dari sebuah kandang ternakan, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam selepas kereta tersebut mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini awal pagi tadi. - Foto Bernama

KULIM: Dua lelaki berputih mata selepas empat ekor lembu yang mereka curi terpaksa ditinggalkan di dalam kereta Proton Wira selepas kenderaan yang mereka naiki bersama haiwan itu mengalami kerosakan di Kampung Siam, Sungai Seluang, Lunas dekat sini hari ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim Deputi Superitenden Chin Soo Song berkata kesemua lembu itu ditemui semula pada 7 pagi ini iaitu kira-kira 15km dari lokasi kandang ternakan haiwan itu dicuri, di Sungai Lembu, Bukit Mertajam.

"Keempat-empat ekor lembu itu disumbat di bahagian but dan tempat duduk penumpang belakang yang telah dibuang bagi membolehkan kesemua lembu itu diisi di dalam kereta itu," katanya ketika dihubungi hari ini.

Pemilik ternakan melaporkan kejadian itu di Balai Polis Lunas pada 5 pagi ini, katanya.
"Polis dengan kerjasama orang awam menjumpai semula ternakan itu yang ditinggalkan (dalam kereta) di tepi jalan di Kampung Siam, dekat sini," kata Soo Song.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kedua-dua suspek diminta menghubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim, Asisten Supritenden C. Tharmalingham di talian 04-4906222 atau balai polis berhampiran. 

-Bernama-

gigitankerengga



6 ulasan:

  1. Tanpa Nama6/1/14 8:20 PTG

    Istimewa sungguh berbaloi-baloi Lihat sini jangan guling2 bro...

    BalasPadam
  2. Kehebatan suspension kereta Proton

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/1/14 8:43 PTG

    Lepas ni duk kat kondo pulak.. hahaha

    BalasPadam
  4. apa nak eran...ni Malesia bib..bukan sikit lembu sini tinggal di condo...tak ccaya tanya Kak Ijat , Ketua wanita UMNO...naik Wira tu koman....

    BalasPadam
  5. ni dikatakan semangat mencuri... hahahahaha...


    admin: Mohon exchange bloglist. ni blog baru aku.. hehe...
    http://blogpetua.blogspot.com

    adios:
    admin bankami.net

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive