Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 18, 2014

GAMBAR HIMPUNAN KANGKUNG 1.0

Gambar Sekitar Himpunan Menentang Penghinaan Terhadap Najib Oleh UMNO..




Sebentar tadi telah berlangsung satu demonstrasi aman membantah tindakan yang telah dilakukan Adun PKR Machang Bubuk Lee Khai Loon dan beberapa pengikut dari kalangan masyarakat Cina yang secara sinis menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung ke dalam mulut replika karikatur Datuk Seri Najib.



Penghinaan yang agak melampau ini hanya di hadiri oleh masyarakat Cina
yang dilihat lebih signifikan dengan tindakan yang boleh dikategorikan
sebagai penghinaan yang radikal kepada PM dan juga kepada pemimpin
Melayu khususnya.Demo yang dianjurkan itu hanya dihadiri kira-kira 15
orang sahaja



Bertempat di perkarangan Bandar Sunway Seberang Jaya,peserta yang dianggarkan kira-kira 1200 orang telah berkumpul dan melakukan perarakan secara aman ke perkarangan pusat membeli-belah Sunway Carnival Mall.Keadaan lalu lintas terkawal dengan bantuan dari pihak Polis.



Datuk Reezal Merican Naina Merican yan juga Timbalan Pengerusi UMNO P.Pinang dalam ucapannya,beliau menganggap perbuatan adun PKR itu sebagai satu tindakan yang biadap dan melampau dari Adun tersebut.





"Tindakan Adun PKR itu adalah satu penghinaan yang besar terhadap PM dan khususnya masyarakat Malaysia ".



"Kami mencabar adun PKR itu buat sekali lagi,dan kita akan lihat rakyat jelata akan bersama siapa"katanya dengan penuh semangat kepada peserta demo bantahan tersebut.



Ucapan juga telah diberikan oleh Datuk Musa Sheikh Fadzir yang juga ketua UMNO bahagian Bukit Mertajam,saudara Zaidi atau lebih dikenali dengan nama Cikgu Zaidi,Ketua UMNO Permatang Pauh.



Demo tersebut juga turut disertai beberapa NGO sekitar P.Pinang yang merasa tercabar dengan tindakan adun PKR itu lapor UtaraNews.



Menarik bukan.. Polis membantu mengawal lalu lintas.. Berikut adalah sedikit gambar untuk dikongsikan bersama..








Ni poster hebahannya...  nampak brutal.. tapi lawak..sejak bila pula Najib dianggap sebagai Raja?





















darisungaiderhaka


5 ulasan:

  1. nak tanya polis ler.himpunan nie ader permit ker.jika tiada himpunan haram ler.jika himpunan haram mana FRU dan water canon.jgn buat kerja double standard.macam gampang.

    BalasPadam
  2. Tindakkan Najib telah menghina lebih 20juta rakyat Malaysia, manakala tindakan wakil rakyat PR menyadarkan lamunan seorang pemboros yang pernah membayar harga RM100,000.00 untuk melelapkan mata barang sebentar, dimana wang sebanyak itu boleh membuat pondok untuk orang kampong yang susah lebih dari 4buah yang boleh digunakan sampai mati....

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama19/1/14 2:27 PG

    Sedih melihat mereka mereka demo ini, muka masing masing nampak poyo tahap otak kangkung saja.... Maaf le , tapi tengok lah sendiri..... Nak demo pasal KANGKUNG pulak tu !

    BalasPadam
  4. Nak tanya KPM ....kenapa siap jadi "jaga" pulak perhimpunan ni. Double standard ka dlm undang2 negara.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive