Isnin, Ogos 11, 2008
Anwar maafkan, Dr. M rela berhijrah jika bekas timbalan jadi PM
mSTAR online melaporkan:
10-08-2008 05:02:47 PM
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau rela berhijrah ke luar negara jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, seperti yang dilaung-laungkan oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Menurut bekas Perdana Menteri itu, beliau tidak mahu individu seperti Anwar yang pernah 'menikamnya dari belakang' ketika menjadi timbalannya dahulu mentadbir negara ini.
''Jika dia (Anwar) jadi Perdana Menteri, saya nak keluar dari negara ini. Bagilah semua pada dia," kata beliau ketika menjawab soalan seorang peserta pada forum bertajuk Cabaran Melayu Masa Kini: Memperkasakan Melayu anjuran Barisan Bertindak Akar Umbi Melayu Terengganu di Kuala Terengganu semalam.
Dr. Mahathir memecat Anwar pada September 1998 daripada jawatan Perdana Menteri dan dibuang daripada Umno pada bulan yang sama.
Beliau pula keluar Umno pada 19 Mei lalu atas alasan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menerajui Umno dan Barisan Nasional (BN).
Selepas sabit kesalahan Anwar tidak dibenarkan bertanding dalam pilihan raya selama lima tahun termasuk pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.
Bagaimanapun Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh dan yakin akan kembali ke Dewan Rakyat 27 Ogos ini serta membentuk kerajaan persekutuan menjelang 16 September.
Dr. Mahathir yang dipetik Mingguan Malaysia berkata, beliau yakin Anwar tidak akan berpeluang menjadi Perdana Menteri seperti yang diharap-harapkannya pada 16 September ini walaupun beliau yakin memenangi pilihan raya kecil kawasan Parlimen Permatang Pauh.
Sementara itu dalam ceramah hampir 45 minit kepada kira-kira 200 penyokongnya selepas menunaikan solat hajat di Masjid Nadhoh di Butterworth pagi ini, Anwar juga mempertikaikan kes liwat yang dihadapinya dengan mendakwa ia fitnah untuk memalukan dirinya, malah tidak berdendam dengan sesiapa serta telah memaafkan Dr. Mahathir.
"Saya tidak dendam dengan sesiapa pun dan telah memaafkan semua orang yang mengaibkan saya", katanya.
Anwar, yang genap berusia 61 tahun hari ini, berkata: "Pada 27 Ogos ini saya masuk Parlimen, 30 Ogos Perdana Menteri bentang bajet (Bajet 2009) dan kemudian kita gegarkan parlimen dan kita ambil alih jadi kerajaan".
-mSTAR online

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2008
(159)
-
▼
Ogos
(30)
- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK
- 51 TAHUN MERDEKA TAPI MASIH MENIRU?
- Post-Mortem P44: TV3 PENCETUS KEMENANGAN BESAR
- RAMALANKU BENAR BELAKA
- DS ANWAR SUDAH MENANG
- PERTARUNGAN SUDAH BERMULA
- ANWAR VS SEPOL
- Pengakuan Imam yang menghadiri sumpah laknat Saiful.
- DSAI DIJANGKA MENANG BESAR
- KEDAH JUARA LAGI !!!
- PETUGAS KEADILAN TETAP CEKAL
- TIDAK MENJAWAB SOALAN
- Parti Keadilan Rakyat Tidak Akan Berkompromi Terha...
- Permatang Pauh - "Permata Malaysia" cadangan dan p...
- Tiada di kaca TV Malaysia
- TAK DAPAT DNA, KAMI DAPAT SUMPAH MU PUN JADILAH~ R...
- KEDAH DAN SELANGOR KE PERLAWANAN AKHIR
- PAS Tetap Anggap Anwar Tidak Bersalah Walaupun Sai...
- Hari Penamaan Calon Meriah
- KEDAH SEBELAH KAKI KE PERLAWANAN AKHIR
- Ini dia lawan Anwar
- Siapa yang populis? Sikit-sikit dikata menghina...
- Betul ke sudah pecah?
- Anwar maafkan, Dr. M rela berhijrah jika bekas tim...
- Happy Birthday to DSAI
- Piala Malaysia : Kedah Mara Ke Separuh Akhir
- Siri Jelajah Menuju Putrajaya di Permatang Pauh
- Harapan Baru Rakyat Malaysia
- 26 Ogos 2008 Hari Selasa
- Pilihanraya Kecil - Selamat Berjuang
-
▼
Ogos
(30)