Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Ogos 09, 2008

Piala Malaysia : Kedah Mara Ke Separuh Akhir

Kedah menewaskan Perak dengan 2 gol tidak berbalas di Stadium Perak malam tadi. Dari kemenangan ini Kedah mengalahkan Perak dengan agregat 5-0 dan melayakkan mereka memasuki saingan separuh akhir Piala Malaysia. Terengganu yang mengalahkan Perlis 7-6 di Kangar dalam penentuan sepakan penalti selepas seri o-o dalam 90 minit permainan dan masa tambahan akan berkunjung ke Stadium Darulaman bertemu Kedah Rabu ini untuk saingan separuh akhir.

Turut mara ke separuh akhir adalah Selangor yang seri 3-3 dengan PDRM. Walaupun jumlah agregat 3-3,Selangor layak berdasarkan jaringan di tempat lawan. Kenduri gol di selatan tanahair menyaksikan Johor FC menewaskan UPB Myteam 5-1. Johor FC akan bertemu dengan Selangor dalam saingan separuh akhir.

Berdasarkan prestasi semasa, ramai yang menjangka Kedah akan bertemu Selangor pada perlawanan akhir. Kedah akan memastikan mereka terus menyimpan Piala Malaysia di Alor Setar, manakala Selangor pula dilihat tidak akan menghadapi masalah untuk mejinakkan Johor FC. Lebih manis lagi, kedua-dua negeri ini adalah negeri Pakatan Rakyat.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive