Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 08, 2008

Pilihanraya Kecil - Selamat Berjuang


Selamat berjuang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Insya-Allah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) akan dapat mengekalkan kerusi parlimen Permatang Pauh ditangan PKR. Biaq pila depa nak letak sapa pun lawan dengan DSAI...
Biaq pila depa nak kata apa pun, lawan tetap lawan...jalan menuju ke Putrajaya telah terbuka luas. Harapan kami semoga
sinar mentari pagi 16 September 2008 membawa seribu
keceriaan buat rakyat Malaysia yang cintakan keadilan.
Sokongan padu daripada jentera pilihanraya Pakatan Rakyat yang sememangnya berjuang tanpa mengira penat lelah dan habuan kewangan merupakan ramuan terbaik untuk mencipta
kemenangan yang besar. Setiap titik peluh yang dicurahkan adalah suci dan murni demi kebangkitan sebuah negara yang adil dan saksama kepada segenap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.
Perpaduan yang wujud sehingga kini amat sukar diganggu-gugat oleh serangan demi serangan dari pihak yang semakin tertekan dengan arus tsunami politik yang terhasil semenjak PRU 12. Malah mereka semakin dihakis oleh arus perubahan. Kesan hakisan tersebut menyebabkan mereka terkapai-kapai mencari tempat untuk bergantung hinggakan amat sukar untuk mereka terus bertaut kerana semakin hari arus semakin kuat sehingga memungkinkan mereka terus lenyap dari fatamorgana ini. Biaq pila....
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive