Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

Kasi like saja apa ada hal...

Biaqpila on Facebook
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 24, 2008

KEDAH JUARA LAGI !!!



Kedah yang beraksi dengan kelas tersendiri di perlawanan akhir Piala Malaysia malam tadi mencipta kejayaan ketiga musim ini apabila merangkul Piala Malaysia selepas Piala Juara Liga Super dan Piala FA. Kedah membenam Selangor di Stadium Nasional, Bukit Jalil dengan jaringan 3-2. Jumlah gol yang sama ketika mereka menundukkan gergasi merah itu dalam perlawanan akhir Piala FA baru-baru ini. Perlawanan menarik yang berlangsung malam tadi turut disaksikan oleh Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah serta Menteri Besar Kedah Ustaz Azizan Abdul Razak.






















Selangor yang terlebih dahulu membuat Kedah gelisah apabila membuka tirai jaringan pada minit ke 17 oleh Frank Seator setelah mendapat bola muntah yang gagal ditangkap kemas oleh penjaga gol Kedah Helmi Eliza. Skuad Kedah yang kental berjuang akhirnya mendapat habuan apabila Marlon melepaskan rembatan kencang menerjah jaring Selangor pada minit ke 31. Belumpun reda sorakan penyokong setia mereka, Kedah sekali lagi mendapat gol apabila Nelson menjaringkan gol kedua pada minit ke 33. Fadli Baharom pula mengukuhkan kedudukan menjadi 3-1 pada minit ke 38.Kedudukan kekal sehingga perlawanan berhenti rehat.

Kedah yang kelihatan agak selesa dengan jurang gol bermain secara bertahan selepas babak kedua dimulakan.Akibat dari kelalaian benteng pertahanan Kedah,Safee Sali akhirnya berjaya merapatkan jurang gol dengan jaringan kedua pada minit ke 78. Hajat Red Giant ingin membaham Sang Kenari bagaimanapun tidak kesampaian kerana Sang Kenari terbang tinggi sehingga ke wisel penamat.

Perlawanan malam tadi disaksikan lebih 60,000 penyokong yang dikuasai oleh penyokong Kedah yang memenuhi hampir 3/4 stadium.

1 ulasan:

  1. salam Biaqpiilaa..

    Syabas Kedah..dan tahniah kepada Selangor..namun Kedah yang dikuasai Pas nampak lebih mantap dari segi strateginya dan mempunyai barisan agak kukuh berbanding Selangor yang dikuasai PKR yang hanya bergantung kepada majoriti sokongan sementara...awas PKR kalau mahu kekal di Selangor contohi strategi pemerintahan Pas Kelantan.. Wallahualam

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive