Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 14, 2008

KEDAH SEBELAH KAKI KE PERLAWANAN AKHIR


Hasrat Kedah untuk terus menyimpan Piala Malaysia di Alor Setar kian tercapai. Kemenangan 3-0 ke atas Terengganu di Stadium Darulaman, Alor Setar malam tadi secara tidak langsung telah meletakkan sebelah kaki ke perlawanan akhir. Namun mereka perlu menunggu sehingga selesai pertarungan kedua separuh akhir pada 17 Ogos ini di Kuala Terengganu bagi mengesahkan kemaraan ke perlawanan akhir.
Misi Kedah untuk mempertahankan tiga kejuaran pada tahun ini juga hampir terlaksana.

Dalam perlawanan yang dikuasai sepenuhnya oleh Kedah pada babak pertama menyaksikan Badrul Bakhtiar meledakkan jaringan pemotong reben pada minit ke 24. Sementara Marlon Alex James berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke 42.Kedah yang mendapat sepakan penalti melalui Nelson Sam Martin akibat kekasaran pemain Terengganu bagaimanapun gagal menerjah jaring, sebaliknya menyinggah palang gol.

Pada babak kedua Terengganu berusaha mengekang serangan bertubi-tubi skuad Kedah. Gol ketiga Kedah diperolehi pada minit ke 75 melalui Khyril Muhymeen. Manakala jaringan keempat yang dijaringkan oleh Badrul Bakhtiar tidak disahkan pengadil.

Sekiranya semangat juang yang ditunjukkan pemain pada perlawanan ini diteruskan di Stadium Sultan Mizan, Ahad ini, tidak mustahil Kedah sekali lagi akan melangkah ke perlawanan akhir.
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive