Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 07, 2008

DSAI TETAP YAKIN BOLEH



JAKARTA (6 SEPTEMBER 2008):Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kepada media tempatan dan antarabangsa di Jakarta bahawa beliau tetap yakin impiannya akan menjadi kenyataan pada 16 September ini.Walaupun beliau tidak dapat memberikan nama-nama ahli parlimen yang bakal menyertai Pakatan Rakyat atas dasar persefahaman dan perjanjian dengan ahli parlimen tersebut tetapi beliau berkata 16 September tetap dalam landasannya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berada di Jakarta Selatan untuk menghadiri majlis yang dianjurkan oleh Ikatan Cendekiawan Muslim Indonesia juga bertukar-tukar pandangan mengenai peranan demokrasi, pemimpin negara, dan etika politik di negara masing-masing.

Beliau turut menegaskan tentang media di Malaysia hanya menyiarkan berita dari sudut pandangan pihak kerajaan yang memerintah sahaja. Beliau juga berkata penghijrahan ahli parlimen BN akan terjadi pada 16 September ini walaupun laporan media di Malaysia mengatakan ianya tidak akan berlaku.

Wartawan Biaqpila yang kini berada di Kuala Lumpur turut teruja mendengar penjelasan terbaru Datuk Seri Anwar Ibrahim ini.

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama8/9/08 1:33 PG

    Salam.

    Biaqpila!!

    Kalau betul ler 16hb ni DSAI "tawan" PUTRAJAYA, alamat aku beRAYA awal 2 minggulah!!!!

    POSA TETAP POSA..ehemm..

    WASSALAM.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama8/9/08 1:53 PG

    Insya Allah Raktamrittika... kalau hang raya awal macamana pulak dengan puasa? Masa tu baru 16 Ramadhan beb.. hehehe...

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama8/9/08 3:05 PG

    Aku dah cakap..
    POSA TETAP POSA!.. kalau takde aral lah..haha. INSYAALLAH.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive