Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 10, 2008

ADJUST PUNYA ADJUST AKHIRNYA ANWAR JUGA JADI PM



Jangan kata beruk,keldai pun terperanjat beruk juga bilamana Pak Lah kata taknak bertanding presiden umno bulan mac tahun depan.Tersadai dan berpinau bijik mata,hampir-hampir nak pitam dibuatnya.Sedang orang lain pakat sibuk nak masuk bertanding,dia taknak pula.Boleh jadi sebab tu juga dia taknak bertanding kot,semua dah pakat berebut,baik dia biaq kat depa saja.Buat malu kat orang dok berebut-rebut.Kira baguih jugak lah Pak Lah ni.Dr Mahadiaq pun terkejut juga tak sangka-sangka buah cempedak jadi nangka tanpa melamin.

Selepas pelan peralihan yg mula-mula kata semua setuju,kemudian pelan dipercepat pula. Selepas memperkenalkan bermacam-macam pelan dan adjust tarikh pemilihan umno ke mac tahun depan,rupa-rupanya last-last kata tak nak bertanding pula. Hangpa ingat ni pelan prabayar ke? Sebulan sekali tukar pelan.



Senario yang kita perhatikan setakat ini nampak macam motor curi angin belakang lori,biaqpila kat depa...hangpa penah tengok motor curi angin? Lebih kurang macam tu la keadaannya,duk belakang lori elak angin. Kalau lori tu slow dia ikut slow,kalau lori tu ke kanan dia ke kanan. Jalan kat depan dia tak nampak, kalau lori tu tiba-tiba brek mengejut alamatnya terperosok bawah lori la jawabnya.Sepatutnya depa ni tak payah curi angin lori untuk elak angin kalaulah depa pandai.Depa boleh cipta motor yang berteknologi aerodinamik yang bersesuaian macam gambar kat bawah ni. Tapi mungkin juga ada muslihat lain mana la kita tau. Macam mat motor tu jugak, mana kita tau apa muslihat dia dok follow belakang lori tu.



Untuk memeriahkan lagi suasana hari raya ke 9,hari ni timbul pula cerita orang-orang yang nak cuba nasib, mengisytiharkan diri nak jadi calon presiden dan timbalannya. Ada angan-angan nak jadi PM dengan TPM lah tu. Kalau tidak,buat apa nak bertanding.Kalau setakat nak jadi tukang kasut tak payah masuk umno pun takpa,apalagi nak kena bertanding. Mesti la nak jawatan tinggi beb. Sebab tu depa dok berebut tu.



Bulan mac 08 lambat lagi tu. Dok ada 5 bulan lagi.Kalau ibu mengandung pun dah masuk 20 minggu.Embrio pun dah besar,dah tumbuh janggut dengan misai dah.Tu belum kira hari lagi,kalau kira mau dok ada 150 hari.Ada ka chance depa ni nak jadi PM? Silap-silap bulan 11 Anwar dah dapat jadi PM dulu dari depa. Walaupun ramai penganalisis politik kata Anwar makin sukar nak bentuk kerajaan selepas Najib jadi PM,sebab Najib tegas. Susah bagi ahli parlimen bn nak melompat-lompat. Memang betul kata penganalisis tu,tapi kata akupun betul juga sebab kalau ahli parlimen ni melompat-lompat sebelum bulan mac 08,iaitu bulan feb09,jan09,dis08,nov08 dah tentu Anwar dapat naik jadi PM terlebih dulu.

Sama-samalah kita pakat tunggu dan adjust betul-betul siapa yang akan menang dalam perlumbaan menjadi next PM dan TPM Malaysia. Rakyat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber dan bijak lagi beriman kepada Allah swt. Bukannya naik menjadi PM dengan cara mudah dan secara tak sengaja kerana ianya akan merugikan masa hidup dan hayat rakyat di bawah yang hidup merempat. Ramai yang sudah menjadi tua masih belum dapat menikmati hasil kekayaan bumi Malaysia.Umur sudah menjangkau 65 tahun dan telah bersara masih menjadi jaga untuk menyara keluarga.

Kita amat memerlukan pemimpin yang bersederhana bersama rakyat,tidak menghabiskan wang rakyat sewenang-wenangnya dan tidak menyengsarakan rakyat dalam setiap tindakan yang diambil. Seorang pemimpin yang dapat menerima siapa juga tetamu di majlis hari terbuka tanpa mengira ianya Hindraf ataupun tidak.Kah!kah!kah!....datang siap junjung susu tanpa melamin dalam periuk tanah lagi...Seorang pemimpin yang tidak ego yang boleh minum teh tarik bersama-sama...kopi kudenggek bersama-sama...tani podum....

Mindem sandipo (jumpa lagi)...

2 ulasan:

  1. salam Biaqpilah;

    1. Opocoottt.... terperanjar berok betoi aku tengok.. bukak2 ingat apa menantangnya tu.. belum sempat makan lemang hang dah nak buat korban lak.... Pak Lah takmau bertanding samapi menatang tu pun pengsan... pelik2

    2. Bab ni hang ni macam tau2 jelah zaman kemuncak aku dulu.. Dulu tak panggail mat rempit tapi Mat Perittt.. motor bunyi macam petir, bagai nak rak dibuatnya... tapi bab curi angin ni pehhh tak payah pulas trotal bro, itulah jimat minyak. Tapi kalau yg depan tu brek... bawah kolong lori tulah hang tidoq......

    3. Embrio pun dah besar,dah tumbuh janggut dengan misai dah. wah bayi ajaib namanya tu... bayi dalam hayunan buaian lah nanti yg bakal mengegarkan dunia... kata sukarno.

    BalasPadam
  2. Nampaknya deepavali tahun ni meriah la....lepas dsai naik jadi pm saja..rumah terbuka semua boleh datang tanpa kecoh-kecoh....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive