Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Oktober 17, 2008

HARGA BARANG TAK MAU TURUN APA NAK BUAT?



Oleh Pida2

Harga minyak petrol dan diesel dah turun..tapi belum sampai tahap penurunan yang sepatutnya. Sewaktu minyak dinaikkan dulu harga minyak dunia sekitar US147 dan petrol kita dinaikkan kepada RM2.70. Hari ini 16.10.08 minyak dunia berada pada paras US72 dan secara mudahnya harga petrol sekarang sekitar RM1.30 sahaja seliter bukan RM2.30. Tapi tak mengapa orang tahu kemana perginya RM1 tu. Antaranya dapat kepada pemerintah dan pengusaha-pengusaha minyak yang takut jatuh papa kedana akibat kejatuhan harga minyak. Maklumlah semua orang tahu tauke-tauke minyak ni kaya-kaya belaka berbanding dengan orang lain. Lagipun mereka mendapat belaian daripada pemerintah yang ada.

Mana boleh hidup susah macam orang kampung yang naik motor tak da “mudguard” dan nombor plat! Tapi mereka (tauke) ni perlu sedar duit orang kampung inilah dan para marhaen lain yang disapu untuk hidup mewah. Berapa kerat sangat orang kaya di Malaysia ni berbanding dengan majoriti rakyat yang menggunakan petrol seharian. Majoriti mereka adalah hidup sederhana dan miskin. Tidak mengapa Allah Maha melihat akan apa yang kamu kerjakan. Hari ini hari kamu, esok lusa belum tentu.

Nak salah siapa apabila harga barang tidak mahu turun? Waktu menaikkan harga barang peniaga memberi alasan bahawa harga petrol naik. Tetapi kini harga barang tetap tinggi walaupun petrol dah turun sedikit. Pada pendapat saya dalam hal ini pemerintah adalah yang pertama dan utama perlu dipersalahkan. Kesalahannya ialah kerana menaikkan harga minyak macam orang gila, macam orang kalah judi iaitu tanpa memikirkan kesan kenaikkan yang melambung itu kepada rakyat jelata. Orang tidak sekolahpun boleh membuat jangkaan kesan kenaikkan yang menggila tu. Kerajaan boleh menaikkan sedikit demi sedikit macam dia menurunkan harga minyak sekarang ini, macam siput babi berjalan! Kenapa dia tak buat?

Sebabnya, orang yang hilang kewarasan tidak mampu berfikir panjang. Kesalahan lain pemerintah ialah kerana kegagalan ia membuat pengawalan dan pemantauan ke atas harga barang keperluan. Buktinya dulu sewaktu YB S.Afdal menjadi menteri harga ayam dapat kekal RM6.00 sekilo tapi apabila S.Samad ambil alih, harga ayam dah jadi tonggang terbalik macam gaya tongkang kena ribut. Harga ayam sekarang dah tentu arah, ada yang sampai RM9 sekilo tapi apa yang YB S.Samad buat? Harga ceiling harga lantai entah kemana. Dulu orang kata YB S.Afdal pandai bersajak saja tapi kawan dia ni dah terlebih pandai, pandai bercakap dan membuat analisis yang tak boleh pakai.

Ingat tak lagi apabila dia berdebat dengan YB Salehuddin dulu bagaimana dia dok pelekeh pandangan YB Salehudin mengenai harga minyak. Ternyata pendapat dan pandangan YB Salehudin ada benarnya sekarang begitu juga YB Anwar dengan YB Shabery yang ternyata berpihak kepada YB Anwar dalam kedudukan harga minyak hari ini. Walaupun satu persatu bukti-bukti ini dipertontonkan kepada pemerintah tetapi ia tetap berdegil dan tidak mahu akur akan kesalahan dan kelemahan. Tidak mengapa tunggulah, masanya tetap akan tiba untuk kita melihat mereka jatuh tersungkur.

Kepada rakyat jelata dan pengguna marilah kita bertindak bijak mengekang kenaikan harga barang ini. Apakah yang patut kita lakukan? Antaranya berbelanjalah dengan berhemat dan berjimat. Biarlah orang tuduh kita kedekut tapi tujuan kita murni iaitu tidak mahu melayani kerenah ‘peniaga jerung’ . Biar peniaga-peniaga ini mati berangan melayani nafsu mereka. Dalam masa terdekat ini senjata paling ampuh yang boleh mengajar peniaga jerung ini ialah dengan cara MEMBOIKOT barangan keluaran mereka.

Senjata ini pasti menjadi jika kita bersatu padu menentang mereka. Senjata terawal dan terakhir ialah jatuhkan pemerintah yang ada melalui lunas-lunas demokerasi. Tiada guna kita memberi undi kepada BN jika mereka hanya memikirkan kantong dan kocek mereka dan kroni sahaja sedangkan yang bukan ‘cap’ BN atau UMNO hidup tertekan dan menderita. Jangan salahkan orang lain tetapi salahkan diri kita yang memilih BN untuk menjadi penaung kita. Ayuh mari kita ajar mereka.!!

Daripada

Pida2.

-kedahlanie

3 ulasan:

  1. Salam Biaqpila,

    Barang tak mau turun rega walaupun minyak dah turun rega berkali2. Bagi aku, ni semua salah kerajaanlah, pasai depa dok mula amalan menaikkan harga minyak. Lepas tu, bila barang2 keperluan melambung naik rega cam roket, apa lagi peniaga2 pun liatlah nak turunkan rega balik cam sebelum minyak naik dulu... Bukan salah peniaga 100% dalam hal ni, tapi salah kerajaanlah sbb tak pikiaq betui2 sebelum buat keputusan. Yang susahnya rakyat jugak, minyak naik pun susah, bila dah turun pun masih lagi sudah...

    Wassalam.

    BalasPadam
  2. Pembetulan:

    Yang susahnya rakyat jugak, minyak naik pun susah, bila dah turun pun masih lagi "susah..."

    BalasPadam
  3. Ws musafir kelana,

    Semua yang kerajaan buat tak berfikir panjang. Ikut sedap gigi depa saja..

    Tkasih sudi mengunjungi dan bagi ulasan...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive