Isnin, Oktober 13, 2008
Helikopter kontroversi terbaru Najib
MKINI
Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene dan pesawat pejuang Sukhoi yang menjadi isu politik besar tahun lepas.
Datuk Seri Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Cougar EC 275 (lihat jadual) yang dibekalkan oleh syarikat Eurocopter dalam "keadaan meragukan".
Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan."
"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.
Menurutnya lagi dalam surat 7 Oktober, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."
"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi, yang juga ketua bahagian Umno Petaling Jaya Selatan.
"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Zahar berkata tindakannya itu "tidak bermotifkan politik."
Dalam surat tersebut, Najib juga didakwa "menyampaikan laporan yang kurang tepat kepada Yang Amat Berhormat (perdana menteri) Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi."
Selain Mentari Services yang bertindak bagi pihak satu daripada empat penender Kelowna Flightcraft Ltd, kontrak pembekalan helikopter itu turut disertai Sikorsky dan Agusta Westland, selain Eurocopter.
Menurut Zahar dalam surat keduanya kepada Najib pada 9 Oktober lalu, Kelowna menawarkan 12 model Kazan MI-172 KF dengan harga RM898 juta, Sikorsky (RM1.45 bilion) dan Eurocopter (RM2.32 bilion).
Pembelian helikopter baru ini bertujuan menggantikan perkhidmatan Nuri, yang dibekalkan oleh Sikorsky, yang sering mengalami kemalangan.
Saranan menggantikan Nuri bermula selepas kemalangan di Genting Sempah, dekat Genting Highlands, pada Julai tahun lalu.
Dalam pilihanraya kecil Ijok, Selangor tahun lepas, isu pembelian Scorpene dan Sukhoi SU30MKM menjadi begitu hangat sehingga memaksa kementerian mengeluarkan kenyataan menjelaskannya.
Kementerian berkata semua perolehan peralatan berkenaan mengikut prosedur yang ditetapkan dan tidak membazir.
Ia juga menafikan dakwaan kerajaan membayar komisen RM540 juta kepada penganalisis politik Abdul Razak Baginda, seorang kenalan Najib yang kini menghadapi tuduhan bersubahat dalam pembunuhan wanita Mongolia.
Dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini, Najib berkata perkara itu akan dijelaskan secara terperinci di Dewan Rakyat dalam masa terdekat.
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2008
(159)
-
▼
Oktober
(34)
- BETUL KE BEB???
- KECOH LEBIH LA
- Sambutan Deepavali Di Ipoh
- Deepavali Nal Valthukhal!
- TAK PAYAH MESYUARAT TURUNKAN HARGA MINYAK
- Rahsia jari
- Nak hidup susah…dah mati pun susah
- Laporan Polis Dibuat Desak Kertas Siasatan Kes Pem...
- SEJADAH TANPA IZIN
- HARGA BARANG TAK MAU TURUN APA NAK BUAT?
- Umno parti haram?
- Helikopter kontroversi terbaru Najib
- KUCH-KUCH HOTAK HANG
- MUNTAH
- Adakah harga barang-barang akan turut turun, jika ...
- AL-FATIHAH BUAT MAK SEDARA
- DATUK SERI TANPA JARINGAN
- JEMPUT DATANG
- ADJUST PUNYA ADJUST AKHIRNYA ANWAR JUGA JADI PM
- 'Bijak-bijak', Abdullah ternyata 'licik'
- RUMAH TERBUKA DI CHEROK TO' KUN
- Mufti akui mangsa 'permainan politik'
- Mahkamah dijangka buat keputusan hari ini, rakyat ...
- Pemimpin Pakatan Rakyat bertemu bincang opsyen bar...
- OPS!!! TIPU JE...
- Menyingkap Konspirasi 1998
- Kronologi DSAI di Kompleks Mahkamah Jln Duta Hari Ini
- Rasuah seks: JAIP tubuh jawatankuasa siasatan esok
- PKR enggan turunkan foto besar Anwar
- KEPUTUSAN PINDAH KES DSAI
- TARIK RAMBUT DALAM TEPUNG
- Zaid ubah fikiran, bakal keluar Umno?
- UMAT ISLAM PERLU BERANI TEMPUH CABARAN MASA KINI -...
- KEMBALI KE PERANTAUAN
-
▼
Oktober
(34)