Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Julai 12, 2009

Terkejut kena bayar RM1




KUANTAN – Seorang penduduk di Bukit Setongkol di sini, terkejut apabila diminta membayar caj RM1 untuk masuk ke pusat rekreasi Pantai Balok sedangkan kawasan berkenaan adalah tempat awam yang sepatutnya tidak dikenakan bayaran.

Penduduk berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Chandran, 43, berkata, ketika kejadian pada Sabtu minggu lalu, dia membawa 15 orang ahli keluarga termasuk adiknya yang datang dari Johor untuk berehat namun terkejut apabila dikenakan caj untuk masuk ke kawasan pantai.

Menurutnya, individu yang memperkenalkan dirinya sebagai pegawai MPK berkenaan meminta bayaran sebanyak RM1 setiap orang bagi pengunjung dewasa manakala kanak-kanak dikecualikan bayaran.

“Setahu saya, pengunjung tidak pernah dikenakan sebarang bayaran untuk masuk ke tempat ini tambahan pula saya bukan memohon untuk menyewa tapak atau peralatan.

“Apabila saya mempersoalkan tentang bayaran berkenaan, pegawai itu memberitahu peraturan berkenaan sudah dikuatkuasakan sejak tahun lepas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, kerana tidak mahu masalah lain timbul, dia akur dan membayar RM7 bagi ahli keluarganya dan pegawai berkenaan mengeluarkan resit di atas caj tapak hari keluarga.

“Saya yang tidak berpuas hati kemudiannya bertanya kepada beberapa pengunjung lain dan mereka memberitahu tidak dikenakan sebarang caj untuk berehat di kawasan pantai.

“Saya seterusnya berjumpa dengan pegawai berkenaan kembali dan dia dengan berangnya menyuruh saya membawanya berjumpa dengan pengunjung yang mendakwa tidak perlu membayar caj berkenaan,” katanya.

Chandran berkata, untuk mengelakkan pergaduhan, dia memberitahu pegawai terbabit bahawa dia akan pergi ke pejabat MPK sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai caj berkenaan.

“Individu itu membawa seorang lagi rakannya untuk memberi penerangan lanjut mengenai caj masuk ke kawasan pantai berkenaan namun saya enggan mempercayainya bimbang ditipu.

“Saya kemudiannya datang sendiri ke pejabat MPK pada pagi Isnin untuk mendapatkan penjelasan dan kakitangan di situ mengambil aduan saya serta berjanji untuk menghubungi saya kembali dalam masa dua hari,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini dia masih menunggu penjelasan daripada pihak berkenaan mengenai perkara terbabit.

“Mungkin pada sesetengah orang nilai RM7 itu tidak seberapa namun jika saya tidak membawa perkara ini ke pengetahuan umum, berapa ramai lagi yang akan terkena.

“Saya tidak kisah jika benar dikenakan caj untuk masuk ke kawasan pantai namun notis mengenainya perlu diberitahu kepada umum dan bayaran perlu dikenakan pada semua pengunjung serta bukan orang tertentu sahaja,” katanya.

Dalam pada itu, MPK menafikan pihaknya mengenakan caj terhadap pengunjung untuk masuk ke kawasan pusat rekreasi Pantai Balok.

:Ketua Bahagian Perhubungan Awam dan Masyarakat MPK, Haslinda Hassan berkata, MPK tidak pernah menerima aduan mengenai pengunjung dikenakan bayaran RM1 untuk setiap individu dewasa dan kes berkenaan adalah yang pertama kali berlaku seperti yang didakwa.

“Pihak MPK akan segera menyiasat perkara ini dengan lebih terperinci untuk mengenal pasti sama ada berlaku unsur penipuan atau tidak.

“Saya meminta orang ramai supaya lebih berhati-hati dengan individu yang mungkin menyamar sebagai penguat kuasa MPK dan meminta bayaran,” katanya ketika dihubungi semalam.

sinarharian


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
Kami tanggung kos rawatan anda secara percuma.
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
CARA MENGHAPUSKAN BAU BADAN
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.comdescription:nizar,nizar,nizar,zambry,anwar,najib,umno,umno,umno,umno,manohara,manek urai
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive