Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 16, 2009

16 September Menjelma Lagi | Nizar news



16 September 2008, masihkah anda ingat peristiwa ini..

Kronologinya bermula apabila DSAI mengistiharkan gagasan 16 September untuk membentuk kerajaan baru di bawah pemerintahan PR. Bila tiba masa dan waktunya, gagasan itu hanya tinggal gagasan tanpa sebarang perubahan kepimpinan.

Adun-adun dari BN mula menjalankan misi untuk belajar teknologi pertanian di Negara Taiwan secara mengejut sebelum 16 September tersebut. Adegan kejar mengejar bermula apabila orang dari Pakatan turut sama pergi ke Taiwan dengan misi mengejar adun-adun dari BN tersebut. Begitulah ceritera 16 September setahun yang lalu. BT nak tahu juga apakah hasil lawatan pertanian adun BN ke Taiwan setahun lalu.. Apakah implimentasi yang telah di jalankan..

Rakyat pula tertunggu-tunggu apakah 16 september yang di gembar-gemburkan itu akan menjadi kenyataan. bagaikan menunggu waktu berbuka puasa rasanya..

Sejak dari peristiwa itu, gagasan 16 September menjadi kencaman oleh media pro kerajaan dan dijadikan bahan tempelak. hakikatnya disebalik isu 16 September, rakyat Malaysia sebenarnya telah di beritahu fakta penting akan penubuhan Malaysia. Malaysia ditubuhkan apabila gabungan borneo Sabah , Serawak dan Singapura bersatu di bawah satu naungan dimana selepas itu Singapura menarik diri dari gabungan tersebut dan menjadi sebuah negara yang berasingan.


Apa-apa pun apa yang terjadi setahun yang lepas mungkin di sebabkan sifat overconfident yang terhasil dari keputusan Pilihanraya Umum yang ke-12 dimana keputusanya mengubah persepsi jangkaan kuno. Sifat ini meleret sehingga semangat untuk melihat perubahan pucuk kepimpimpinan negara berkobar-kobar tanpa memikirkan konklusi yang bakal timbul.

Dari tragedi inilah isu lompat parti menjadi isu paling hangat di perkatakan sehingga jatuhnya kerajaan Perak yang di naungi Parti Pakatan Rakyat kepada Kerajaan BN. Kerana perasaan tergesa-gesa ini lah juga yang telah menyebabkan Pakatan Rakyat lupa bahawa isu lompat Parti adalah isu yang akan memakan diri sendiri.

Semoga apa yang terjadi menjadi iktibar kepada kita semua..

Selamat Hari Malaysia di ucapkan..



Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia menandakan penyertaan bersama Malaya, Borneo Utara, Sarawak, dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1973 bagi membolehkan ia disambut bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia memperlambatkan pengisytiharan ke 16 September pada tahun yang sama. Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memperuntukkan masa membuat referendum di Borneo Utara (kini Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah dan Sarawak. Ia bukan merupakan cuti am di Semenanjung Malaysia.


basikaltua


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive