Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 12, 2009

Adun BN Sungai Dua Bakal Letak Jawatan ? | pkfz



Oleh Mohd Sabri Said

Berita mengenai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Dua, Datuk Jasmin Mohamad merajuk dan mengugut ingin meletakkan jawatan selepas Aidil Fitri ini bertiup kencang sekarang bagaikan taufan di Pulau Pinang.

Adakah beliau yang terkenal dengan seorang yang bersemangat jitu akan bertindak begitu kerana tidak tahan dengan permainan Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahya?

Ini kerana, Shabudin dikatakan melakukan pilih kasih ekoran Jasmin merupakan orang kanan kepada mantan Ketua Umno Bahagian tersebut, Datuk Seri Shariff Haji Omar yang dicantas beberapa hari sebelum hari penamaan calon pada pilihanraya umum ke 12 lalu.

Sepatutnya beliau terus kekal di situ kerana beliau sudah lama berjasa dan masih mampu bekerja untuk rakyat walaupun kadang-kadang sikap egonya melampaui batas atau bertindak zalim pada individu yang dikategorikan bijak dan boleh memimpin pada masa depan.

Mungkin itulah nasibnya terus malang apabila namanya dicatas dan diganti dengan Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Noh Mohamad Yakcop.

Hasilnya, beliau menyendiri tetapi kini dikatakan sedang mengatur strategi untuk menapak semula namanya serta berusaha dari belakang untuk menolak Nor Mohamad.


(Gambar: Datuk Jasmin) Jika diteliti, memang benar Nor Mohamad bukan seorang yang rajin turun padang melainkan diarahkan oleh Ketua Bahagian waktu ini yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp).

Bukan itu sahaja beliau juga dikatakan tamakkan jawatan apabila sanggup memegang jawatan baru iaitu Setiausaha Politik kepada Senator Brigadler Jeneral (B) Datuk Jamil Khir Baharom di Kuala Lumpur.

Itulah antara yang membuatkan Jasmin yang sudah lama bertungkus lumus bersama bekas ketuanya dulu, kini keseorangan sebagai Adun Sungai Dua sejak 1995.

Antara ketidakpuasan hatinya sejak kebelakangan ini ialah dinafikan peruntukan menerusi Dun yang diwakilinya, tidak pernah mendapat mandat menjaga Umno Bahagian bilamana ketuanya sekarang berkunjung ke luar negara atau bercuti padahal beliau adalah Timbalan Ketua Bahagian Umno iaitu orang lama di bahagian ini.

Patutlah sejak Shariff kecundang di tangan Shabudin dalam pemilihan Ketua Bahagian baru-baru ini nama Jasmin seolah tengelam bahkan pejabatnya nampak usang seakan ada masalah dalaman parti yang serius.

Patutlah juga, boleh dikatakan projek kebajikan dan bantuan orang miskin lazimnya Shabudin yang juga Adun Permatang Berangan turun sendiri bersama Tan Sri Nor tanpa kelibat Adun Sungai Dua.

Jika ada pun, beliau terpencil di sudut tertentu tidak mesra sepertimana di waktu di era kegemilanganya dulu.

Pada pilihanraya umum lepas namanya sudah dipancung dan bakal diganti dengan orang lain untuk berentap dengan calon PAS.

Namun Umno sendiri tidak yakin dengan keputusan tersebut maka namanya terus terpahat sebagai calon Umno dan Barisan Nasional (BN).


(Gambar:Datuk Jalil) Pada pilihanraya lepas beliau hampir tewas dengan majoriti tidak sampai 400 undi di tangan Pesuruhjaya PAS Negeri, Ustaz Saleh Man yang kini bergelar Yang Berhormat Dun Permatang Pasir.

Jika dikaji, memang patut beliau yang telah lama bergelumang dengan Umno Tasek Gelugor berbanding Shabudin yang tidak berapa disenangi.

Ini kerana, beliau hanya menapak nama di Tasek Gelugor bila namanya diangkat sebagai calon di Permatang Berangan dari Umno Bahagian Kepala Batas atas campur tangan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Seandainya benar apa yang dirunggutkan oleh Jasmin biarlah menjadi kenyataan kerana hendak tunggu apa lagi bila orang sudah tidak suka.

Biar rakyat menentukan segala-galanya siapa yang bakal menerajui Dun ini setelah Jasmin menghabiskan kariernya dengan 'merajuk diri'.

Walaupun selang sehari selepas pendedahanya di akhbar tanpa nama namum hakikatnya masalah dalaman Umno Bahagian Tasek Gelugor sudah meletup tanpa sampai waktu yang ditetapkan.

detikdaily

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/9/09 1:15 PG

    Sdra

    Usah pedulikanlah berita-berita seperti ini. Ini adalah trend baru dikangan ADUN UMNO untuk mendapat apa yang mereka hendak. Sebenarnya ini adalah ugutan kepada pucuk pimpinan apabila mereka menghadapi masalah diperingkat bahagian atau negeri.

    Minggu lepas kita dihidangkan dengan berita kemungkinan 2 ADUN UMNO, salah seorang Dato Hilmi, mantan timbalan ketua menteri berura-ura nak letak jawatan. Apa jadi berita tersebut - senyap sepi sahaja.

    Sebaiknya kita tumpukan usaha untuk memperkemaskan barisan kita agar lebih efektif memberi sumbangan kepada rakyat. Sebenarnya banyak kelemahan dalam Pakatan Rakyat yang perlu diperbaiki jika ingin mengambilalih kerajaan persekutuan dalam PRU 13.

    Sebenarnya, dalam keadaan sekarang, Pakatan Rakyat masih tidak berupaya untuk menyanggi UBN sekiranya diberi mandat untuk mentadbir malaysia selepas PRU13 nanti. Masaalah dan cabarannya jauh lebih getir dan rumit dari masaalah yang dihadapi memerintah 5 negeri yang dimenangi.

    bat8

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive