Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 10, 2009

Bagan Pinang pening buat BN | Nizar News



Oleh Lim Hong Siang

Barisan Nasional terpaksa berdepan dengan pilihan raya kecil ke-9, selepas kecundang tujuh kali berturut-turut di Semenanjung Malaysia. UMNO-BN bukan sahaja mengekalkan kekalahan dalam PRU ke-12 di kawasan milik Pakatan Rakyat, malah kehilangan kerusi Kuala Terengganu yang asalnya dimenangi dengan majoriti 628 undi.

DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan meletakkan UMNO-BN dalam keadaan yang lebih selesa, dengan majoriti 2,333 undi memihak kepada BN dalam PRU ke-12. Walaupun dari struktur pengundi memperlihatkan satu pertiganya terdiri daripada bukan-Melayu (India 20%; Cina11%), namun kelebihan BN terletak pada "undi pos", yang merupakan satu pertiga daripada jumlah undi keseluruhannya.

Oleh itu, PR sebenarnya lebih sukar untuk menembusi "kubu selatan" UMNO-BN ini. "Keselesaan" BN ini datang dengan risikonya. Seandainya PR berjaya menghakis secara besar-besaran majoriti BN, maka regim ini perlu menyedari bahawa paras oksigennya semakin menurun ke "selatan".

Tetapi seandainya PR berjaya memecahkan tembok di Negeri Sembilan, maka kemungkinan "orang selatan" bakal menarik nafas udara segar dalam PRU ke-13. BN terpaksa berdepan dengan realiti bahawa krisis kredibiliti dirinya belum berakhir, walaupun Abdullah Ahmad Badawi yang dipersalahkan sebelum ini telah menyerahkan kuasa.

Pertikaian integriti calon

"Saya berharap pengalaman pilihan raya kecil sebelum ini dijadikan sebagai iktibar kepada kita, kepada pemimpin Umno dan BN tentang apa yang harus kita lakukan (untuk mencapai) yang terbaik," demikianlah ulasan Perdana Menteri, Najib Razak berhubung pilihan raya kecil yang bakal berlangsung.

UMNO-BN semestinya dihampakan dengan keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir, apabila PAS-PR berjaya mempertahankan "kubu Anwar Ibrahim" walaupun dilontarkan dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan. Selain itu, UMNO-BN terpaksa mengaku silap apabila meletakkan Rohaizat Othman (gambar di kanan) sebagai calon, mencungkil pertikaian integriti dan keperibadian calon tersebut.

PR tidak menghadapi banyak kesukaran untuk menundukkan musuh politik yang imejnya tercalar. Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim pernah menyindir dalam satu ceramah ketika berkempen, UMNO-BN gagal mencari walau satu calon yang sesuai dari ahlinya di seluruh Malaysia, untuk bertanding di Permatang Pasir!

Bukan sekadar sindiran dari musuh politik, malah tokoh veteren dalam UMNO sendiri, Tengku Razaleigh Hamzah mempertikaikan pemilihan calon sebegini.

Mohd.Isa Samad bakal calon?

Kini, desas-desus tersebar luas bahawa Mohd Isa B Hj. Abdul Samad bakal diturunkan sebagai calon UMNO-BN di Bagan Pinang. Tokoh veteren ini mempunyai kelebihannya sebagai bekas Naib Presiden UMNO, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, malah bahang pengaruhnya dikatakan masih hangat di Bagan Pinang.

Cuma, Mohd Isa pernah disingkirkan dari kerusi ketiga dalam UMNO, setelah didapati bersalah kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 2004. Mohd Isa digantung keahlian UMNO-nya selama tiga tahun sehingga 23 Jun 2008. Beliau sempat masuk semula ke gelanggang untuk bertanding sebagai naib presiden tahun ini, tetapi gagal akhirnya.

Oleh itu, UMNO-BN kini menghadapi dilema ketika memilih calon. Mohd.Isa mungkin tokoh yang berpengaruh di tempatan, tetapi imejnya yang tercalar boleh dijadikan sasaran serangan dari pihak musuh.

"Sekali lagi, UMNO-BN gagal meletakkan seorang calon yang berintegriti untuk memikat undi rakyat", "ini bukti paling kukuh bahawa UMNO-BN belum bersedia untuk berubah setelah dihukum oleh pengundinya sejak 8 Mac 2008," Demikianlah kata-kata yang dijangka akan terkeluar dari mulut pemimpin PR, seandainya Mohd.Isa tampil sebagai calon akhirnya.

Dilema UMNO-BN

Namun demikian, seandainya UMNO-BN meletakkan calon selain Mohd.Isa atau anak beliau, maka parti ini perlu mengambil risiko seandainya Mohd. Isa bertindak untuk sabotaj kempen UMNO. Sekiranya ketidakpuasan Mohd. Isa meledak bersama pengaruhnya, maka kemungkinan UMNO akan merasai kepedihan. Tetapi, jikalau Mohd.Isa kembali dengan "pengaruhnya", mungkinkah beliau membuka babak baru pergelutan kuasa dalam kerajaan Negeri Sembilan?

UMNO-BN semestinya lebih cermat untuk menghadapi pertarungan ke-9 ini. MCA kini bercelaru dengan pergelutan kuasa yang berlaku di dalam parti, sementara komuniti India mungkin masih membara dengan isu perarakan yang mengheret kepala lembu. Daripada perkiraan sedemikian, UMNO perlu bergantung kepada undi Melayu untuk menang dalam pilihan raya kecil ini.

Walau bagaimanapun, UMNO-BN masih mampu menang dengan memecah-belahkan undi PR, mungkin melalui calon berkaum India yang ditaja secara tidak rasmi, untuk merangkul undi komuniti India. Kita pernah menyaksikan senario "calon paling banyak" dalam pilihan raya kecil Bukit Selambau, April 2009, walaupun akhirnya gagal meleraikan kemenangan PR.

Namun, keadaan mungkin berbeza selepas insiden Kampung Buah Pala di Pulau Pinang, dan isu pemindahan kuil Hindu di Shah Alam, Selangor. Tokoh Hindraf telah menyatakan ketidakpuasan mereka terhadap PR secara terbuka, dan mempertikai keikhlasan PR menyelesaikan masalah. 【Kuil Hindu di Kelantan】

Mempertahankan majoriti kerusi

Untuk UMNO-BN, kerusi Bagan Pinang wajib dipertahankan supaya tidak membuka celah kepada PR yang mengintai kuasa kerajaan negeri ini. BN kini berada dalam kedudukan 21-15 kerusi mengatasi PR. Seandainya jurang ini dirapatkan sehingga 20-16, maka PR hanya memerlukan tiga lagi kerusi untuk mengambil alih kerajaan Negeri Sembilan, mengikut permainan "lompat-melompat" parti.

Kerajaan BN Negeri Sembilan pernah disebut akan tumbang sejak tahun 2008 lagi. Malah, pada ambang 16 September tahun lepas, khabar angin kencang bahawa kerajaan BN di negeri ini bakal ditumpaskan, walaupun mungkin kerajaan pusat belum digulingkan. Sehinggalah Februari tahun 2009, Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Ngeh Koo Ham masih cuba "berperang saraf" dengan kerajaan BN apabila mendakwa kerajaan Negeri Sembilan bakal jatuh ke tangan PR.

Namun, perkembangan seterusnya menjadi dramatik apabila kerajaan negeri PR Perak sendiri ditumbangkan melalui rampasan kuasa dengan "melompat parti". Kemelut Perak masih bergelora sehingga kini... apa pula Bagan Pinang seterusnya?

*Lim Hong Siang ialah Editor MerdekaReview, edisi Bahasa Melayu.

utaraonline

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive