Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 25, 2009

Berbaloi Ke Dengan Alasan Celcom ? | Nizar News



Berbaloi-baloi adalah ungkapan terbaru dalam setiap iklan celcom samada kuraband atau berukband.Namun adakah berbaloi dengan alasan kesesakan panggilan menyebabkan orang-ramai tidak dapat membuat dan menerima panggilan? Berbaloikah pelanggan untuk mendengar alasan sedemikian rupa.Celcom seolah-olah menyalahkan pelanggan yang membuatkan talian sesak,sedangkan mereka tidak sedikitpun menyalahkan kelemahan teknikal dalam sistem switching mereka.

Sebelum musim perayaan setiap pelanggan celcom akan mendapat mesej(sms) supaya membayar bil awal agar tidak mengalami gangguan ketika hari perayaan.Aku sendiri mendapat 2 kali sms dari celcom ini,mengingatkan supaya membayar bil sebelum tiba musim perayaan bagi mengelakkan gangguan atau kesulitan.Namun setelah kita membayar bil,apa yang berlaku memang hampeh..seawal malam raya lagi sudah sukar membuat panggilan.Apa lagi berukband,langsung hancur.Memang pundek jagung masak lemak la.


Gangguan perkhidmatan Celcom disebabkan kesesakan panggilan

KUALA LUMPUR: Celcom (Malaysia) Berhad memaklumkan gangguan perkhidmatan rangkaiannya yang berlaku semalam disebabkan oleh node pertukaran yang terletak di Kepong dan Perda, Seberang Prai mengalami kesesakan panggilan secara serentak.

Menurut kenyataan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly gangguan ini diakibatkan jumlah panggilan yang lebih tinggi iaitu lima kali ganda semasa musim perayaan yang menyebabkan beberapa node pertukaran rangkaian mengalami kesesakan panggilan yang teruk dan kehilangan signal.

"Perkhidmatan mula pulih secara berperingkat mulai 9 malam ini dan para pelanggan Celcom akan dapat menikmati semula perkhidmatan tanpa gangguan dalam sedikit masa lagi.

"Kami memohon maaf di atas segala kesulitan yang dialami oleh semua pelanggan akibat gangguan perkhidmatan tersebut," katanya.

Gangguan adalah terhadap perkhidmatan menerima dan membuat panggilan sesama pelanggan.

Bagaimanapun, perkhidmatan-perkhidmatan lain seperti khidmat pesanan ringkas (SMs), emel, GPRS, jalur lebar mudah alih, perayauan, IDD dan panggilan ke rangkaian lain dan rangkaian tetap tidak terjejas. BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...ANDA BUAT ANDA DAPAT
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. Jangan kita marahkan CELCOM tetapi yang perlu dimarahi adalah bapa dia iaitu TM. Kalau bapa dia tidak menunjukan kematangan dan kemajuan masakan anak akan lebih matang. TM adalah salah satu syarikat GLC yang gaji bulanan pegawai atasannya setahun pun tidak habis dimakan. Saya ada masalah dengan TM, saya telah berpindah daripada Selangor ke Perlis pada 16 Julai 2009 dan pada 21 Julai 2009 saya telah ke TM Point Kangar untuk membuat pemindahan perkhdimatan TM termasuk TM Streamyx ke rumah baru saya. Malangnya sehingga hari ini perkhidmatan tersebut tidak saya rasai. Alasan yang diberikan oleh TM merupakan alasan pada tahun 80an iaitu tidak mempunyai "port" yang kosong. Kita telah merdeka 52 tahun tetapi TM masih lagi menyimpan penyakit Jabatan Telekom Malaysia iaitu kurang berfikir. Rumah yang saya duduki adalah rumah kerajaan yang lengkap dengan salur telefon. Jika dikatakan rumah saya kawasan kampung atau hulu, sebelum ini saya tinggal juga kawasan kampung atau hulu iaitu semasa di Selangor. Saya tidak mempunyai masalah untuk mendapat perkhidmatan TM. Adakah Kuala Sanglang Perlis terlalu hulu? Pada pandangan saya TM gagal memberi perkhidmatan kepada rakyat Malaysia cuma gah dalam iklan sahaja. Adakah saya perlu menunggu sehingga tahun 2020 baru akan mendapat perkhidmatan TM. Jika ini berlaku saya boleh mengatakan bahawa TM bermaksud TERSANGAT MALAS. Perlis negeri yang kecilpun TM tidak boleh uruskan kaa.

    Othman Inayatullah

    BalasPadam
  2. Maaf-maaf juga tapi dalam hal ini Celcom harus lebih bertanggungjawab untuk membuat rebat atas kesuliotan dua hari yang dialami penggunanya.Barulah profesional namanya.Jangan kira masyuk saja yang diuar-uarkan minta cepat bayar, tapi bila bab kena keluar buat do no saja. Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Seri Shazalli Ramly harus lebih prihatin dalam hal ini.Untung dah banyak, buat-buatlah kebajikan sama.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive