Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 09, 2009

Harimau Muda Tewas 1-2 Kepada Kelab Hungary

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Skuad bola sepak bawah 19 tahun kebangsaan tewas 1-2 kepada kelab Honved Budapest dari Hungary dalam satu perlawanan persahabatan di sana malam Rabu.

Gol tunggal pasukan Harimau Muda itu dijaringkan oleh Wan Zack Haikal Wan Nor pada minit ke-60 manakala Honved Budapest yang turut menurunkan pemain-pemain bawah 19 tahun, menjaringkan satu gol pada setiap separuh masa permainan.

"Pemain-pemain kita membuktikan perbezaan fizikal bukan lagi penghalang besar dalam permainan bola sepak," kata jurulatih Harimau Muda, Ong Kim Swee, dalam satu kenyataan di sini , Rabu.

Katanya walaupun permainan lawan agak keras tapi pemain negara boleh mengawal dan melakukan gerakan yang tersusun untuk mencipta peluang.

"Bagi saya, perlawanan ini cukup mencabar dan menjadi pengalaman berguna untuk perlawanan seterusnya," kata Ong.

Perlawanan turut disaksikan Duta Malaysia ke Hungary Datuk Kamilan Makson dan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia Datuk Azzuddin Ahmad.

Ia merupakan perlawanan persahabatan kedua Harimau Muda di Hungary setelah menewaskan Slovan Levice 4-0 pada 31 Ogos lepas.

Pemain-pemain Harimau Muda seramai 26 orang kini dalam program latihan selama 18 hari yang berpusat Vion, Slovakia, sejak awal bulan ini. Esok mereka akan menentang kelab Spartak Trnava dari Slovakia.

-- BERNAMA



E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive