Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, September 13, 2009

“Hulur sikit, cucuk sikit, duit teh, duit kopi, duit pengurusan”, semua nama lain bagi rasuah. | pkfz



KUALA NERUS – Rasuah boleh dihapuskan sekiranya al-Quran dilaksanakan dalam masyarakat kita kerana sejarah membuktikan al-Quran yang dibawa oleh RasuluLlah SAW memecahkan tradisi jahiliyah dan menyelesaikan masalah sosial yang begitu parah.



Ketua Penerangan PAS Terengganu Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh berkata rasuah begitu berleluasa berlaku dalam Negara kita.

”Saya berani, dalam negara kita saya berani mengatakan (berlaku) tidak kurang dari seribu (kesalahan) rasuah dalam sehari,

”(di) mana sahaja projek dalam negera kita walaupun projek kecil seperti memasang parit (longkang) empat ribu atau lima ribu ringgit, adalah rasuah,”katanya dalam majlis penerangan bersempena Nuzul Quran yang diadakan di Masjid Taqwa Batu Enam dekat sini semalam.

Katanya rasuah sudah jadi budaya dalam masyarakat dengan pelbagai panggilan dan istilah yang digunakan antaranya ‘hulur sikit’, ’cucuk sikit’, ‘duit teh’, ‘duit bawah meja’ dan lain-lain.

”Ramai orang bercakap (menggunakan Istilah) hulur sikit, cucuk sikit, duit teh, duit kopi, duit bawah meja dan ada yang panggil duit pengurusan,

”sebab apa kita tidak boleh selesaikan masalah ini, kerana kita tidak kembali kepada al-Quran,”jelasnya.

Turut berucap dalam majlis tersebut adalah Exco Kerajaan Kelantan Dato’ Nik Mohd Amar Nik Abdullah.

buletinonline


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive