Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, September 14, 2009

Lelaki mati selepas koma tiga minggu akibat ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang peniaga telefon bimbit yang koma hampir tiga minggu selepas ditikam perompak di Stesen Monorel Medan Tuanku pada 25 Ogos lepas, akhirnya meninggal dunia awal pagi tadi.

Mangsa, Huang Kee Ming, 25, yang berasal dari Limbang, Sarawak, meninggal dunia selepas bertarung nyawa akibat kecederaan parah di perutnya kira-kira pukul 5 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Adik mangsa, Huang Kee Huon, 22, berkata sepanjang abang sulungnya itu terlantar di hospital, tiga kali pembedahan telah dijalankan ke atasnya tetapi ia tidak dapat menyelamatnya nyawa abangnya kerana kecederaannya terlalu serius.

"Pada 27 Ogos abang mula koma dan tidak sedarkan diri hinggalah dia meninggal dunia pagi ini. Menurut doktor lukanya terlalu dalam dan ususnya cedera teruk akibat tikaman itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui di bilik mayat HKL di sini Ahad.

Menceritakan semula kejadian yang menimpa abangnya itu, Kee Huon berkata ketika kejadian kira-kira 9 malam itu beliau sedang menunggu abangnya yang bekerja di Kompleks Pertama di stesen monorail itu selepas pulang dari tempat kerjanya di Plaza Low Yat.

Kee Huon berkata ketika itu beliau baru sahaja lima minit tiba di stesen tersebut sebelum dihampiri tiga lelaki memakai topeng mulut yang mana salah seorang dari mereka berkaca mata hitam dan lantas mengacukan pisau ke lehernya dan menyamunnya.

"Salah seorang dari mereka kemudiannya menyepak saya hingga saya tercampak di tepi jalan raya. Secara kebetulan, abang saya yang memandu kereta Proton Wira tiba dan terus meluru keluar dari kereta untuk mengejar penjenayah tersebut sebaik melihat saya terjatuh di jalan," katanya.

Beliau berkata bagaimanapun abangnya yang masih bujang itu tidak bernasib baik apabila salah seorang dari penjenayah berkenaan bertindak nekad menikam perut abangnya menggunakan pisau sebelum melarikan diri.

Katanya seorang pekerja di stesen monorel itu kemudiannya menghubungi ambulans sebanyak dua kali tetapi kerana tidak mahu berlengah lagi, orang awam terus mengangkat abangnya yang cedera parah masuk ke dalam kereta abangnya itu sebelum dikejarkan ke HKL.

"Bagaimanapun saya amat terkilan kerana ketika kejadian, meskipun malam dan keadaan sedikit gelap, kawasan stesen itu ada ramai orang tetapi tiada sesiapa berani datang membantu dan menyelamatkan kami," katanya.

Kee Huon berkata abangnya sudah hampir enam tahun menetap di Kuala Lumpur dan sudah membeli rumah sendiri dan baru tiga bulan menyewa sebuah premis kecil di Kompleks Pertama yang menjual telefon bimbit.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi berkata polis masih belum dapat mengenalpasti ketiga-tiga suspek berikutan adik mangsa tidak dapat mengecam mereka.

Justeru beliau memohon mana-mana saksi yang melihat kejadian tersebut agar menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

Sementara itu dalam kejadian berasingan, Zulkarnain berkata seorang lelaki berusia 20-an cedera ditembak di perut selepas cuba menyerang polis menggunakan parang di Kampung Sungai Baru dekat Kampung Baru tengah malam tadi.

"Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam itu, lelaki tersebut yang sedang berjalan berseorangan dihampiri dua anggota polis selepas didapati berada di dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik polis memperkenalkan diri, dia tiba-tiba menyerang mereka menggunakan parang hingga menyebabkan seorang daripada anggota polis cedera ringan akibat terjatuh," katanya.

Beliau berkata suspek kemudiannya cuba menyerang lagi menyebabkan polis terpaksa melepaskan tembakan yang mengenai perutnya. Suspek kini ditahan di HKL untuk rawatan lanjut. BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive