Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 05, 2009

Majlis dialog isu kuil di Shah Alam kecoh | Nizar News



Majlis dialog antara kerajaan negeri dan penduduk Seksyen kecoh pagi ini - bermula dengan perang mulut antara lima penduduk yang melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).



Mereka bertindak demikian apabila anggota penguatkuasa berkenaan tidak membenarkan dua warga emas dari kawasan berkenaan masuk ke dalam dewan bankuet, MBSA, tempat majlis dialog itu diadakan.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 10.30 pagi. Difahamkan sebuah rumah hanya dibenarkan menghantar seorang wakil sahaja, tetapi warga emas itu dipercayai mengikuti anaknya ke situ.

Bagaimanapun, selepas lima minit berlaku pertengkaran tersebut, dua warga emas itu dibenarkan masuk.

Sejurus kemudian, berlaku kekecohan kedua apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.



Kira-kira 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

Ketika itu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail sedang masuk ke dewan.

Sejurus selepas itu, beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

Selepas itu, apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad disebut, ada penduduk yang mengeboo mereka.

Majlis bermula dengan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazlan Md Noor memberi taklimat mengenai kuil di Shah Alam dan rancangan awal mengenai pemindahan kuil dari Seksyen 19 itu.

Bagaimanapun, taklimat sering diganggu oleh penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

malaysiakini


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama5/9/09 1:49 PTG

    TENANGKAN FIKIRAN SEKEJAP DAN BUAT KESIMPULAN.
    Seramai 250 penduduk dari Seksyen 23 menghadiri majlis dialog berhubung isu bantahan penduduk terhadap keputusan untuk memindahkan sebuah kuil dari Seksyen 19 ke tempat mereka.

    Kekecohan pertama : Lima penduduk melepaskan kemarahan mereka kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

    Kekecohan ke 2 : Beberapa penduduk bertindak menghalau keluar empat anggota unit amal PAS yang berada di dalam dewan tersebut kerana mereka bukan penduduk Seksyen 23.

    Kekecohan ke 3 : Beberapa penduduk bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir di dalam dewan tersebut.

    Kekecohan ke 4 : Apabila pengerusi majlis menyebut nama menteri besar dan ahli parlimen Shah Alam ada beberapa penduduk yang mengeboo mereka.

    Kekecohan ke 5 : Taklimat sering diganggu oleh beberapa penduduk yang tidak puas hati dengan isu tersebut.

    Bukankah ini jelas menunjukkan ada segelintir orang yang besar kemungkinan didalangi oleh pihak2 tertentu yang tidak ingin melihat majlis dialog antara kerajaan negeri Selangor dan penduduk Seksyen 23 dijalankan dengan aman dan tenteram. Kekecohan sengaja dilakukan untuk menganggu dialog dijalankan dengan lancar. Sepatutnya dialog ini diadakan bagi menyelesaikan masalah tetapi mengapa kekecohan pula sering terjadi sebelum dan semasa dialog dijalankan. Siapakah SEGELINTIR ORANG ini yang sengaja buat kecoh agar dialog ini tidak dapat dijayakan ? Siapa pula yang mendalangi SEGELINTIR ORANG ini ?
    JAWAPAN DITANGAN ANDA SENDIRI !!!

    BalasPadam
  2. alahai..nak heran apa..muka-muka tu orang kenal dah...macai dan balachi...haprak punya kaki...nak tunjuk hero la kunon...pasal ada backup..tu naik tocang tu..bukan nak berdailog...memang tujuan nya nak buat kecoh dan bengkeng tak tentu pasal...mamat ni dari puak mana???

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama6/9/09 3:58 PG

    Dialog ni telah dicermari oleh beberapa ekor beruk yang sengaja buat kacau tak menentu. Lebih2 lagi siberuk berambut panjang seperti ekor itu. Nak tunjuk samseng konon pasal ada member kat belakang. Kalau betul2 jantan pergilah tempat org India dan cuba buat kacau. Gerenti kecut 'KEMALUAN'. Beruk2 ni tak sepatutnya mengaku org Selangor. Buat malu rakyat Selangor je. Harap beruk2 jgn terlalu menekan dan menindas org India kerana bila g. berapi meletup susah kawal karang.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive