Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 09, 2009

Pas dakwa undi pos ‘simpanan tetap’ BN | Nizar News


SEREMBAN - Pas mengakui terpaksa menghadapi beberapa kekangan untuk menang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, terutama membabitkan undi pos.

Yang di-Pertua Pas kawasan Rembau, Mohd Taufek Abd Ghani menyifatkan undi pos sebagai ‘simpanan tetap’ Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

“Bagi saya, walaupun Bagan Pinang dilihat sebagai kubu kuat BN, tetapi ia lebih kepada kekuatan undi pos. Saya melihat Bagan Pinang merupakan antara kawasan tertinggi membabitkan undi pos,” katanya kepada :Sinar Harian:, di sini semalam.

Sehubungan itu, katanya, Pas telah mengadakan perbincangan di peringkat pusat untuk menangani isu undi pos, sebelum memanjangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk tindakan.

“Saya berharap kita akan adakan pertemuan dengan SPR dalam masa terdekat ini untuk membincangkan masalah undi pos,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, berkata Pas Negeri Sembilan akan menggunakan sepenuhnya pengalaman dan formula pilihan raya kecil di luar Negeri Sembilan sebelum ini bagi memastikan kemenangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Malah, beliau berkata, walaupun DUN Bagan Pinang bakal mencatat sejarah sebagai pilihan raya kecil pertama membabitkan Pas di negeri ini, tetapi ia bukan penghalang untuk mereka menggerakkan jentera dengan sistematik.

“Kita akan gunakan sepenuh pengalaman yang ada ketika membantu rakan kita pada pilihan raya kecil sebelum ini. Azam kita adalah untuk mencatat kemenangan,” katanya.

SH


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive