Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 05, 2009

Penunggang Motosikal Maut Terbakar Selepas Kemalangan

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Seorang penunggang motosikal maut akibat terbakar selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah lagi motosikal di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan dekat Universiti Malaya di sini malam Jumaat.

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 8 malam selepas motosikal yang dinaiki mangsa Yeow Hock Hin, 46, dari arah Petaling Jaya menuju ke ibu negara itu dipercayai bergesel dengan sebuah lagi motosikal lalu terbabas dan terbakar.

Pegawai Turus Trafik Kuala Lumpur DSP Abdullah Roning berkata mangsa dipercayai membawa satu tin minyak disyaki petrol dan kebakaran dipercayai berpunca daripada minyak yang dibawa itu.

"Mangsa mati di tempat kejadian akibat 80 peratus terbakar seluruh badan dan juga mengalami patah kaki kiri dan pergelangan tangan kiri. Seorang lagi penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

--BERNAMA


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive