Memang sah,SPR tu maksudnya Seteru Pakatan Rakyat.Aku dah cakap depa mesti buat pilihanraya kecil Bagan Pinang pada hari cuti punyalah.Lihat posting pada 7 September di sini: SPR akan buat PRK Bagan Pinang Pada Hari Cuti
Bila kena dun yang kosong itu milik BN depa kasi adjust mengundi pada hari cuti. Contoh terbaru dun Bagan Pinang ni depa akan buat pilihanraya pada 11 Oktober 2009 hari Ahad,manakala contoh lalu ialah PRK Kuala Terengganu dun asal milik BN dibuat pada 17 Januari 2009 iaitu hari Sabtu.
Kena dun yang kosong milik PR depa buat mengundi hari bekerja.Memang poyo la beb SPR ni. Entah apa pula alasan depa buat pilihanraya pada hari cuti setelah beberapa pilihanraya lalu dibuat pada hari bekerja? Persoalan itu sengaja aku ajukan walaupun dalam kepala otak kita memang sudah ada jawapannya.Ia tak lain tak bukan demi menyelamatkan BN.
Nampaknya SPR telah menggunakan dua mazhab yang berbeza dalam menghisab hari mengundi bagi parti politik di Malaysia. Seperti juga kaedah untuk menetapkan hari raya iaitu melalui kaedah hisab atau rukyah.Kali ini time BN depa guna hisab,bila tiba time PR depa guna rukyah pula.Semakin hari semakin terserlah kepoyoran SPR. biaqpila.blogspot.com
11 Okt pilihan raya Bagan Pinang
Sep 14, 09 12:17pm
Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.
Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu.
"Daftar pemilih ini mengandungi 13,664 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 9,060 pemilih biasa dan 4,604 pemilih pos," katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat SPR di Putrajaya hari ini.
DUN Bagan Pinang mengalami kekosongan selepas penyandangnya Azman Mohammad Noor yang mewakili BN meninggal dunia pada 4 September lalu.
Menurut Abdul Aziz, daftar pemilih tersebut akan mula dijual pada 18 Sept.
"Para pengundi juga boleh membuat semakan menerusi laman web SPR iaitu www.spr.gov.my atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPR
Beliau berkata, 8,577 atau 62.77 peratus pengundi terdiri daripada kaum Melayu, 2,834 atau 20.74 peratus pengundi India, 1,498 atau 10.96 peratus pengundi Cina dan 755 atau 5.54 peratus terdiri daripada lain-lain bangsa (lihat carta).
"Daripada pecahan itu, 7,912 pengundi terdiri daripada golongan lelaki manakala bakinya, 5,752 pengundi ialah pengundi wanita," katanya.
Menurut Abdul Aziz, dewan Majlis Perbandaran Port Dickson akan digunakan sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi manakala proses pengeluaran dan pengiraan undi pos akan dibuat di bilik mesyuarat Pejabat Daerah Port Dickson.
"Untuk pilihan raya kecil ini, SPR akan membuka lapan buah pusat mengundi yang melibatkan lapan buah sekolah dan 18 tempat saluran mengundi," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Aziz turut mengumumkan penubuhan tiga Pasukan Penguatkuasa Kempen Pilihan Raya (PP-KPR) di bawah Seksyen 27B Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 untuk memantau dan mengawal aktiviti calon sepanjang tempoh berkempen.
"Pasukan berkenaan akan mula bertugas dari tarikh penamaan calon hingga tamat hari mengundi, dan akan diketuai oleh seorang pegawai penguatkuasa.
"Ia akan turut dianggotai oleh seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan dan wakil-wakil calon yang bertanding," katanya sambil memberi amaran, tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang melanggar subseksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.
"Saya ingin tegaskan sekali lagi, jangan terkejut jika kita bertindak tegas dan mengenakan tindakan, dan jangan kata SPR berlaku zalim. Kita dah ingatkan banyak kali," katanya.
Di bawah subsesyen berkenaan, mana-mana pihak yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 1 tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Seperti pilihan raya kecil yang lain, SPR turut membenarkan Malaysia For Free and Fair Election (Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihan raya kecil berkenaan. BERNAMA
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com