Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 12, 2009

PR akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009? | pkfz



9 ADUN UMNO TERENGGANU TELAH BERTEMU ANWAR IBRAHIM

Pakatan Rakyat akan rampas Terengganu sebelum 16hb September 2009?
Laporan daripada Malaysiakini, 9 orang Adun UMNO Terengganu telah bertemu dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wakil rakyat Hulu Besut, YB Nawi Mohamad mengesahkan 9 orang ADUN itu telah pun bertemu dan berbincang dengan Anwar Ibrahim tetapi tidak dapat memberikan maklumat lanjut tentang perbincangan tersebut. Beliau juga berkata 9 orang ADUN itu tidak termasuk dirinya.

Pada April lalu, daripada 13 orang ADUN UMNO yang menyokong kumpulan Datuk Idris Jusoh telah memboikot Persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu. Daripada 10 orang itu tidak termasuk Nawi Mohamad.

Politik Terengganu semakin meruncing bila ada khabar angin yang mengatakan beberapa ADUN dari UMNO Terengganu akan menyertai parti PKR. Jika pertemuan dengan Anwar membincang penyertaan 9 Adun itu kerajaan BN negeri Terengganu boleh tumbang pada bila-bila masa.

Jika benar dakwaan YB Nawi Mohamad 9 ADUN dari UMNO itu bermakna krisis politik Terengganu terus akan bergolak.
Baca seterusnya:http://www.malaysiakini.com/news/111950

konspirasipolitikmelayu

E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

9 ulasan:

  1. Memang gua caya laa sama lu Pak Anwar!
    UBN dok sebok merampas dengan rakus di PERAK, langsung hilang fokus tanah yang sedang dikuasai, yakni TERENGGANU!
    KAH!KAHH!!KAHHH!!!
    Syabas Pak Anwar!
    Syabas!!!

    BalasPadam
  2. kemungkinanya adalah 1/100 .. pasai, kita semua tahu taktik dan cara-cara puak-puak UMNO ni bila dah tak ada apa..depa akan kejut..lastly kepala nanti panggil dan tanya..sekarang mau apa?

    BalasPadam
  3. AntiBeerEnd12/9/09 9:42 PTG

    Tak maulah PKR perintah Terengganu secara lompat katak mcm ni. Kalau betul depa nak join PKR, bubarkan dulu dun & kita tanding semula. Insyaallah, dengan momentum PR sekarang ni, peluang menang cukup tinggi.

    BalasPadam
  4. ADUN yang lompat macam ni tak ada nilai kecuali untuk kepentingan diri masing-masing. Tengok nanti kalau dah dapat apa yang dihajati pasti PKR kena tinggal punya. ADUN macam ni hanya untuk sepenggal sahaja. Lepas tu pilihanraya 13 jangan harap.

    BalasPadam
  5. kalau bole jgn la jd 16 sept lg,aku dah xnk dgr pencacai umno gelak kan kite lg psal 16sept..

    BalasPadam
  6. Jangan ulang janji 16 Sept yang lalu.

    Abuk pun takada tapi tanah sediri kena rompak pula..

    BalasPadam
  7. Salam.

    Jangalah percaya lagi dengan ADUN UMNOBN yang melompat.Cukuplah bagaimana Kerajaan PR di Perak telah diporak perandakan oleh spesies melompat ini.

    Mereka melompat atas dasar ketidakpuasan hati apabila ketua mereka tidak menjadi MB Trengganu walaupun Trengganu dikuasai oleh UMNO.Bukankah itu jelas bahawa KEPENTINGAN MEREKA TIDAK DITUNAIKAN OLEH PUCUK PIMPINAN UMNO.

    Bolehkah mereka ini dipercayai?

    Untuk memerintah Trengganu PR tunggulah pilihanraya ke 13.Kita ambil Trengganu secara terhormat ATAU

    KUMPULAN YANG TIDAK SEBULU DENGAN AHMAD SAID(MB)DAN HISHAMUDDIN(PENGERUSI UMNO TRENGGANU)MEMBUAT USUL TIDAK PERCAYA DI DALAM DEWAN DAN BUBARKAN DUN,BUAT PILIHANRAYA.....
    JIKA PR MENANG , ITULAH MENANG SECARA TERHORMAT DAN BERMORAL!!!!

    BalasPadam
  8. Betul tu. Biar bubar DUN dulu. Jangan terima si lompat katak ni. Kita mau rakyat yang menentukan. Kita mau sebuah kerajaan yang dipimpin oleh pemimpin yang ikhlas dan berkualiti

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama13/9/09 1:45 PG

    Tapi kalau lompat untuk nak balas dendam psal kes di perak, aku setuju..biar UMNO BN rase mcm mane kena rampas..tah la,kite tgu jela 16 sept nie

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive