Ahad, September 06, 2009
"Rodziah saya akan rogol you sekarang!” – SIKAP BIADAP UMNO JELAS TERPAPAR UNTUK SEMUA. | pkfz
Umno Seksyen 23 Shah Alam buat kecoh dimajlis dialog bersama penduduk mengenai isu pemindahan kuil ke Seksyen 23.
Sabtu 5hb.Sept,09- Kehadiran Umno Taman Seksyen 23 ke majlis dialog pada hari ini adalah untuk satu tujuan yang jelas, iaitu untuk membuat kecoh. Mereka telah memulakan rancangan mereka sejak sebelum majlis tersebut bermula.
Pada lebih kurang pukul 10 pukul pagi tiba-tiba beberapa orang Umno membuat bising dipintu depan Dewan banquet MBSA. Mereka memarahi anggota penguatkuasa MBSA kerana kononnya menghalang seorang penduduk cina dan isterinya masuk. Orang –orang tesebut memaki hamun pengkuatkuasa MBSA. Saya terpaksa mencelah menredakan keadaan. Saya memberitahunya bahawa kita tidak mengahalang penghui rumah membawa anak isteri mereka dan kita hanya hendak pastikan bahawa semua yang hadir untuk sesi dialog ini adalah penduduk Seksyen 23 sahaja. Setelah tiada isu lagi yang boleh dikecohkan lagi, kumpulan itu pun masuk ke dewan .
Sekali lagi kumpulan tersebut menjerit dan memaki apabila Menteri Besar, YB Khalid Samad , YB Rodziah dan delegasi Datuk Bandar masuk kedalam dewan. Pihak pengutakuasa terpaksa mengawal keadaan. Kumpulan itu juga menyerang dan mengasari seorang pembantu wanita YB Khalid Samad apabila beliau tengah mengambil gambar. Wanita tersebut terpaksa dibawa ke bilik VIP untuk mengelakkan kumpulan itu dari terus mengejarnya.
Kesemua tindakan dan perbuatan biadap UMNO ini direkodkan sepenuhnya oleh lebih 20 wakil media akhbar , TV and penulis –penulis blog .
Majlis yang reda seketika semasa bacaan doa, mula kecoh lagi semasa pembentangan Datuk Bandar Shah Alam Mazalan Md Noor. Kumpulan pengacau tersebut enggan mendengar penjelasan isu tersebut dan beberapa kali menjerit agar beliau hanya menyatakan samada pembinaan kuil akan diteruskan atau tidak.
Mereka ini merebut mikrofon walaupun sesi dialog belum bermula dan memaki hamun semua kepimpinan negeri yang berada didepan. Antara kata-kata yang telah dikeluarkan ialah “ MB Bodoh , “Khalid Samad sekongkol dengan kuil”,” Rodziah pelacur “, “Rodziah saya akan rogol you sekarang ! “ dan banyak kata –kata kesat lagi .
Ada juga beberapa yang telah mengangkat kasut dan kerusi untuk dibaling ke arah MB dan Ahli Parlimen dan ADUN. Penguatkuasa terpaksa membuat benteng dihadapan untuk menghalang kumpulan ini daripada menyerbu Khalid Samad dan MB . Beberapa kali timbul pergaduhahan yang terpaksa diredakan keadaannya.
Wakil penduduk Hindu yang ingin bercakap juga di jerit dan dikacau oleh mereka. Pada suatu ketika orang UMNO ini menyerbu kedepan untuk menumbuk wakil penduduk Hindu ini daripada bercakap . Penguatkuasa terpaksa meleraikan mereka.
Dialog ini berakhir dengan saranan Menteri Besar bahawa, beliau ingin semua penduduk yang terlibat agar jangan membincangkan isu ini lagi. MB memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan mendengar pandangan jawatankuasa kuil sebelum membuat keputusan. Sehingga itu semua pihak tidak harus membangkitkan isu ini dan membiarkan Kerajaan Negeri meneliti untuk membuat keputusan muktamad.
RUANG DEMOKRASI DISALAHGUNAKAN !
Sesi dialog yang berupa ‘town hall meeting’ bersama penduduk hari ini disalahgunakan demi kepentingan politik UMNO. Kerajaan Negeri telah sudi mengadakan mesyuarat seumpama ini tetapi ianya pula memberikan platform untuk UMNO bersikap biadap. Segala tindakan memaki dan perbuatan biadap UMNO Seksyen 23 akan diperhatikan oleh seluruh rakyat Malaysia dan seluruh dunia nanti.
PIHAK POLIS BERSEKONGKOL !
Sekali lagi, sejak protes dan perarakan kepala lembu tersebut, pihak polis gagal menjaga keselamatan rakyat. Kegagalan pertama ialah apabila penghasut dan penganjur protes kepala lembu masih gagal ditahan dan dikenakan tindakan undang-undang. Yang hadir pada sesi dialog hari ini juga adalah orang –orang yang sama . Oleh kerana mereka masih bebas, dan seolah-olah ‘di atas’ undang-undang, maka ianya mengakibatkan kejadian kecoh hari ini.
Polis bertanggungjawab untuk kekecohan dan pemakian dan hasutan yang berlaku dalam sesi dialog hari ini. Ini adalah kali yang kedua dan polis terus membenarkan penghasut berbuat demikian .
Bersekongkolan polis juga terbukti apabila pihak polis gagal hadir dalam sesi dialog ini .Pada mesyuarat persiapan pada hari Khamis yang lalu semua ahli Majlis dn Datuk Bandar telah meminta kehadiran pihak polis dalam sesi dialog ini demi mengawal keadaan. Tetapi malangnya seorang pun pihak polis beruniform tidak hadir. Saya diberitahu ada 2tau 3orang SB sahaja yang hadir untuk menyaksikan kekecohan ini.
MAJORITY BELUM BERSUARA.
Jumlah penduduk Seksyen 23 yang sebenarnya ialah 323 rumah . Daripada jumlah ini 48 adalah keluarga India dan 28 adalah rumah orang Cina. Selebihnya ialah orang Melayu. Hujah bahawa kuil tidak boleh dibina dikawasan majority Melayu tidak relevan. Ini adalah kerana dalam semua projek pembangunan PKNS, adalah disyaratkan bahawa lebih 60% pembeli nya haruslah orang Melayu . Maka secara pratiknya tidak akan wujud kawasan majority Melayu di kawasan Tengah Shah Alam, iaitu Seksyen 1-24. Adakah ini bermaksud kaum lain akan dianiyayai dan ditindas hak mereka untuk beribadat ?
Justeru itu, hujah majority Melayu tidak sepatutnya wujud. Pemindahan kuil ke Seksyen 23 bukan sahaja untuk 48 keluarga yang menduduki Seksyen 23 tetapi juga kepada 2000 lebih penduduk India di kawasan Seksyen 19, 20 , 21 dan 23 keseluruhannya.
Tetapi yang hadir pada sesi dialog pada hari ini ialah sekumpulan penduduk ahli UMNO dan pro BN seramai lebih kurang 40 orang. Mereka telah hadir bersama naik bas, dengan tujuan utama untuk menimbulkan kekecohan .
Malangnya suara majority orang Melayu Seksyen 23 belum kedengaran lagi. ‘Silent majority’ ini sebenarnya tidak membantah pembinaan kuil kerana ianya langsung tidak menjejaskan keharmonian dan kesejahteraan mereka. Isu perkauman hanya dipermainkan oleh segolongan yang beragenda politik.
CABARAN KEPADA KERAJAAN NEGERI PR
Kini cabaran besar yang terletak pada Kerajaan Negeri untuk membuat keputusan yang wajar. Adakah sesi dialog yang kecoh hari ini dengan bantahan dan laungan biadap beberapa penduduk memberikan suatu gambaran hasrat sebenar penduduk Seksyen 23?
Selain daripada kata-kata kesat dan memaki hamun kepimpinan negeri , adakah mereka ini mempertengahkan hujah –hujah rasional kenapa kuil Hindu tidak boleh dibina ditapak tersebut di Seksyen 23 ? Kalau tiada hujah rasional, apakah yang perlu dipertimbangkan ?
Jika Kerajaan Negeri ingin menawarkan suatu tapak alternative selain dari Seksyen 23, demi mengambil kira bantahan penduduk hari ini, pada pandangan saya ianya akan merupakan kekalahan politik bagi PR .
Jelas bantahan tersebut adalah agenda politik UMNO , maka jika kuil tidak dibina di Seksyen 23 sepertimana yang dicadangkan, maka ianya akan bererti bahawa Kerajaan PR walaupun berkuasa di Selangor telah mengalah kepada samseng UMNO . Adakah PR sedia menerima hakikat ini ?
PSM merasakan bahawa, rakyat dan ‘silent majority’ perlu bersuara. Hasrat rakyat pelbagai kaum untuk hidup harmoni harus diketengahkan . Sikap hasutan perkauman dan perangai biadap mereka harus dikecam sekeras-kerasnya. Rakyat Selangor telah bersuara secara jelas memilih Pakatan Rakyat untuk memerintah Selangor . Polisi dan tindakan UMNO Barisan Nasional yang memperjuangkan ketuanan Melayu dan mempermainkan perkauman telah pun ditolak oleh rakyat Selangor pada 8hb .Mac, 2008 yang lalu .
Justeru, rakyat perlu bangkit membantah dan melindungi hak demokrasi dan hak samarata semua rakyat. Tugas kuasa rakyat amat diperlukan pada ketika ini . Rakyat berbilang kaum harus digembeling untuk menyuarakan bantahan terhadap politik perkauman ini . Ini bukan sahaja isu diantara penduduk Melayu Muslim dan hak penduduk Hindu tetapi ia juga akan memberikan tamparan hebat kepada penganut Kristian , Buddist, Taosim dan Sikh. Hak beribadat adalah samarata dan harus dihormati. Jika hak penduduk Hindu Seksyen 23 dirampas, itu juga akan bermaksud, penganut agama Kristian , Buddist , Taoist , Sikh dan lain akan mengalami juga nasib yang sama.
Hapuskan perkauman, hapuskan politk keji UMNO Barisan Nasional, bangkitkan kuasa rakyat benteras politik perkauman.
Sivarajan
Ahli Majlis MBSA, PSM .
ckcounterpunch
E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
September
(333)
- Kematian Kugan: Seorang anggota polis didakwa esok...
- Barisan Nasional Makin Parah | Nizar News
- Kerajaan Hina Tentera | Nizar News
- 100 terkoban tsunami landa Samoa | Nizar News
- Video rancangan pengeboman dari komputer riba Noor...
- Ada hikmahnya Ibrahim Ali celupar - Mat Sabu | Niz...
- Umno: Dulu, kini dan selamanya – korup! | Nizar News
- Selamat Datang Isa Samad ke PRK Bagan Pinang | Alt...
- Dua pemimpin Pemuda Umno diberkas terlibat dadah
- Keputusan TM Piala Malaysia 29 Sep 2009
- Ini Dia Lawan Isa | Nizar News
- GANESAN TIADA HAK PANGGIL SIDANG DUN, PJ PAS PERAK...
- Bila Nak Bersidang Bai? | Nizar News
- CANTEKKK!!! ISA SAMAD CALON BN | Nizar News
- Kununnya...Nak Calon Bersih | Nizar News
- Boroi petanda kesihatan dalam bahaya
- Nasib Muallaf Peminta Sedekah | Nizar News
- Alternatif Itu Penting | Nizar News
- PAS dan Pakatan, jangan tertipu di Bagan Pinang | ...
- Kekuatan Islam dalam perlembagaan | Nizar News
- Pusing kanan, pusing kiri, nama Isa juga yang dise...
- Ganesan, Speaker tidak sah - PAS Perak | Nizar News
- Mahainya Bilik Ayaq | Nizar News
- UPP rampas kulit serigala, tahan seorang lelaki
- Seterika Bumi Dah Sampai | Nizar News
- Apa dicari pasukan F1 1Malaysia? | Nizar News
- Gobalakrisnan Ditahan Polis | Nizar News
- Kekal atau keluar MIC: Subra tangguh umum pelan ja...
- SPR wajar jemput pengkritik nilai cara kendali pil...
- GAMBAR TERKINI DARI BAGAN PINANG | Nizar News
- Kalau Muda Pun Hanya Sampah Apa Guna? | Nizar News
- AMK Gesa SPR Mansuh Undi Pos | Nizar News
- Pemuda Pakatan lancar jentera di Bagan Pinang | N...
- Siasat siapa hina Sultan - Zambry
- Lelaki Bangladesh gila seks parah dibelasah
- Tanah Kubur Pulak Dah | Nizar News
- Pemuda PR Sedia Gempur | Nizar News
- Barang kemas timbul dari tanah
- JANGAN TIRU MACAM BN | Nizar News
- BN KINI BAGAIKAN LANGAU | Nizar News
- Pilih Isa Undang Padah, Sisih Isa Undang Kalah. BN...
- MIC Bergolak Lagi | Nizar News
- LAWAK AHAD: Gengster Taik Ayam | Nizar News
- Samy Vellu patut cuti 20 tahun | Nizar News
- Ayah Pin Sengaja DiGhaibkan? | Nizar News
- KEPUTUSAN TM PIALA MALAYSIA 26 SEP 09
- Kahwin untuk melacur
- Salahuddin harap Umno ada calon bebas politik wang...
- Kedah Tetap Mahu Pertahan Piala Malaysia
- Apakah Pakatan Rakyat Bersedia Bentuk Kerajaan? - ...
- Tengku Temenggong Kelantan saman dua pegawai istan...
- Tuduh PAS dalang simbah cat adalah berniat jahat -...
- Undi pos: Yusmadi bertegas seret SPR ke mahkamah |...
- Bagan Pinang: PR Sedia Hadapi Umno-BN | Nizar news
- 'Mata-mata PAS' dalam kem tentera | Nizar News
- Pemuda Gerakan cabar Guan Eng debat isu Kg Buah Pa...
- Teluk Kemang tetap mahu Isa | Nizar News
- Rentung akibat rempuhan maut
- Jenazah Noordin Top tiba 1 Okt | Nizar News
- Formula 1: Proton bermain api | Nizar News
- Berbaloi Ke Dengan Alasan Celcom ? | Nizar News
- KEBIJAKSANAAN PAKATAN RAKYAT TERSERLAH DALAM ISU K...
- Syahid Selepas Mengucapkan Syahadah
- Haiwan Pelik Di Dunia
- PAS mahu siasatan Selcat tertutup | Nizar News
- Tangkap anggota kabinet yang lulus kos tambahan ti...
- MB Haram Jadah | Nizar News
- Umno Serba Salah? | Nizar News
- 'Kump ke-3' dalang DVD seks Chua
- Barisan Nasional Hadapi Kesangsian Rakyat | pkfz
- Ribut debu pelik landa Australia
- Anwar: SPR Harus Baiki Sistem Undi Pos | pkfz
- Umno Parti Kitar Semula | Nizar News
- Nizar seru warga Perak buat perubahan besar-besaran
- DVD seks Dr Chua muncul lagi | Nizar News
- Undi pos tetap diguna | Nizar News
- 21 Pemandu kenderaan berat disahkan positif dadah
- SMS Kepada Allah?
- Samy berundur menjelang Jun 2010? | Nizar News
- Tiada rasional bertemu Khairy, Umno sudah habis id...
- Kajian pindaan ISA dibentang di Parlimen bulan dep...
- Seret SPR ke mahkamah jika tidak beri pilihan pada...
- Liga Malaysia Mungkin Diswastakan Pada 2011
- Antara selipar Sukumaran dan penyapu Khir Toyo | N...
- Apa yang dilakukan pembangkang 10 tahun lalu | Niz...
- Samy Vellu kepada Dr M: Jangan Masuk Campur Bagan ...
- Kerajaan Terengganu beroperasi tanpa sokongan majo...
- Pemuda PAS pantau kempen menteri dalam kem tentera...
- Pemecatan Chua satu taktik! | Nizar News
- Isteri Noordin Mat Top Ke Jakarta Dalam Masa Terde...
- Laporan Penderaan Seksual Wanita Penan Dibincang J...
- Isu Selcat: 2 wakil BN mahu keluar tanda protes | ...
- Isu Selcat: Pakatan Selangor tiada krisis hanya Ha...
- Berpesta di Lebuhraya | Nizar News
- Ziarahi kubur amalan positif di pagi Syawal
- Jual tubuh demi baju baru 7 anak
- Gempar makhluk asing ditemui | Nizar News
- Lembaran baru di Aidilfitri | Nizar News
- Cara orang Melayu dulu-dulu beraya | Nizar News
- SALAM AIDIL FITRI | Nizar News
-
▼
September
(333)
TAK LEH BUAT APA...
BalasPadamPOLIS AKAN SEBELAHI MEREKA JIKA TINDAKAN TEGAS DGN TETAP MENDIRIKAN KUIL TERSEBUT DI AMBIL...
SEPATUTNYA KHALID TAK PAYAH BUAT APA DGN KUIL TERLEBIH DAHULU...
TUNGGU BILA PR MEMERINTAH PUSAT, BARU LAA BUAT BENDA2 SENSITIF CAMNI...
BYK PUAK ANAK HARAM SEKARANG NI DALAM NEGERI PAKATAN...
POLIS DAH TENTU ANJING UMNO...
berapa panjang siperogol punya anu tu....ada sama panjang macam lembu punya ka...cis..ada niat nak merogol! tulah makan sup ekor lembu lagi....kan dah tak tahan...ini macam punya orang lembu pakai lipstik pun ditibai beb! AWASI PEROGOL-PEROGOL INI... MERBAHAYA!!!inilah generasi berkepala otak lembu...
BalasPadamholy cow!nak rogol rodziah?.kenapa begitu sekali celupar dan hilang budibicara sehingga sanggup meluahkan perasaan ingin merogol?mungkin dia terlupa bahawa besar kemungkinan perkataan itu adalah doa bagi ahli keluarganya sendiri.ini tidak mustahil bagi tuhan.rodziah tidak perlu takut atau gentar berhadapan dengan ugutan atau ancaman sebegini.sekiranya berlaku rakyat tahu siapa punya angkara.sialan punya manusia berjiwa haiwan.
BalasPadamDaripada gaya mencarut tu, memang sah depa ni anak murid Parpukari... Mahaguru gendut mencarut 1Malaysia.
BalasPadamInilah puak2 UMNO... Hujah takde.. Yg tau nk bangkang je.. Racist je.. Mencarut je.. Tu la keje nye..
BalasPadamAlhamdulillah. Baguslah tindakan juak-juak UMNO itu. Paling kurangpun mereka sudah menyerlahkan sikap rasis mereka secara terang-terang. Baguslah. Biar Allah yang membalas cercaan mereka itu.
BalasPadamIni satu lagi petanda bahawa UMNO akan mati tidak lami lagi, insyaAllah. Aku cukup yakin.
Masih berbakikah pahala puasa orang2 yg mengaku islam tapi memaki2 saudara sesama Islam? dimana polis? kenapa tak hadir walaupun setelah dijemput oleh MBSA? penguatkuasaan terpilih ke?
BalasPadamDah syarat PKNS semua projek pembinaan kena ada 60% melayu. habis kalau dah rata2 projek PKNS je kat kawasan tengah shah alam nih, org bukan islam nak beribadat kat mana? dlm hutan? Aku pun tak suka kuil dekat dgn rumah, tapi adakah jika kuil terletak depan rumah aku akan menyebabkan runtuh akidah aku? insyaallah tidak. cuba fikir jika org Islam pulak jadi kaum minority. adakah kita suka dilayan seperti ini? Ingatlah doa orang2 yg dizalimi dimakbulkan Allah walaupun dia bukan Islam.. Jadi jangan golongkan diri kita dalam golongan orang2 yang zalim
Tabik spring pada MB, Ahli Parlimen, Adun dan penguatkuasa MBSA kerana sabar melayan kerenah penduduk (sesetengah tu betul ke penduduk sah SS23, tak tau la pulak) walaupun sesetengah daripada mereka macam tak sekolah/beli title haji. Syabas kerana melaksanakan tanggung-jawab dengan berani. Jgn jadi pemimpin yang hanya pandai berkokok tapi hanya dicelah2 ketiak penguatkuasa/polis.
tepuk dada, tanya iman. It takes a lot of courage to be that kind of a leader. Korang semua ada berani?
Hesni, Puchong (kawasan banyak kuil, tak kepoh pun)
Apa buktinya orang UMNO, dah parah baru nak bersemuka..dah terngantuk baru terngadah. Itulah orang kita..Bak kata Nik Ajis, sanggup bersekongkol dengan setan.
BalasPadamJangan suka fitnah orang....orang UMNO yang paling rasional dan bersabar.
Islam mengajar kita kalau nak berhujah, berhujahlah secara hikmah bukannya memekik membabi buta serta mengeluarkan kata kesat dan maki hamun itu bukan cara ajaran dalam islam.Kalau macam ini perangai orang islam ,orang bukan islam akan memandang hina kepada agama kita.Puak-puak yang memekik macam anjing dan beruk itu sebenarnya mereka jahil.Mereka telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menghuru-harakan majlis dialog tersebut.senyum lebarlah pemimpin umno melihat gelagat orang suruhan mereka berkelakuan seperti binatang.
BalasPadamJangan sesekali keluar perkataan semacam ugutan saya nak merogol. Ini menunjukkan kita dah berperangai iblis. Kerana perbuatan ini disukai oleh iblis.Takutlah nanti ditakdirkan Allah akan jatuhkan musibah kepada keluarga engkau wahai saudaraku.Jangan sesekali celupar mulut dengan sebab celuparlah Bani Israel di azab oleh Allah SWT.