Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, September 04, 2009

Terlepas....Hanya Kerana Mereka Umno ? | Nizar News



Demonstrasi kepala lembu membantah pembinaan kuil di Seksyen 23 Shah Alam benar-benar mengejutkan. Bukan terkejut dengan demontrasi kerana negara ini tidak pernah sunyi dari demontrasi. Tetapi apa yang mengejutkan ialah kepala lembu berdarah yang diusung sebagai protes kepada pembinaan kuil itu.

Maka ramailah yang terkejut dan buat-buat terkejut. Mereka yang terkejut kerana tidak menyangka ada pihak yang bertindak keterlaluan kerana mengusung kepala lembu yang dianggap suci kepada agama hindu. Tindakan itu disifatkan tidak menghormati sensitiviti agama seperti sengaja ingin mencetuskan isu perkauman.

Bagi yang buat-buat terkejut kerana melihat bantahan meluas daripada pelbagai pihak di negara ini. Maka yang buat-buat terkejut tu segera meminta polis bertindak dan mengambil langkah tegas terhadap pihak yang terlibat. Ketua Polis Negara berjanji satu siasatan segera akan dijalankan dengan mengarahkan Ketua Polis Selangor. Ketua Polis Selangor berkata polis akan menyiapkan siasatan pada Selasa lepas di bawah Akta Hasutan.

Tetapi hari ini senyap sunyi tak dengar apa-apa berita perkembangan siasatan. Malah Menteri Dalam Negeri dilihat begitu lunak dan lembut dengan berjumpa pihak terbabit di Putrajaya semalam. Baguslah tu penyelesaian secara muzakarah katakan...

Kenapa adakah kerana yang terlibat berdemontrasi itu pemimpin dan penyokong Umno?Saya tak dapat bayangkan kalau demontrasi lepas dipimpin oleh pimpinan Pakatan Rakyat seperti Hj. Muhamad Sabu, Dato Mahfuz Omar atau Ustaz Nashrudin Tantawi dengan mengusung kepala lembu ( Tapi mereka tidak akan bertindak bangang macam tu) saya yakin malam tu juga mereka akan diheret ke balai dan silap hari bulan berhari raya di Kem Kamunting tahun ni.

Apa yang berlaku jelas menunjukkan sikap double standard pihak berkuasa dalam menangani isu keselamatan di negara ini. Lihatlah juga dengan bertimbun-timbun laporan rasuah melibatkan zaman Umno di bawah Datuk Muhd. Khir Toyo di Selangor? Dari isu duit Balkis, melancong ke Disneyland sehinggalah isu istana mewah bernilai puluhan juta di Sekysen 7 semuanya senyap dan sepi. Kenapa? Adakah kerana mereka Umno maka mereka kebal dari tindakan undang-undang?

http://angkasanuri.blogspot.com/

detikdaily


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

3 ulasan:

  1. itulah bahayanya bila kepala lembu jadi sasaran...lain kali minum susu lembu banyak banyak..lihatlah betapa bongkaknya pengarak kepala lembu tu...otak mereka semua biol...sebab tau dah..backup kuat...kabel cantik..kalo mat sabu ka tian chua ka..tak taulah ape cerita..

    BalasPadam
  2. anakpahang5/9/09 12:40 PG

    Demokrasi kat Malaysia ni bukan lagi terhakis tetapi dah hancur macam bubur lambuk kerana pemimpin UMNOBN banyak makan bubur lambuk campur daging LEMBU!!!!

    BalasPadam
  3. ANTI KHIR TOYOL5/9/09 1:17 PG

    Malu nak sebut saya sebagai rakyat Malaysia, Dimana demokrasi yang di war war oleh BN sebagai masih subur? Kenpa SPRM masih tak menyiasat kes kes yang melibatkan Khir toyo dan beberapa pemimpin BN? TAKUTKAH?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive