Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, September 05, 2009

Tumbangnya LDP Jepun Isyarat Kepada UMNO dan BN - Dato’ Rosol Wahid


(Gambar - Rosol bersama konco-konconya ketika membantah dan mogok tidak mahu masuk Sidang Dewan Undangan Negeri April lalu)


HULU TERENGGANU – Pendapat penganalisis politik yang berkata UMNO dan Barisan Nasional (BN) semakin pulih selepas pilihanraya kecil (PRK) Manek Urai hanyalah satu ’fatamorgana’ kerana angin yang datang dari PRK Permatang Pasir telah ’menyapu’ dakwaan itu.

Justeru, banyak tindakan yang perlu diambil untuk mengubati penyakit yang melanda UMNO dan BN.

Bekas Setiuasaha UMNO Terengganu, Dato’ Rosol Wahid, berkata demikian dalam ’posting’ terbaru laman blognya pada 2 September lalu.

”Selepas Manek Urai, penganalisis politik kata UMNO dan BN semakin pulih semangatnya kerana PAS menang tak sampai 100 majoriti,

”Tetapi datang angin Permatang Pasir, nampaknya angin Manek Urai hanyalah Fatamorgana sahaja...nampaknya banyak perkara perlu dibuat untuk mengubati penyakit UMNO dan BN,”tulis Rosol dalam Blognya.

Menurutnya, ’berita haru dari Jepun’ adalah membimbangkan dimana Parti LDP telah tewas dengan teruknya selepas berkuasa 54 tahun di Jepun.

Katanya, mungkin apa yang terjadi di Jepun sebagai isyarat kepada UMNO dan BN di Malaysia untuk 2 tahun akan datang sebelum menjelang PRU13.

”Jasa dan budi serta bakti LDP kepada rakyat Jepun tidak terhitung...maklumlah 54 tahun, segala kemudahan dan fasiliti yang terdapat di Jepun hari ini adalah hasil buah fikiran dan sumbangan LDP,

”tetapi malangnya selepas 54 tahun, rakyat tidak lagi menghargai jasa dan bakti mereka. Mereka mengundi parti Demokrat,

”Saya bermuhasabah sendiri...mungkin apa yang terjadi di Jepun sebagai isyarat kepada UMNO dan BN di Malaysia untuk 2 tahun akan datang sebelum menjelang PRU13,”jelasnya.

Mengulas kekalahan di Permatang Pasir, Rosol berkata kekalahan BN disemua peti undi termasuk kawasan majoriti bukan Melayu yang menjadi tumpuan MCA, adalah satu petanda yang cukup bahaya untuk masa depan UMNO dan BN.

Tambahan pula, katanya, isu dalaman yang berlaku kepada MCA sekarang akan menjadikan MCA tidak relevan kepada orang cina dan menjadi 'tanggungan/ liablity' kepada BN.


(Gambar - Rosol dan rakan=rakannya ketika membantah pelantikan Ahmad said Mac tahun lalu)

Dalam krisis yang dihadapi oleh UMNO dan BN Terengganu, Rosol sebelum ini dikatakan akan keluar dari UMNO kerana tidak berpuas hati dengan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said.

Pada 26 Ogos lalu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, menafikan beliau mengetuai kumpulan sembilan ADUN negeri ini untuk menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Namun, dalam masa 24 jam selepas itu, rakannya ADUN Hulu Besut, Nawi Mohamad mengakui memang ada rundingan melibatkan cadangan untuk lompat parti.

Nawi berkata cakap-cakap mengenai tindakan untuk meninggalkan UMNO bermula sejak dua bulan lalu.

buletinonline


E-Jariah: Beri sekali dapat banyak kali...
SEMUA KAMI LELONG!!!
Daftar SEKARANG!!! Pulangan LUMAYAN !!!
Kelab BlackV6
BELI BUDU,DODOL,SERUNDING ONLINE...SUE 013-9650658
Blog YB Nizar Jamaluddin
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive