Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 09, 2010

Kisah Benar : Pemimpin Malaysia Mesti Baca !

by NAHWAL IMTIYAZ

SEBUAH KISAH BENAR


Saya mengajar di sekolah rendah di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakaiannya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata-kata kecuali anggukkan yang seolah-olah dipaksa.

Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untuk dirotan. Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat. Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya.

Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan tidak berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah.

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya.

Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.
Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.

"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?" Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya.

"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"
"Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."

Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."

Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;

(i). Solat sunat ( ii). Puasa sunat ( iii). Berzikir (iv). Bersedekah (v).Mengusap rambut anak yatim (vi). Mendengar cerita2 kesusahan orang lain vii). Membantu orang susah...

dunsura


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

9 ulasan:

  1. Tanpa Nama9/2/10 4:20 PTG

    Salam untuk cikgu yang perihatin,

    Saya kira situasi sebegini jarang dah berlaku kat Malaysia atau pun langsung tiada. Cerita ini ada persamaan dengan satu filem cina yang pernah saya tonton tetapi saya tidak ingat apa tajuknya. Kalau benar situasi ini berlaku saya minta jasa baik cikgu yang perihatin sila rujuk kes ini ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan

    BalasPadam
  2. Macamana pula kisah benar ini boleh bertukar jadi cerita (rekaan) ?? Apakah mahu menuduh si-penulis artikel asal telah mereka-reka cerita palsu yg diceduk dari sebuah lakonan? Astaghfirullah... bertaubatlah wahai hati-hati yang telah keras membatu! Bahawa zakat dan sedekah itu menjadi kewajipan kerana Yang Maha Pencipta lebih mengetahui bahawa jurang antara si-kaya dan si-miskin akan terus berlaku sehinggalah ke waktu hampirnya Hari Kiamat

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama9/2/10 5:18 PTG

    YES ....DOES THIS SITUATION REAL ??? ..AND HAPPEN IN THIS COUNTRY DURING THESE YEARS ???? ...... ALLAHUAKBAR ....MOHON BADAN KEBAJIKAN YANG ADA DISEKITAR MEMBANTU KERANA BANYAK SUMBANGAN MASYARAKAT TELAH DISALURKAN KEPADA BADAN KEBAJIKAN BERWAJIB .......

    BalasPadam
  4. Salam.
    Situasi seperti ini mengingatkan saya kepada peranan PIBG, setiap awal tahun sepatutnya dikumpulkan maklumat bancian taraf hidup waris murid supaya dapat disenaraikan murid miskin dan diberikan bantuan.

    PIBG tidak sepatutnya memberi bantuan berlebihan utk menceriakan sekolah kerana itu adalah tugas sekolah atau kerajaan. kalau pun hendak memberi sumbangan dalam bidang tersebut atau lain-lain yang telah ada peruntukan boleh dilakukan sekiranya tiada masalah kemiskinan di kalangan ahli mereka.

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama9/2/10 8:51 PTG

    emm saya juga pernah lihat cita tu bukan cita cina la.... tapi cerita thailand.... walaupun begitu saya tetap percaya di Malaysia masih ada org yang miskin begini.... sebab saya tahu dulu baju sekolah saya pun susah nak dapat dan lusuh terpaksa kongsi dengan adik walaupun ayah saya kerja kerajaan

    BalasPadam
  6. Tanpa Nama10/2/10 8:58 PG

    samada betul atau x cite ni, ia bagus untuk peringatan kite sume.. tp aku rase orang miskin mcm ni kat malaysia masih ade. sedangkan tempat aku pun ade yg duduk kandang kambing 24 tahun. tp bagusnya dia tu, dia pndai berdikari smpai jbatan kebajikan pun terpakse tolak permohonan bantuan kerana ade peti ais kat kandang kmbing tuuu.. kan bodoh nmenye!!!!!!

    BalasPadam
  7. aku macam nak terkeluar air mata je bila baca cerita ni.....aku dulu pun susah gak..tapi tak lah sampai macam ni..kalau benar berlaku tak kan lah tak ada apa2 pertolongan dari orang lain ..tak masuk tv3 ke rancangan bersama mu. You have to do something..sebab u tengok...you jangan nak baca apa orang komen terhadap tulisan you jee

    BalasPadam
  8. Tanpa Nama15/2/10 3:46 PG

    cerite btol ke tak betol ke blakang kira...walau situasi mungkin beza tp memang kedaifan camni memang ada...pokoknye kite punye jabatan kebajikan,pusat zakat x wat kerja..x turun padang tgk..dok opis dlm aircon goyang kaki..org dtg susah payah wat permohonan berkali2 x lulus sbb ade enpon cap ayam..balu kematian suami dgn 6 anak kecil x layak sbb kat rumah ade kerusi set..gadai pon x laku...huh..xnak la ngumpat..sikit2 cukup..

    BalasPadam
  9. Tanpa Nama16/2/10 2:06 PG

    still happen in selangor.......

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive