Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 25, 2010

BANJIRI CERAMAH PKR KERANA RISALAH LUCAH?

Oleh: HALIK ZAMAN

PADA perjumpaan ‘Bertemu Rakyat’ bersama Presiden PKR, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Ismail yang berlangsung di Star City Convention Center, Kota Kinabalu baru-baru ini, terdapat juga anasir-anasir negatif yang cuba untuk menggagalkan program berkenaan.

Musuh PKR edar risalah-risalah lucah sanggup mengupah anak-anak PATI untuk menabur di seluruh bandaraya Kota Kinabalu. Angin perubahan sudah kencang meniup, tidak dapat dihadang dengan risalah lagi.

Antaranya di kereta-kereta disisipkan gambar-gambar Ketua Umum, YB Dato’ Seri Anwar dengan pelbagai bentuk teknik ‘super-impose’. Risikan kami mendapati anasir-anasir ini telah di dalangi oleh ‘pihak tertinggi’ dari Kota Kinabalu, Karamunsing dan Kepayan. Mereka telah mengupah anak-anak pendatang tanpa izin untuk menyisipkan risalah-risalah di kereta-kereta mereka yang hadir.

Tidak cukup dengan itu, ada pihak tertentu yang sabotaj di dalam dewan perhimpunan. Ada tangan-tangan yang telah ‘dibeli’ sanggup menjalankan kerja-kerja terkeji dengan memotong wayar penghawa dingin di dalam dewan, akibatnya hadirin di dewan kepanasan.

Walaupun pelbagai dugaan dan halangan yang ‘orang-orang tertentu’ lakukan, namun semangat kental para hadirin untuk mendengar amanat dan penjelasan kepimpinan PKR terus segar.

Apakah orang ini mengandaikan kepercayaan ahli-ahli PKR akan pudar setelah melihatkan risalah-risalah tidak bermoral ini? Atau adakah orang-orang ini menganggap ahli-ahli PKR akan berkeluaran meninggalkan dewan kerana kepanasan ekoran tindakan mereka mensabotaj penghawa dingin di dewan?

Malangnya segala usaha jahat pihak-pihak ini tidak mendapat perhatian ahli-ahli PKR bahkan harus kita maklumkan bahawa 70% hadirin yang hadir di perjumpaan berkenaan kebanyakannya orang-orang UMNO yang bersimpati dengan nasib yang menimpa Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Kerana itulah mereka hadir beramai-ramai bagi mendengar sendiri dan bersua muka dengan wanita yang selama ini merupakan tulang belakang kepada Ketua Umum PKR. Pada hari itulah mereka dapat melihat sendiri betapa kuatnya tekad ahli-ahli PKR di Sabah yang tidak gentar dengan apa sahaja halangan yang mereka lakukan demi kasihnya mereka kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

sabahkini





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive