Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Februari 18, 2010

Mengapa Kerajaan Lim Guan Eng digeruni UMNO ?

Oleh Tok Pijat


Sehari dua ini, Kerajaan pimpinan Lim Guan Eng begitu hebat diserang oleh UMNO. Bermula dengan tuduhan merobohkan gerai orang Melayu hinggalah kepada tuduhan oleh MP Bayan Baru Datuk Zahrin Hashim bahawa LGE seorang chauvanis, diktaktor dan komunis.

Seterusnya berbondong-bondong orang Melayu buat demostrasi hingga bakar patung LGE. Mengapa begitu marah dan geram UMNO Pulang Pinang terhadap LGE ?



Inilah yang perlu kita kaji.

Apabila DAP dapat tawan Pulau Pinang setelah puluhan tahun mengidam dan guna slogan keramat mereka "Tanjung 1" hinggalah "Tanjung 3" akhirnya Pulau Pinang dapat di tawan dalam PRU 12.

UMNO melihat tertawannya Pulau Pinang bermakna diayah dan propaganda mereka dengan motto perkauman sudah berkecai. Mengapa? Ini kerana berlaku perubahan pemikiran orang Melayu terhadap UMNO.

Mereka melihat UMNO sekadar boneka selama 50 tahun memerintah bersama GERAKAN.

Lebih "parah" lagi , apabila cara pemikiran Lim Guan Eng berbeza dengan cara pemikiran pimpinan DAP sebelum itu. Kita melihat pemikiran LGE berubah sejak keluar penjara Kajang akibat pembelaannya terhadap gadis Melayu yang dirogol pimpinan UMNO Melaka.

Semasa di penjara, LGE mendapat sokongan moral hasil lawatan pimpinan PAS seperti Mohammad Sabu. Begitu juga hasil bacaan tentang kisah ketelusan Khalifah Umar Abd Aziz. Difahamkan buku kisah Umar Abd Aziz adalah hadiah dari arwah Ustaz Fadhil Nor.

Di sinilah bermulanya titik tolak perubahan pemikiran Lim Eng Guan dan pimpinan DAP hatta Lim Kit Siang.

Sepertimana PAS yang sedar untuk memerintah Malaysia mereka perlukan undi bukan Islam, begitu juga DAP. Mereka menyedari perlunya dibuat anjakan paradigma pemikiran pimpinan mereka dan rakyat terhadap DAP. Jika dulunya orang Melayu melihat DAP umpama melihat komunis dan Singapura. Mereka melihat wajah Lim Kit Siang macamlah melihat wajah Lee Kuan Yew. Penuh kebencian atas dasar perkauman.

Lim Guan Eng menyedari realiti itu. Hasilnya kita lihat berlaku beberapa perubahan anjakan paradigma pimpinan DAP. Inilah yang amat menbimbangkan UMNO. Antaranya :

a) Kunjungan Kit Siang ke Rhusila.
b) Keazaman Eng Guan untuk contohi Khalifah Abd Aziz.
c) Ancaman DAP Perak untuk ingkar arahan DAP Pusat agar tidak sokong PAS jadi MB Perak.
d) DAP Pahang begitu akrab dengan PAS Pahang semasa DAP keluar dari Barisan Alternatif.
e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz.

Melihat kepada ini semualah, maka UMNO mula menghalakan "peluru pandunya" ke arah Pulau Pinang. Sasaran utamanya Lim Guan Eng.

UMNO akan mengorek-ngorek isu untuk ditimbulkan di Pulau Pinang. Modal perkauman antara yang utama. Tujuan utama agar orang Melayu balik semula kepada pemikiran dahulu iaitu, "DAP adalah untuk orang Cina, komunis dan Singapura".

Sebab itulah tuduhan MP Bayan Lepas terhadap LGE diulang-ulang oleh Utusan Malaysia dan media barua UMNO. Kini UMNO mendapat 3 "peluru pandu" baru iaitu MP Kulim, MP Bayan Lepas dan MP Pasir Mas untuk dilancarkan ke arah Pulau Pinang.

UMNO melihat rapatnya DAP dengan PAS dalam keadaan MCA masih "berperang "sesama sendri suatu yang membahayakan UMNO dan BN.

UMNO juga melihat rapatnya DAP dengan PAS bermakna DAP dan orang Cina akan mendapat gambaran sebenar Islam dan keadilannya.

Lebih membahayakan UMNO apabila Lim Guan Eng menguar-uarkan untuk ikuti contoh Khalifah Umar Abd Aziz dengan mengaplikasikan melalui CAT.

Bagi UMNO selagi LGE menguasai Pulau Pinang, harapan mendapat undi Cina semakin tipis sepertimana harapan mendapat Kelantan umpama mimpin di siang hari. Lebih-lebih lagi bila Ku Li bersama dalam perjuangan royalti minyak

http://tokpepijat.blogspot.com/



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

11 ulasan:

  1. saya sokong pendapat sdr.

    BalasPadam
  2. Hahaha... "e) Pimpinan DAP begitu menghormati TG Nik Aziz"

    Dulu pernah mengkafirkan seseorg sbb berkawan ngn MCA.
    Skrg apa yg DAP buat semua halal, arak halal, curik pasir halal, Kalimah Allah di gereja halal. Pendek kata tiada yg salah melainkan segalanya betul belaka. Hahahaha...!!!

    Dulu pernah gelar mahafiraun seseorng sbb konon takkan lepas jawatan PM.
    Skrg w'pun dh terbongkar penyelewengan dan salah urus tadbir tp langsung x nampak ura2 nak lepaskan jawatan MB tu. Itupun nasib baik MB, klu PM ntah camner la tamak halobanya tu. Hahahaha....!!!

    Dulu pernah kata Pak Lah amalkan kroni bila KJ berjaya dlm perniagaan sndri.
    Tp kini HALAL pulak bila melantik menantu pegang jawatan penting dlm kerajaan. Boleh pulak bapak presiden, anak pulak jadi KM Pulau Pinang, boleh pulak silaki jadi penasihat, sibini pulak jadi Presiden.

    Dulu pernah berdemo baring atas jalan menentang Sultan dan melayu sbb kehilangan salah satu nikmat dunia iaitu jawatan tinggi (MB Perak)
    Tp skrg mencaci cerca pada org yg berdemo dpn kedutaan Australia. Walhal org2 ni mempertahankan kedaulatan negara agar jgn mudah org2 asing mencampuri urusan kita.

    Dulu pernah memegang lilin berkabung bila org cina mati.
    Tp skrg senyap sunyi bila pelajar melayu UITM tu koma sbb dilanggar cina sekinchan tu.

    Byk lagi dulu dan sekarang.. jadi pada yg boleh berfikir... fikirkanlah siapa yg takut pada DAP sbrnya.

    BalasPadam
  3. nak termuntak baca penjilat guan eng chauvinis ini ..haha tok pepijat memang telah diperbodohkan oleh Guan Eng yg retorik saja guna nama Umar Abd Aziz ..

    Zul Kulim sendiri tembak guan eng retorik saja kononnya contohi Khalifah umar abd aziz ...

    BalasPadam
  4. Dulu si bulan xmau keris pasai kafir la kononnya bersama2 MCA & MIC, itu lama dulu dah la...tapi kenapa baru skarang "Si Bulan For All"? dulu x boleh tapi skarang boleh??? Boleh kena kat hangpa!!! Dulu mengapa proton mcm2...la ni sapa yang dok pakai proton saga melambak atas jalan? x ka gang2 si bulan? dulu kata jambatan pulau pinang tu merugikan duit rakyat dengan hutangnya la...la ni sapa yang manfaatkan jambatan tu? dulu kata menang pilihanraya nak free kan tol penang bridge utk laluan motorsikal dan turunkan kadar utk kenderaan lain, mana dia??? touch n go pon dah sama harga dgn bayar tunai la ni utk card baru. dulu kata putrajaya tu pembaziran wang rakyat, la ni yang depa dok sakan pi melawat buat apa? yang depa dok sibuk "menuju putrajaya" yg x sampai2 tu buat apa? memang betoi kata Dr.Mahathir dulu, "Melayu mudah lupa!". sembang pompang2...apa pon xdak...last skali org pijak kpala dalam diam2...kita nganga saja...

    BalasPadam
  5. umngok rasuah,pembunuh,pmfitnah,pnyangak dn mcm2 pem lg pun hgpa suma ttp sokong ..x ke bodoh dn bangang nmanya tu,ngara dh xdak duit suma depa rembat tu pun hgpa ttp sokong jgak..x tau la apa yg hgpa suma mntekedarah hngga akai ada pun tp dh x bleh nk pikiaq...x ke bdoh dn bangang nmanya tuh...org mlayu penang ttp mnyokong LGE sbb dia nk brbuat baik dn nk ubah apa yg umngok x pnh nak ubah slama lbih 50 thn depa memerintah penang...xkan kami nk ikut puak2 bangang mcm hgpa suma tuh...jgn mimpi la penang nk dpt blik kat umngok slagi kami ttp brdiri brsama sama LGE...BNYAK LG SBNAQNYA AKU NK KATA TP BLA DIPIKIAQ2 BLIK X GUNA CRITA KAT ORG2 BODOH DN BANGANG MCM PUAK2 UMNGOK YG MSIH DOK SUKA KAT PIEM NAJIS X GUNA TUH...
    LG SATU,TRUSKANLAH BRDEMO WAHAI KERA JANTAN MENANTU EX PIEM YG SUKA TDOQ TUH...PTUIH3..

    BalasPadam
  6. HMMM..PUAIH HATI AKU...:)

    BalasPadam
  7. Kutuk sana xdpt apa, kutuk sini pun xdpt apa...duniawi...muhasabah diri masing-masing...kutuk dpt dosa, dikutuk dpt pahala... umat Islam seperti buih di laut apabila kiamat semakin hampir... fikir-fikirkan lah...

    BalasPadam
  8. Selemah Lemah Iman Ialah Dengan Mengutuk
    Melalui Hati Juga Kata2..Kalaula Itu Pun
    Tak Mampu..Nak Kate Ape?Dasar Iman Yang
    Sangat Lembik Lagi Cair Ke??Yang In Patut
    Di Fikirkan..Muhasabah Diri Masing2 Konon..
    Ini Punca Melayu Tak Maju Tak Sedar Diri..~
    Jadi Ape2.."Oh..Tak Baik Cakap2 Pasal Orang
    Ni..Senyap Sudah..Baik Aku Jaga Diri Aku.."
    Memang Sampai Kiamat La Melayu Takkan Maju
    Kalau Mcm Ni..Yahudi Dgn Nasrani Laknatullah
    Tu Pun Boleh Maju Walhal Tiada Rahmat Dan
    Berkat Allah SWT..Pasal Ape?Pasal Orang Buat
    Salah Dia Kutuk Terus..Tegur Terus..Kalau
    Bodoh..Di Katenye Bodoh Direct..Supaya Orang
    Yang Bodoh Tu Lepas Ni Tak Bodoh Dah..~

    BalasPadam
  9. aku sokong sgt2 kata2 bernas dari andriy syukri krevalichenko...(fuhh pnjangnya nma)
    utk pngetahuan tnpa nma yg ketiaknya brbau umngok tu,aku dh lma muhasabah dri aku,dn aku jgak tau aku x smpurna mna tp syukur alhamdulillah bhawasanya aku x trgolong dlm org yg ada akai tp x tau nk pikiaq...mcm org2 umngok tu la...mngaji tnggi pun x guna kalu x tau mna baik mna yg x baik...mcm kata andriy tu la kita tgoq depa bdoh supaya sok2 depa x bdoh dh...ada paham ka...muhasabah dri konon,hg tu muhasabah dri hg tu dlu,btoi ka sokongan yg hg bg pda pemimpin yg mcm2 pem tu...mlm ni pikiaq bnyak2 na..muhasabah sngguh2...pastu kalu hg dok sokong hat jahat gak mmg sah bangang seumur hidup...

    BalasPadam
  10. Kutuk sana xdpt apa, kutuk sini pun xdpt apa...duniawi...muhasabah diri masing-masing...kutuk dpt dosa, dikutuk dpt pahala... umat Islam seperti buih di laut apabila kiamat semakin hampir... fikir-fikirkan lah...merana sdiri gamaknya...beginilah nasignya..dok benci rimau dok sokong hat beruang..smua krana uang..kuasa...girl..boy's...

    BalasPadam
  11. hahahahaha...mlayu..mlayu..malyu...malu..
    nak tunggu apa..lepas satu..satu..depa ambik..biaq pila..biaq pila...sampai bila..sampai semua depa ambik...bila anak cucu, tanah, agama...merana dan dikotak katik.....meranalah...mlayu mlayu..biaq pila..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive