Dey Macha

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Februari 22, 2010

Tokey Mercun Dah Kaya Raya, Kita Jadi Hanturaya



Semalam punyalah bising bunyi mercun di kawasan taman rumah aku.Aku rasa kat tempat lain pun sama juga.

Tergugat juga konsentrasi aku melayari fesbuk.Makin lewat malam makin berdentum pulak.Kucing serta hanturaya pun takleh nak tido dengan aman.Hampas kunyit betul la.

Kata mercun dan bunga api yang bunyi kuat ni haram.Mana pi pulak pihak bertanggungjwab menjaga keamanan? Kalau bikin ceramah kata bising mengganggu orang-ramai.Bila mai tang mercun takdak pulak pihak berwajib pi tangkap orang yang dok main tu.Bila ada yang putus kepala baru nak kaji,ya kita akan kaji kata pak menteri.Apa nak heran?





Buatlah macamana undang-undang pun kalau penguatkuasaan tak betul dan penuh dengan rasuah tak guna juga.Mudahnya mercun ni dibawa masuk ke Malaysia semudah membawa keluar 2 enjit F5e ke Uruguay.

Macamana mercun boleh dibeli oleh orang-ramai dengan selambanya? Sedangkan banyak kali juga keluar berita rampasan mercun tapi masih banyak lagi mercun di pasaran. Adakah mercun yang dirampas ini akan dikitar semula untuk dijual? Saja buat-buat tanya...biaqpila.blogspot.com.apa ada hal.





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Komen

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive