Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Februari 28, 2010

JIKA UMNO KUAT, AMBIL TINDAKAN TERHADAP KU LI


Umno mendabik dada kononnnya mereka mendapat sokongan padu dari orang Melayu. Umno berkata Pakatan Rakyat tidak berpijak di bumi nyata untuk mara ke Putrajaya. Umno cuba digambarkan cukup kuat dan gagah.

Hakikatnya, Umno umpama pesakit kanser tahap 4 yang hanya menunggu masa untuk ditalkinkan. Umno cukup lemah dan tidak bermaya. Buktinya sebelum ini Umno tidak berani bertindak untuk mengantung keahlian Datuk Seri Muhamad Ali Rustam dan Khairy Jamaludin walaupun mereka berdua terbukti bersalah melakukan rasuah. Kenapa Umno tidak mampu berhadapan dengan protes dari ahli dan penyokong mereka sendiri jika mengambil tindakan tegas kepada perasuah yang boleh menggugat peluang dan sokongan mereka dalam pilihanraya.

Dalam perkembangan terbaru, Umno tidak berani bertindak kepada Tengku Razaleigh walaupun beliau secara terbuka memperjuangkan hak rakyat di pentas kerajaan Pas Kelantan. Walaupun wujud desakan dan cakap-cakap belakang, kepimpinan Umno dan Lembaga Disiplinnya hanya membutakan mata dan memekakkan telinga. Walaupun Ku Li dianggap 'menderhaka' kepada Umno, Umno ternyata tidak berani mengambil tindakan kepada beliau.

Mengapa dan kenapa mudah difahami, Umno bukan hanya tidak yakin untuk merampas kembali Kelantan daripada kepimpinan YAB Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat. Tetapi apa yang lebih dibimbangi ialah, pengaruh Ku Li bukan sahaja kepada ahli Umno dan rakyat Kelantan tetapi penyokong Ku Li di seluruh Malaysia. Kegagalan Ku Li mendapat pencalonan yang cukup daripada bahagian dalam pencalonan jawatan presiden Umno sebelum ini bukan menjadi petunjuk pengaruh dan sokongan Ku Li sudah merosot. Ku Li masih relevan dan masih mempunyai sokongan Umno di peringkat akar umbi. Inilah yang cukup digeruni oleh Umno.

Jika mereka memecat, menggantung keahlian atau mengambil apa-apa tindakan disiplin kepada Ku Li bermakna musibah besar sedang menunggu Umno. Dalam situasi ini adakah Umno berani mendakwa mereka lebih kuat berbanding PAS, PKR atau DAP? Jika mereka kuat ambillah tindakan kepada Ku Li dan kita lihat apa yang bakal berlaku kepada Umno.

angkasanuri





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive