Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Februari 16, 2010

Maulidur Rasul: PAS personal sikap bisu Umno sebelum PRU-12




KUALA LUMPUR, Feb 15 — PAS mempersoalkan keiklasan Umno yang didakwa sengaja mempolitikkan isu kononnya Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sedangkan parti itu tidak pernah mempersoalkan tindakan kerajaan negeri Kedah yang pernah terlepas beberapa kali sebelum Mac 2008.

Justeru Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, pihaknya menganggap serangan ke atas kerajaan negeri Pulau Pinang khususnya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng seolah-olah “dijadikan modal politik murahan” untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat.

“Ada beberapa negeri lain yang pernah membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebelum ini, tetapi saya tiada maklumat yang tepat.

“Bagaimanapun di Kedah, saya sudah periksa dengan Majlis Agama Negeri Kedah, di mana saya dimaklumkan perarakan Maulidur Rasul pernah dibatalkan semasa kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid.

“Mengapa perkara ini tidak ditimbulkan oleh Umno sebelum ini, mengapa perkara ini tidak dipersoalkan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa menjadi perdana menteri,” kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena, Kedah.

Pada Jumaat lalu, Abdullah berkata kerajaan Pulau Pinang tidak wajar membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana ia adalah perarakan aman dan tidak mendatangkan keburukan.

Abdullah yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia berkata tindakan membatalkan perarakan itu seolah-olah memberi gambaran bahawa kerajaan negeri mengandaikan perarakan itu akan menjadi sesuatu yang tidak baik, membawa keburukan serta menyebabkan pergaduhan.

Mahfuz juga berkata, Islam tidak mewajibkan umatnya mengadakan perarakan sempena hari keputeraan Nabi Muhammad SAW.

“Yang diwajibkan ialah umat Islam mengikut apa yang diperturunkan oleh Nabi Muhammad, perarakan bukan satu kemestian,” katanya.

Oleh itu soal beliau, apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad kemudian menolak apa yang diperintahkan baginda.

“...rasuah, sapu duit rakyat dan salah guna kuasa.

“Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunah Nabi?” soal beliau.

Beliau menyifatkan sikap Umno yang membesar-besar dakwaan palsu kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul sebagai “perbuatan menghalalkan cara.”

“Matlamat Umno nak kucar-kacirkan kerajaan Pakatan Rakyat dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru-hara,” katanya.

Dalam hal ini, Mahfuz juga mempertahankan Ketua Menteri dengan menegaskan bahawa syor awal dibuat oleh jawatankuasa induk, perarakan akan dibatalkan, yang pastinya bukan dipengerusikan oleh Lim.

“Jadi tidak wajar Lim dituduh sebagai anti-Islam... lagi pun keputusan awal sebenarnya hanya merupakan syor, bukan keputusan muktamad,” katanya.

Sehubungan itu beliau menyeru umat Islam dan rakyat Malaysia supaya menjauhkan dari bahaya Umno dan Barisan Nasional demi keamanan, kestabilan dan kesejahteraan negara.

Lim sudah pun menafikan dakwaan kononnya tiada perarakan Maulidur Rasul di negeri ini tahun ini, malahan pelbagai program telah diatur selama empat hari berturut-turut mulai 25 Feb.

Lim berkata kerajaan negeri tidak pernah membuat sebarang pengumuman mengenai perkara itu.

themalaysianinsider


BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive