Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Februari 05, 2010

Tak rela diliwat lagi - Utusan meloya lagi



UTUSAN MELOYA MENGGUNAKAN SEPENUHNYA KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MENSENSASIKAN BICARA LIWAT INI.BUKAN SETAKAT MAHKAMAH DIHINA DENGAN LAPORAN YANG TAK TEPAT,MALAH ANWAR JUGA TURUT TERHINA DENGAN BERITA MUKA DEPAN TU...SIAP BERWARNA-WARNI DIHIAS DEMI MEREALISASIKAN MOTTO TERBARU PENYEBAR FITNAH RAKYAT.

ITU PUN MASIH TAK LAKU JUGAK PAPER NI..ITU PASAI GUA DAH MASUK 5 TAHUN TAK BELI UTUSAN....BACA PUN TAK BOLEH..ASAL BACA SAJA TERMUNTAH...TERUS KENSEL ORDER TOSEI RAWA...



Anwar Mahu Utusan Malaysia Didakwa Hina Mahkamah


KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Pasukan pembelaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agar Utusan Malaysia dikenakan tindakan menghina mahkamah berhubung laporan akhbar itu pada hari Khamis mengenai perbicaraan kes liwat melibatkan ketua pembangkang itu.

Peguam utama beliau, Karpal Singh, berkata mahkamah perlu bertindak dan merujuk akhbar itu dengan kesalahan menghina mahkamah walaupun ia berlaku di luar mahkamah.

Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden bagaimanapun berkata apa yang berlaku hanyalah "laporan kurang tepat" tetapi Karpal Singh bertegas ia satu perbuatan menghina mahkamah.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata kenyataan Karpal Singh mengenai pemilik akhbar itu adalah tidak wajar.

"Ianya lebih kepada soal laporan yang tepat atau tidak dan bukannya laporan palsu. Mahkamah perlu diyakini bahawa perbuatan menghina telah dilakukan sebelum tindakan dapat diambil," kata Hakim Mohamad Zabidin.

Perbicaraan ditangguhkan selama lima minit bagi membolehkan hakim membuat keputusan.

Apabila disambung semula, hakim Mohamad Zabidin memberitahu pasukan pembelaan Anwar supaya membuat laporan polis jika terdapat perbuatan menghina mahkamah.

Tajuk muka depan Utusan Malaysia hari ini berbunyi "Tak rela diliwat lagi", dengan terdapat gambar Anwar dan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa Anwar meliwatnya pada Julai 2008.

Sementara itu di Petaling Jaya malam ini, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Jonson Kok Wei Chong membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia yang didakwanya telah menghina mahkamah kerana laporan fakta yang tidak tepat dan bercanggah dengan apa yang berlaku dalam perbicaraan.

Laporan polis itu dibuatnya di Balai Polis Tropicana pada pukul 8 malam.

Kok dalam laporan polisnya juga mendakwa akhbar itu "cuba menipu rakyat dengan menyiarkan artikel tersebut selain cuba mengambil kesempatan dengan mensensasikan kes itu untuk menarik perhatian umum."

-- BERNAMA



BEKERJA SECARA SAMBILAN ATAU SEPENUH MASA DI RUMAH
Beri sekali dapat banyak kali...
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive