Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Jun 24, 2010

Asri, 100 Ulama Diminta Tolak Sertai Umno Yang Rosak




Oleh Faizal Ezzany

KUALA LUMPUR 24 Jun - Kedudukan Pakatan Rakyat tidak akan tergugat jika bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin serta 100 ulama yang lain dikatakan akan menyertai Umno pada Jumaat ini.
Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata Asri dan ulama lain perlu berfikir terlebih dahulu sebelum menyertai sebuah parti yang rosak seperti Umno.
"Secara dasar ia tidak pernah mengugat kedudukan Pakatan Rakyat dan kita tidak risau kemasukan mereka, apa yang pasti persepsi ulama akan terjejas.
"Saya hairan bagaimana mereka yang mempunyai pengetahuan dalam agama mempunyai hasrat untuk menyertai Umno sebuah parti yang rosak dan tidak mempunyai maruah.
"Kita melihat tindakan Umno dalam soal lesen judi sukan, mana ada tentangan yang dilakukan oleh pemimpin Umno malah ulama mereka pun mengambil pendekatan berdiam diri. Apa yang dah jadi, inilah konsep politik yang sudah rosak dan sukar untuk diperbaiki lagi.
"Saya berharap Asri atau ulama yang berhasrat untuk menyertai Umno pelu berfikir jauh dan jangan mengambil tindakan mendesak untuk menyertai mereka, banyak yang perlu difikikan. Sebagai golongan yang mempunyai ilmu dalam bidang agama, pendekatan yang perlu diambil ialah menegur Umno dan nyatakan pendirian bahawa judi itu haram dan kelulusan lesen tersebut adalah satu yang tidak wajar," kata beliau ketika ditemui di parlimen semalam.
Tambah Azmin, kalau ulama di dalam Umno tidak berani menegur maka mereka yang berpengalaman luas dalam soal agama perlu bangun menentang kemungkaran.
"Kita dalam Pakatan Rakyat memang menentang lesen judi tersebut, sekarang kita lihat ulama dalam Umno tidak berani untuk menegur ketua mereka disebabkan oleh kedudukan mereka dalam Umno mahupun kerajaan. Ulama yang ada serta tidak terlibat dengan parti perlu bangkit untuk menentang kelulusan tersebut.
"Ulama perlu berani untuk tegur Umno bukan menyertai mereka, kita melihat terlalu banyak kekangan yang diterima oleh ulama dalam usaha menegur kesilapan Umno.
"Dalam kes Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada sesiapa pun yang berani membuat teguran mengikut hukum Islam, begitu juga dalam soal judi sehinggakan mereka akan dikenakan tindakan jika membuat kenyataan. Sikap sebegini yang digunakan oleh Umno adalah bersikap kuku besi selain cuba menutup kesilapan yang dilakukan mereka," tambah beliau lagi.
Azmin juga mengatakan penglibatan mereka dalam Umno akan memberi satu kelebihan kepada Pakatan Rakyat kerana rakyat menilai persepsi Asri dan ulama yang lain dalam peranan mereka untuk menegur Umno berhubung isu judi.
Jalan yang terbaik bagi mereka adalah terus berada dalam keadaan bebas tanpa menyertai mana-mana parti politik di negara ini.

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive