Bebudak bila tengok ikan flowerhornes dalam akuarium tentu seronok. Jadi bahan lawak. Tubuh kecik tetapi tu dia punya kepala. Bonjol dan besar. Tersengih bangga. Berenang dalam akurium bukan main ‘eks’ lagi. Tetapi yang baham duit adalah tokey akuarium. Ditaburnya bijik2 kecik sebagai makanan yang dibuat dari hampas sahaje. Berbangga sakan diumumkan sebagai ikan perhiasan terpilih, yang bolot hadiah tokey jugak. Teringat kepada nasib si peneroka. Saling tak tumpah macam ikan flowerhornes nilah. Merekalah membanting tulang membangunkan tanah felda. Bukan percuma semua mereka bayar. Semua pengurusan, baja, anak pokok, jalan dalam ladang bahkan kakitangan felda serta pengurusan mendapat habuan hasil titik peluh peneroka. Sehingga ke hari pelbagai perancangan yang disusun sehingga peneroka terus menjadi mangsa kepada Felda. Tetapi kini kantung kekayaan Felda akan kering dan susut. Isu berhubung kemerosotan rizab tunai Felda yang

Hari ini UMNO-BN macam tokey akuarium yang membolot harga, memperagakan ikan yang hanya diberi umpan yang sedikit tetapi mereka menghakis laba yang banyak. Tetapi para peneroka yang ditipu terasa bangga, sombong dan bermegah dengan UMNO-BN seolah-olah kawasan Felda macam undi pos buat UMNO-BN. Setiap kali datang pilihanraya, meningkat mendadaklah harga sawit. Sekali lagi UMNO-BN mendapat sokongan.
Hari ini akan terdedah dengan pelbagai isu yang melibatkan Felda. Ke mana menghilang Dr Yusof Noor yang setiap kali pilihanraya maka ia seolah-olah macam santa Claus mengusung guni kebendaan untuk memancing para peneroka. Dilakukan secara terang-terangan dan terbuka tanpa rasa malu dan segan. Diharapkan kini para peneroka sedar tentang pengkhianatan UMNO-BN terhadap Felda dan para peneroka maupun generasi kedua agar mereka lebih bermaklumat dan tidak lagi diperalat oleh pihak pemerintah dalam PRU-13 nanti.
detikdaily




0 KOMEN
